Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Wajib Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 1:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari Australia hingga ke Korea Selatan dan Amerika Syarikat, kami sajikan lima cadangan tontonan wajib minggu ini. Pilih saja, mahu yang tempatan atau luar negara, serius atau komedi. Selamat menonton!

 

‘MasterChef Australia Musim 13’ (Astro GO)

Walaupun Lifetime terus lenyap dari barisan saluran Astro, siri ‘Masterchef Australia’ musim ke-13 muncul di Astro GO pula dan boleh distrim secara percuma oleh semua pelanggannya. 

Diiktiraf sebagai antara versi MasterChef terbaik dunia, musim ini menyaksikan 24 peserta bertarung dalam pelbagai cabaran yang digarap dan disunting begitu kemas dan dramatik. 

Bagi peminat tegar trio juri lebih sedekad, Gary Mehigan, George Calombaris dan Matt Preston, mereka telah pun mengundurkan diri dan digantikan dengan Andy Allen, Melissa Leong dan Jock Zonfrillo.  

Dalam suasana pandemik kini, program ‘Masterchef Australia’ tidak terkecuali daripada hal-hal penggubalan SOP. Cef-cef legenda tetap dijemput, tetapi secara virtual dan ini termasuklah Nigella Lawson yang muncul dalam bentuk hologram! - M.Zulkifli

 

‘The Good Detective’ (Netflix)

Jika anda gemarkan kisah-kisah penyiasatan penuh teka-teki, apa kata tonton K-drama ‘The Good Detective’ yang kini sedang bersiaran di Netflix. Drama ini mengisahkan tentang penyiasatan yang dibuka semula bagi mengungkap kebenaran kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 2015.

Segalanya bermula selepas seorang gadis melaporkan tentang kehilangan rakannya yang rupa-rupanya merupakan anak kepada individu yang disabitkan dengan kes pembunuh itu. 

Lebih mengejutkan apabila seorang lelaki tampil menyerah diri mengakui jenayah yang dilakukan. 

Namun, pihak polis bergelut untuk mencari mayat dan senjata pembunuhan kerana lelaki terbabit seolah-olah mempermainkan pihak polis. 

Plot menjadi semakin rumit, apabila satu demi satu penipuan didedahkan. Apakah hubung kait kes terbaru ini dengan kes pembunuhan yang lalu? Adakah pihak polis telah menangkap orang yang salah? Siapakah dalang di sebalik pembunuhan terbabit? 

‘The Good Detective’ dibintangi oleh Son Hyun-joo, Jang Seung-jo, Lee Elijah, Oh Jung-se and Ji Seung-hyun. - Rahayu MN

 

‘American Horror Story’ (Netflix)

Drama televisyen seram ini diterbitkan dan diarahkan oleh sutradara, Ryan Murphy dan Brad Falchuk. 

Setiap musim disusun dengan jalan cerita yang berbeza tetapi saling berkaitan antara satu sama lain. Menariknya, setiap musim akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang sama tetapi membawa watak-watak yang berbeza.

Beberapa elemen dan plot untuk setiap jalinan cerita diilhamkan daripada peristiwa sebenar. 

Buat masa ini, ‘American Horror Story’ sudah pun memasuki musim kesepuluh dan selalu dibintangi pelakon-pelakon papan atas Hollywood seperti Jessica Lange, Sarah Paulson, Lady Gaga, Evan Peters, Lily Rabe, Denis O'Hare, Emma Roberts, Angela Bassett dan ramai lagi. - Zaidi Che 

 

‘Pose’ (Netflix) 

Membawa tema yang agak berbeza, ‘Pose’ merupakan karya Ryan Murphy, orang sama yang menghasilkan ‘Glee.’ 

Ia merupakan sebuah siri berdasarkan kisah benar yang dipetik dari era 80-an sewaktu kemuncak kelahiran wabak HIV dan AIDS di Amerika Syarikat. 

‘Pose’ menceritakan kehidupan komuniti minoriti yang terdiri daripada golongan homoseksual serta mak nyah berkulit hitam dan berketurunan Amerika Latin yang tidak diberi kebebasan pergaulan dengan komuniti kulit putih umum. 

Ia merungkai kepayahan yang mereka perlu lalui selepas disisihkan oleh masyarakat dan hidup dalam komuniti tersendiri mereka.

Siri ini turut memberi fokus kepada era ‘ballroom’ di mana golongan ini mengadakan pertunjukan fesyen tertutup mereka sendiri kerana tidak dapat menyertai pertunjukan fesyen di tempat lain. 

Di samping pengajaran dan sedutan kisah benar, ia juga kaya dengan dialog yang melucukan berkat watak-watak unik siri ini. - Shah Shamshiri

 

‘Keluarga Baha Don Musim Tiga’ (Viu Malaysia)

Ingin tahu apa jadi dengan ‘Keluarga Baha Don’? Drama komedi mafia musim ketiga ini sudah kembali menemui peminat-peminatnya di platform Viu Malaysia bermula 29 Julai lalu.

Musim kali ini menyaksikan Jo Don (Remy Ishak) menghadapi cabaran terbesar bagi menghadapi musuhnya, Bobby Bachan (Fikry Ibrahim) yang mana beliau merancang untuk menjatuhkan Keluarga Baha Don.

Pelbagai kemelut berlaku melibatkan percintaan Mat Don (Khir Rahman) dengan Kesuma (Jihan Muse) serta perniagaan teh haram Ucu (Sharifah Aleya). Apakah kesudahannya?

Drama bersiri ‘Keluarga Baha Don’ ini turut dibintangi Othman Hafsham, Nam Ron, Tony Eusoff, Mark Adam, Alvin Wong, Douglas Wong, Razak Ahmad, Sabri Yunus, Susan Lankester, Junji Delfino, Amy Mastura, Puan Sri Tiara Jacquelina dan Elizabeth Tan. - Ellyna Ali - Getaran, 1 Ogos 2021

Isu Pada

Jeritan Ezah Hashim

31 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok