web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beli Insurans Kereta Digital di AirAsia Money

Berpeluang memenangi hadiah utama Perodua Axia 1.0 lava Red GExtra jika memperbaharui insurans dengan AirAsia Money bermula 17 Ogos hingga 2 November nanti.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 6:48PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semuanya di hujung jari. Pengalaman memperbaharui insurans kereta ketika ini tidak sama seperti dahulu. Tak perlu ke sana sini, tak perlu beratur panjang mahupun mengambil nombor giliran. Hanya duduk di depan skrin komputer, cari maklumat yang diperlukan, buat perbandingan, kemudian boleh terus buat pembelian. 

Terkini, pemilik kereta yang ingin memperbaharui insurans kereta mempunyai pilihan tambahan apabila AirAsia Money tampil dengan insurans kereta digital yang dilancarkan pada 17 Ogos lalu. 

Dengan kerjasama PolicyStreet, perkhidmatan insurans kereta digital ini termasuklah pembaharuan insurans dan cukai jalan serta perbandingan harga insurans daripada pelbagai syarikat insurans sebelum memilih pakej terbaik. 

Ia juga menawarkan insurans tambahan lain seperti cermin hadapan, banjir, tambahan pemandu serta perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk cukai jalan. PolicyStreet telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 syarikat permulaan InsurTech oleh Insurance Business Magazine Asia 2020.   

Untuk meraikan tawaran produk terbaharu ini, AirAsia Money turut melancarkan pertandingan yang menawarkan Perodua Axia 1.0 lava Red GExtra sebagai hadiah utama. Pemilik kereta boleh menyertainya apabila mereka memperbaharui insurans bersama airasia money bermula 17 Ogos hingga 2 November nanti. Tiada jumlah minimum premium insurans diperlukan untuk menyertai pertandingan ini. 

Selain itu, pemilik kereta juga boleh menikmati diskaun tunai segera sebagai hadiah daripada AirAsia Money. Nikmati diskaun RM50 segera yang akan diberikan untuk premium insurans melebihi RM600 dan diskaun RM25 segera yang akan diberikan untuk premium insurans kurang daripada RM600 dengan menggunakan kod promosi: airasia50.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo dalam satu kenyataan media memberitahu, para pelanggan boleh mendapatkan lebih banyak tawaran teknologi kewangan yang tersedia di airasia Super App kerana pihaknya akan terus memperkukuh, berinovasi dan kekal relevan di dalam pasaran menerusi AirAsia Money

“Kerjasama dengan PolicyStreet juga membolehkan kami untuk menawarkan pilihan terbaik, dari segi nilai dan kepantasan di dalam pasaran insurans kereta digital. AirAsia sentiasa mementingkan perkhidmatan untuk semua, sama seperti kami membolehkan semua orang untuk terbang, AirAsia Money akan memberikan perkhidmatan kewangan terbaik di pasaran dan boleh diakses oleh semua orang,” ujar Amanda.

Ketua AirAsia Money, Mohamad Hafidz Mohd Fadzil (Mo), pula berkata, tujuan mereka adalah untuk menjadi pusat sehenti bagi semua penyelesaian kewangan kepada pengguna airasia Super App dengan kerjasama PolicyStreet. Malah, turut berharap untuk menyediakan perkhidmatan insurans yang mudah, senang dan berpatutan kepada lebih 36 juta pengguna airasia Super App dan pemilik kereta.

Para pelanggan boleh memperbaharui insurans kereta digital dengan melayari airasia.com/money atau airasia Super App. Anda hanya perlu mengisi butiran peribadi dan kereta, dan akan dapat melihat nilai terbaik lebih daripada 10 sebut harga dalam masa 60 saat. 

Selepas pembelian, anda akan menerima e-Polisi menerusi emel dalam masa lima minit. Untuk perkhidmatan perbaharui cukai jalan, AirAsia Moneymelalui MYEG turut menyediakan penghantaran ke rumah di seluruh negara dari dua hingga lima hari bekerja.  

PolicyStreet, platform insurans dalam talian, merupakan InsurTech yang pertama dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dengan lesen Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam.  

Untuk perkhidmatan dan maklumat terkini mengenai AirAsia Money, muat turun aplikasi airasia Super App atau layari airasia.com/money.

Panduan untuk memudahkan pembelian insurans digital

Sebelum membuat sebarang pembelian di dalam talian, anda perlu ada pengetahuan asas tentang jenis-jenis insurans kereta yang ada di pasaran. Boleh semak maklumat berikut sebagai panduan. Terutamanya jika anda sebelum ini menyerahkan bulat-bulat kepada ejen insurans untuk membuat pilihan atau baru kali pertama ingin memperbaharui insurans kereta.

Jenis-jenis perlindungan insurans kereta:

1) Insurans kereta komprehensif

Insurans kereta paling komprehensif ini menyediakan perlindungan menyeluruh. Syarikat insurans akan memberi perlindungan kepada anda jika terlibat dengan kemalangan, kecurian, mahupun kebakaran. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar ganti rugi kepada pihak yang anda langgar. Jika kereta anda masih baru atau berusia kurang dari 10 tahun, polisi ini adalah pilihan terbaik.

2) Insurans kereta pihak ketiga, kecurian dan kebakaran 

Selalunya perlindungan ini menjadi pilihan pemiIik kereta yang sudah berusia lebih 10 tahun. Ini kerana insurans kereta jenis ini hanya memberi perlindungan jika berlaku kebakaran atau kecuaian terhadap kenderaan anda (kejadian berlaku tanpa sengaja). Jika berlaku kemalangan (anda pesalah), kos untuk membaiki kereta anda perlu ditanggung sendiri, tetapi kereta yang anda langgar mendapat perlindungan insurans. 

3) Insurans Kereta Pihak ketiga 

Insurans kereta paling asas bagi membolehkan anda memperbaharui cukai jalan. Insurans ini hanya memberi perlindungan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan. Tiada perlindungan akan diberikan jika berlaku kemalangan (seorang diri), kecurian mahupun kebakaran. - Getaran, 25 Ogos 2021

Kredit foto: Sarah Brown, Unsplash & Michael Jin, Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN