web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bernafas Dengan Selesa, Pelitup Muka Berteknologi Penapis Udara!

LG lancarkan LG PuriCare Wearable Air Purifier, pelitup muka berteknologi tinggi untuk pengudaraan pintar.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 8:37AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menempuh hari-hari di saat pandemik ini, kita semua diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepanjang masa sekiranya melangkah keluar dari rumah. Di kawasan awam, pejabat mahupun membeli keperluan di pasar raya, anda wajib memakai pelitup muka.

Kita harus menerima hakikat bahawa wabak COVID-19 tidak akan lenyap dalam masa terdekat ini. Menurut laporan eksklusif National Geographic, kita mungkin perlu belajar untuk ‘hidup’ bersama virus ini buat selama-selamanya. 

Namun, kemungkinan ini bukanlah satu penamat bagi manusia. Dikurniakan akal, sewajarnya kita mencari jalan keluar dan berikhtiar agar virus jahat ini tidak menjangkiti, seterusnya melumpuhkan sistem pernafasan kita.

Sedar tak sedar, sudah hampir dua tahun kita ‘berperang’ dengan musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini. Sudah bermacam-macam jenis pelitup muka telah dicuba.  Pelitup muka khusus perubatan, bukan perubatan hinggalah jenis kain pakai buang, semua sudah dicuba.

Terima kasih kepada teknologi, kini anda boleh memilih untuk memakai pelitup muka berteknologi penapis udara. Ya, seperti menghela udara segar terus dari penapis udara dengan hanya memakai LG PuriCare Wearable Air Purifier.

Pelitup muka berteknologi tinggi ini menawarkan pengudaraan yang lebih pintar, lebih ringan dan reka bentuk yang bergaya. Ia adalah penyelesaian udara peribadi terbaharu bagi memastikan pernafasan anda tidak terganggu dan lebih selesa. 

LG PuriCare Wearable Air Purifier menggunakan teknologi penapis udara berprestasi tinggi dengan kipas berkawalan sensor bagi memastikan pembekalan udara bersih yang berterusan dan menjamin anda bernafas secara optimum di mana-mana sahaja, pada bila-bila.

3 Kelebihan LG PuriCare Wearable Air Purifier:

 

#1 Penulenan udara berkecekapan tinggi

Dilengkapi sistem kawalan aliran udara dengan kipas automatik mengikut sensor sepenuhnya. 

Ia turut menggabungkan dua penapis HEPA H13, sama seperti yang terdapat di dalam mesin penapis udara untuk kediaman bagi menjamin udara yang dihela, sebersih yang mungkin. 

LG PuriCare Wearable Air Purifier terbukti dapat menyingkirkan zarah-zarah berbahaya seperti habuk, bakteria dan virus sehingga 99.55% keberkesanan.

#2 Bernafas dengan selesa

Dilengkapi sensor pernafasan yang mengesan pola pernafasan pengguna. 

Penyesuaian pengudaraan automatik ini mengikuti kitaran pernafasan anda supaya dapat menghela udara yang ditapis dengan mudah dan selesa.

Sistem pintar ini mencegah haba helaan nafas daripada naik ke permukaan muka, seterusnya mengurangkan masalah kulit muka dan kemunculan wap di cermin mata.

#3 Berbicara dengan mudah

Dengan berat hanya 94 gram dalam rekaan ergonomik, ia meminimumkan kebocoran udara di sekitar hidung dan dagu, menutupinya dengan lembut tetapi kejap ke muka pengguna.

Ia dicipta dengan tali telinga elastik boleh laras, selesa disarungkan dalam jangka masa lama dan sangat sesuai untuk penggunaan harian.

Paling istimewa, ia turut dilengkapi teknologi VoiceON iaitu mikrofon dan pembesar suara terbina dalaman yang mengesan suara pengguna secara automatik bagi tujuan kelancaran percakapan. 

LG PuriCare Wearable Air Purifier berharga RM849 seunit serta boleh didapati di semua cawangan LG di seluruh negara. Layari LG Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 25 Ogos 2021

Semua gambar: LG Malaysia

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN