Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


TikTok Teruskan Kempen 'CreateKindness' Di Malaysia

Ramai selebriti media sosial turut serta membanteras gejala buli di internet.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2021 6:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi memerangi budaya buli di internet yang semakin membimbangkan, platform media sosial TikTok telah melancarkan kempen CreateKindness bagi menggalakkan sikap bertanggungjawab dalam talian.

Bukan itu sahaja, kempen ini juga menjadi platform untuk membincangkan isu keselamatan siber. 

"TikTok berfungsi sebagai komuniti global yang mendorong kreativiti dan kebebasan berekspresi. Itulah sebabnya sangat penting agar kita memupuk persekitaran positif dan inklusif di mana pengguna dapat berkongsi dan mengekspresikan diri dengan selamat. 

“Kami berharap kempen ini dapat menyedarkan pengguna untuk melakukan kebaikan dalam talian serta memberi inspirasi kepada orang lain agar berfikir sebelum membuat apa-apa hantaran,” kata Ketua Publik Polisi, TikTok Malaysia, Kristoffer Eduard Rada.

Sejak kempen ini dilancarkan, pihak TikTok telah menerima 50 juta video dari seluruh dunia dan meraih 400 juta tontonan.

Bagi mengekalkan momentum kempen ini, TikTok bekerjasama dengan enam penyumbang konten kreatif popular dari seluruh Asia Tenggara untuk menampilkan video bertajuk, 'From Meanies to Goodies', yang terdiri daripada Ceddy Ang dari Malaysia, Ashilla Sikado (Indonesia), Ayn Bernos (Filipina), Jeynelle Ng (Singapura), Khanh Vy (Vietnam) dan Kru P Ann (Thailand).

Video tersebut meminta setiap TikToker ini untuk memberi respons terhadap komen yang diambil dari video mereka. Mereka akan menukarkan komen berunsur kebencian kepada kebaikan. Selain itu, mereka turut berkongsi perasaan membaca setiap komen itu tidak kira baik mahu pun buruk. 

Ternyata, komen yang kelihatan tidak penting atau tidak berbahaya bagi beberapa orang, rupanya memberi kesan besar kepada penerima bahkan orang tersayang dan keluarga mereka.

Ceddy Ang yang juga pengguna Tiktok yang sering berkongsi tentang makanan Malaysia menegaskan betapa pentingnya mewujudkan persekitaran positif untuk pengguna aplikasi ini kerana kita tidak tahu apa yang sedang dilalui mereka di rumah.

“Jadi, kita harus selalu bersikap empati dan sentiasa beringat bahawa setiap manusia ada perasaan. Saya merasa terpanggil untuk membudayakan perbualan mengenai kesihatan mental di ruang digital Malaysia. 

“Saya sering menerima mesej daripada peminat yang mengatakan kandungan saya membantu mereka untuk menjaga kesihatan emosi mereka dengan lebih baik, dan itu menjadikan semua yang saya lakukan selama ini bermakna," katanya. 

Bagi mengulas lebih lanjut perihal keselamatan dalam talian dan mempromosikan budaya yang lebih positif untuk berinteraksi dalam talian, TikTok mengadakan perbincangan bersama Dr Stephen Jambunathan dari The Mind Faculty, Henry Teh dari Yayasan Kemanusiaan Malaysia (MHF) dan Ceddy.

“Sebagai seorang ahli psikiatri berpengalaman, saya percaya pada kekuatan nilai empati. Kita perlu lebih mesra kepada pengguna lain terutamanya dalam pandemik ini. 

“Bagi orang yang kurang bersosial dan sangat bergantung pada media sosial sepenuhnya, komen negatif yang diterima boleh memburukkan kesihatan mental mereka. Kita perlu menyedari bahawa kebencian tidak sepatutnya wujud dalam diri kita.

“Sebelum anda membenci seseorang, cuba fikirkan tentang keadaan diri mereka. Kebaikan tidak susah untuk dimiliki. Ia bermula dengan diri sendiri. Jadi, tanamkanlah amalan yang lebih baik agar kita dapat menjadi manusia yang penyayang dan lebih tabah dalam menangani budaya buli,” kata Dr Stephen.

Sementara itu, Henry Teh berkongsi dia mendapat inspirasi untuk menjadi lebih baik ketika melihat ramai rakyat Malaysia menyokong dan sama-sama membantu kempen KitaJagaKita

"Kebaikan dapat dibina dalam diri kita walaupun dalam hal-hal kecil. Jika mempraktikkannya secara berterusan, kita dapat belajar memahami orang lain dengan lebih baik sekali gus membina dunia yang lebih bagus.  

“Pada dasarnya, kita harus berfikir sebelum memuat naik apa-apa kandungan di mana-mana platform awam," tambahnya lagi. 

Semoga dengan usaha TikTok ini, kita dapat mengurangkan kadar buli di media sosial. - Getaran, 15 September 2021

Gambar: TikTok Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Pemilikan Akaun Kanak-Kanak Bawah Umur Akan Dibincang Dengan TikTok - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran