Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


11 Artis Asal Singapura Ini Cipta Nama Besar Di Malaysia

Kata orang bukan mudah bagi artis luar menempa nama di Malaysia. Tapi, segalanya tidak mustahil jika artis itu memiliki bakat seni yang hebat dan luar biasa. Nak tahu buktinya? Teruskan membaca artikel ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 7:02PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin ramai artis kelahiran Singapura yang mencipta nama di Malaysia. Sama ada dari kalangan komposer, penyanyi mahu pun pelakon, sebahagian artis-artis ini berjaya mengukuhkan nama, populariti serta legasi kerjaya mereka di negara ini. 

Ada yang mengambil keputusan untuk berhijrah dan bermastautin di Malaysia. Tidak kurang juga yang sedia melepaskan kerakyatan mereka untuk bergelar warganegara Malaysia. 

Walau apa pun keputusan yang diambil, rata-rata mereka sememangnya memiliki bakat dan kemahiran di dalam bidang seni yang diceburi. Ikuti 11 artis asal Singapura yang telah mencipta kejayaan di Malaysia. 

 

Datuk M. Nasir

Mendapat jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan Datuk M. Nasir atau nama sebenarnya, Mohammad Nasir Mohamed. 

Dilahirkan di Singapura pada tanggal 4 Julai 1957, M. Nasir bukan sahaja dikenali sebagai seorang penerbit, komposer, penulis lirik dan penyanyi, bahkan artis yang cukup versatil dan artistik ini juga adalah seorang pengarah, pelakon dan pelukis. 

Sebagai komposer, beliau telah menghasilkan ratusan lagu serta bertanggungjawab menaikkan kerjaya seni Alleycats, Search, Wings, Rahim Maarof, Ella, Hattan, Ziana Zain, Spring, Tiara, Damasutra, Spider, Mawi dan Misha Omar. 

Sebagai penyanyi, beliau juga telah mencipta kejayaan yang luar biasa, lebih-lebih lagi apabila bergerak secara solo selepas meninggalkan kumpulan Kembara. 

Antara lagu dan nyanyiannya yang dianggap mahakarya adalah 'Tanya Sama Itu Hud Hud' dan 'Kias Fansuri.'

 

Datuk Ramli Sarip

Bermula sebagai vokalis utama kumpulan rock Sweet Charity, Ramli Sarip yang mendapat jolokan sebagai Papa Rock adalah perintis kepada kemunculan muzik rock di Singapura dan Malaysia. 

Beliau telah menghasilkan sembilan album bersama Sweet Charity dan selepas meninggalkan band muzik tersebut, beliau terus melebarkan kerjaya sebagai penyanyi solo dengan menghasilkan lapan album. 

Sebagai penyanyi solo, beliau banyak membawakan lagu-lagu rock yang memiliki elemen budaya serta lirik yang mempunyai unsur ketuhanan.

Beliau juga dikenali sebagai seorang penghibur yang hebat dan penuh ekspresi di pentas melalui vokal yang husky dan nyanyian penuh kejiwaan. 

Ramli Sarip juga adalah seorang penerbit, komposer, penulis lirik dan pemuzik serta bertanggungjawab menerbitkan beberapa album Lefthanded, Ella dan Ruhil Amani Hussein. 

 

Datuk Ramli M.S.

Seorang pengarah muzik asal Geylang, Singapura yang sangat berkaliber. Banyak memimpin konsert untuk artis-artis terkemuka Indonesia dan Malaysia termasuk Hetty Koes Endang, Siti Nurhaliza dan Slam. 

Malah, beliau juga banyak memimpin konsert untuk anugerah berprestij seperti Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). 

Beliau juga adalah seorang penggubah muzik, penyusun muzik, pemuzik dan pernah memenangi beberapa anugerah sebagai Arranger Terbaik di AIM. 

Banyak terlibat dengan proses rakaman artis-artis Malaysia di Kings Studio, nama Ramli M.S. mula menjadi perhatian apabila dilantik sebagai Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-2. 

 

Farihin Abdul Fatah

Merupakan seorang penerbit dan komposer asal Singapura, Beliau adalah pencetus kepada penubuhan kumpulan nasyid Raihan dan bertanggungjawab menaikkan nama kumpulan ini di persada seni muzik tempatan dan antarabangsa. 

Puji-Pujian, Syukur, Senyum, Maafkan, runut bunyi filem Syukur 21 dan Demi Masa diterbitkan sepenuhnya oleh Farihin. Hasil daripada sentuhan dan kreativitinya itu, album Puji-Pujian, Syukur, Senyum dan Demi Masa telah memenangi Album Nasyid Terbaik di AIM. Malah, Puji-Pujian juga diiktiraf sebagai Album Terbaik dalam AIM Ke-5. Puji-Pujian juga adalah antara album yang meraih jualan paling tinnggi mengatasi album-album muzik sekular di Malaysia. 

Setelah berjaya membantu Raihan mencetuskan fenomena di dalam dan di luar negara, Farihin banyak terlibat dengan penghasilan lagu-lagu nasyid untuk artis-artis lain dan menghasilkan kandungan Islamik untuk platform pelbagai medium. 

Malah, beliau turut terlibat dalam pembikinan konsert dan pementasan teater serta menjadi juri untuk anugerah pertandingan lagu-lagu nasyid. 

 

Datuk Aaron Aziz

Sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia, aktor kelahiran Tampines, Singapura ini telah pun mencipta nama dalam bidang lakonan di negara asalnya dan telah berlakon dalam beberapa drama bersiri termasuklah menjadi pelakon undangan dalam sitkom 'Pua Chu Kang' musim keenam. 

Namun, sebaik sahaja berhijrah ke Malaysia pada 2004 dan muncul dalam drama 'Haryati' pada tahun yang sama, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz mula menjadi perhatian dan perbualan warga industri perfileman dan peminat seni hiburan tanah air. 

Saat industri ketika itu ketandusan hero tempatan, dia telah berjaya mengisi kekosongan itu bersandarkan sosok fizikal dan paras wajahnya yang tampan. 

Aaron mula dihujani pelbagai tawaran membintangi drama dan fenomena Aaron Aziz semakin mengembang apabila membintangi filem pertamanya, Evolusi KL Drift

Kemuncak kepada populariti Aaron Aziz adalah apabila membintangi drama bersiri 'Adam & Hawa' serta filem Ombak Rindu bergandingan dengan Maya Karin. 

 

Datuk Ady Putra

Seperti Datuk Aaron Aziz, aktor asal Singapura juga terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya. Namun, minat beliau sebenarnya lebih tertumpu kepada bidang nyanyian dan pernah cuba untuk menjadi penyanyi rakaman di Malaysia. 

Namun, sebaik sahaja berhijrah ke Malaysia pada 2004, Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim lebih banyak mendapat ruang untuk berlakon. Antara drama lakonannya adalah 'Mya Zara', 'Spa Q', 'Tentang Dhia', 'Cinta Si Wedding Planner', 'Sejadah Untuk Dia', 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' dan 'Akukah Tanggang?'

Bukan setakat memiliki fizikal serta paras wajah yang tampan, beliau juga adalah seorang pelakon yang hebat. Tidak hairanlah mengapa, beliau ditawarkan berlakon dalam 1957: Hati Malaya diikuti dengan filem-filem lain seperti KL Gangster, KL Gangster 2, Hanyut, Balistik, Langgar, Histeria, Anak Halal, Aku Terima Nikahnya dan Mat Kilau

Beliau juga hebat beraksi di pentas teater. Beliau tentang menjayakan empat pementasan iaitu Rubiah, Sri Mersing, Akulah serta Di Bawah Lindungan Kaabah

 

Hetty Sarlene 

Memulakan kerjaya seni di dalam bidang nyanyian, Hetty Sarlene pada asalnya adalah penyanyi rakaman yang bernaung di bawah syarikat rakaman NSR di Malaysia.

Sepanjang bernaung di bawah label tersebut, Hetty Sarlene telah menghasilkan dua album studio penuh iaitu Hetty Sarlene (2000) dan Tiada Lain (2001). 

Populariti yang dikecapinya itu membuatkan produser dan pengarah Datuk Yusof Haslam menyambarnya untuk membintangi drama bersiri 'Sembilu' yang menggandingannya dengan Zed Zaidi (kini Presiden SENIMAN). 

Kejayaan drama bersiri itu mendapat rating yang baik telah mendorong Datuk Yusof Haslam untuk mengekalkan gandingan mereka berdua dalam 'Sembilu 2005' dan selepas itu drama bersiri 'Sembilu Kasih' pula menyusul.      

Selepas 2012, kerjaya seni Hetty Sarlene di Malaysia semakin senyap dan dia kemudian dilaporkan mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari London bernama Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.

 

Aliff Aziz 

Seorang penyanyi asal Singapura yang sangat berbakat dan mempunyai suara yang baik dan bernaung di bawah Sony Music BMG Malaysia. 

Di bawah label muzik ini, Aliff telah menghasilkan empat album kesemuanya iaitu Aliff (2007), Aliff’s Time (2010), Aliff Aziz (2012) dan Rebirth (2016). 

Memiliki ketinggian dan paras wajah yang tampan, Aliff juga turut mendapat tawaran untuk berlakon dalam beberapa drama bersiri tempatan. 

Malangnya, bakat nyanyian dan lakonan yang ada pada Aliff Aziz tidak digunakan dengan sebaiknya. Sebaliknya, dia sering melakukan sabotaj ke atas dirinya apabila terlibat dalam skandal serta kontroversi yang sama sekali tidak membantu membina kerjaya seninya. 

Rumah tangga yang dibinanya bersama Bella Astilah juga seringkali bergolak apabila keluar berita Aliff Aziz berlaku curang dengan wanita-wanita lain termasuk dari kalangan pelakon wanita tempatan kita. 

 

Aisyah Aziz

Adik kepada Aliff Aziz mula mencipta nama di Malaysia sebaik sahaja menyertai pertandingan realiti, Akademi Fantasia Musim 10 (AF10).  Antara peserta yang turut menyertai AF10 adalah Hael Husaini, Amira Othman dan Indah Ruhaila. 

Keunikan vokalnya membuatkan Aisyah pantas meraih perhatian daripada peminat muzik tanah air yang mengikuti program tersebut. Sayangnya, dia hanya berjaya menduduki tempat keenam. 

Namun, populariti Aisyah tidak terhenti di situ. Lagu pertamanya, 'Mimpi' ciptaan sepenuhnya Faizal Tahir berjaya melonjakkan namanya di dalam persada muzik di Malaysia dan Singapura. 

Malah, lagu ciptaannya 'Senyum Saja' yang dinyanyiannya bersama Haikal Ali telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik Ke-17.

Masih banyak lagi ruang untuk Aisyah Aziz terus melebarkan bakatnya nyanyiannya. Semoga dia terus sukses.

 

Hisyam Hamid

Sebelum memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon di Singapura, Hisyam Hamid lebih dahulu bertugas sebagai ahli bomba. Aktor kacak ini kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia selepas kerjaya lakonanya semakin stabil di Malaysia.  

Banyak drama yang dibintanginya. Antaranya ialah 'Memori Cinta Suraya', 'Sayap Jibrail', 'Ariane Rose', 'Andartuku Bidadariku', 'Imam Mudaku Romantik', 'Rahsia Hati Perempuan', 'Dendam Cinta Arissa', 'Hatimu Sedingin Salju' dan 'Gerak Khas.'

Drama bersiri 'Abang Bomba, I Love You' yang dilakonnya telah meraih banyak perhatian dan Hisyam Hamid mengakui menggunakan pengalaman selama 8 tahun sebagai ahli bomba untuk menjayakan watak abang bomba di dalam drama tersebut. 

Hisyam Hamid turut dihujani tawaran untuk membintangi filem. Antara filem lakonannya adalah Kau Yang Satu, Dendam Pontianak dan Hero: Jangan Bikin Panas

 

Hannah Delisha 

Aktres kacukan Inggeris-Melayu ini memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi menerusi kumpulan duo bernama Mia Delisha di Singapura. Kemudian baru dikenali sebagai pelakon dan pengacara. 

Pada tahun 2017, Hannah Delisha mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia selepas mendapat tawaran untuk membintangi drama bersiri 'Mencintaimu Mr. Photographer' bersama Syafiq Kyle. 

Sejak itu, dia telah telah membintangi drama bersiri lain termasuk 'Alamatnya Cinta', 'Aku Cinta Dia', '30 Pesan Suara' dan 'Bukan Kahwin Paksa', 'Tercipta Satu Ikatan' dan 'Ramadani.'

Drama 'Cinta Sekali Lagi' adalah drama terakhirnya sebelum dia mengambil keputusan untuk berhijab. Langsuir adalah filem pertamanya yang turut menggandingkannya dengan Syafiq Kyle sebagai hero. 

Selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Imam Shah pada 18 Februari 2021, Hana Delisha telah membuang 800 gambarnya yang seksi dan tidak berhijab di Instagramnnya. - Getaran, 7 Ogos 2021

Semua gambar: Instagram setiap selebriti kecuali Farihin Abdul Fatah dari  Instagram Nurflix dan Aisyah Aziz dari gambar fail Getaran

Isu Pada

Aisyah Aziz Singkap Rahsia

07 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu