web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mizz Nina Mahu Hasilkan Banyak Pengisian Halal Menerusi QalbyApp 

Pengisian halal yang memberikan inspirasi memang sangat diperlukan pada masa ini terutama dengan peningkatan isu kesihatan mental, depresi dan keresahan akibat pandemik COVID-19.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 5:53PM

Gambar: @bymizznina dan @qalbyapp

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi salah seorang panel jemputan dalam World Halal Business Conference 2021 yang diadakan secara virtual baru-baru ini benar-benar telah membuka mata Shazrina Azman atau Mizz Nina tentang pentingnya untuk memiliki platform pengisian Islamik.

Perkara ini telah diakui pengasas bersama saluran gaya hidup Islamik, DOPStv yang juga personaliti TV, pakar motivasi dan pereka fesyen itu sewaktu diwawancara mengenai pengalamannya sewaktu membincangkan topik ‘Menjadikan Media Arus Perdana Serba Halal’ di dalam persidangan tersebut.

“Sebelum ini, pengisian-pengisian halal yang kami hasilkan dan terbitkan di bawah DOPStv disiarkan di platform orang lain seperti stesen televisyen atau pun YouTube. 

“Dari awal lagi, kami memang mahu buat pengisian tanpa bayaran untuk menyampaikan dakwah secara percuma. Cara ini juga mudah bagi orang untuk menikmati pengisian yang kami hasilkan. 

“Namun pada masa sama, kami juga mempunyai misi untuk membina platform kami sendiri dan atas sebab itulah wujudnya QalbyApp dan QalbyTV.

“Menerusi QalbyApp dan QalbyTV ini, kami mahu menghasilkan lebih banyak pengisian Islamik serta melakukan kolaborasi  dengan DOPStv,” kata bekas penyanyi, rapper dan penari ini.

Mizz Nina telah diundang untuk membincangkan topik itu bersama dua panel lain iaitu Namazee Harris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation dan Navid Akhtar (Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Alchemiya.com). 

“Dalam perbincangan tersebut, saudara Navid telah mengutarakan pandangan mengenai kepentingan untuk memiliki platform sendiri dan mengembangkan platform itu dari masa ke sama. 

“Saya faham apa yang cuba dijelaskan Navid. Dengan memiliki platform sendiri, ia memudahkan mana-mana pihak untuk membuat pelaburan dalam penghasilan konten Islamik yang kita hasilkan. 

“Jika orang boleh melabur berjuta atau berbilion duit untuk penghasilan filem Hollywood, mengapa tidak pengisianIslamik?

“Sebab itulah pentingnya memiliki platform kita sendiri dan inilah yang sedang kami lakukan sekarang,” katanya. 

Menurut  Mizz Nina lagi, dia juga sangat teruja apabila diberi ruang dan peluang untuk menjadi salah seorang panel dalam persidangan tersebut. Lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Namazee dan Navid Akhtar. 

“Ini adalah kali pertama saya diundang dalam persidangan seumpama ini. Saya memang sangat teruja dan bertuah. Banyak yang saya pelajari daripada Namanzee dan Navid. Mereka ini mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam industri media dan televisyen.  

“Sebagai pengasas, wajah dan bakat DOPStv serta datang daripada industri hiburan, pengalaman saya boleh disifatkan sedikit berbeza. 

“Perkara-perkara serta pandangan yang mereka utarakan itu sangat berguna terutama dalam usaha untuk terus menyebarkan syiar Islam.

“Mereka juga memberikan pandangan yang hebat terhadap spektrum bisnes dari sudut hiburan halal. Mereka juga memberikan gambaran yang sangat baik untuk memahami bagaimana ia berfungsi dan bagaimana masa depannya nanti,” katanya. 

Jelas Mizz Nina lagi, dia berpendapat bahawa pengisian halal yang memberikan inspirasi memang sangat-sangat diperlukan pada masa ini terutama dengan peningkatan isu kesihatan mental, depresi dan keresahan akibat pandemik COVID-19 yang telah hampir dua tahun menyerang dunia. 

“Isu-isu ini menyebabkan wujudnya beberapa forum kesihatan mental kerana ramai orang yang memerlukan sistem sokongan apabila kehilangan kerja, hilang punca pendapatan pada waktu-waktu yang sangat getir ini.

“Malangnya, sepanjang COVID-19 ini juga kami menerima kekangan untuk menghasilkan pengisian-pengisian yang boleh membantu kerana terpaksa mematuhi pelaksanaan PKP dan SOP. Kebanyakan pengisian yang dihasilkan dilakukan di rumah untuk media sosial. 

“harap selepas ini kami boleh keluar dan membuat lebih banyak pengisian, apatah lagi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini sudah memasuki Fasa 2 Pemulihan," katanya. - Getaran, 17 September 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Noh Akur, Serah Musa Kepada Mizz Nina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden