Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

Kali ini TARA menyingkap rahsia dan ‘resipi’ yang dipraktikkan oleh Sweet Qismina agar terus mendapat tempat di hati peminat dan pihak produksi.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:07AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertama kali bersua dengan pelakon cilik ini, hati berasa cukup selesa untuk mendekatinya. Senyuman jelas terukir di bibirnya, bahasa tubuhnya juga mesra, tiada ciri-ciri seorang ‘diva’ atau ‘kekwat’.

Benar, dia bukanlah primadona filem Melayu, tapi janganlah dipandang sebelah mata dengan pemilik nama Farhanna Qismina Supandi atau lebih dikenali sebagai Sweet Qismina ini.

Biarpun baru menginjak ke usia 24 tahun, pelakon wanita ini bukannya baru bertatih dalam dunia seni. Sebaliknya, dia sudah lebih sedekad menghambakan diri dalam bidang ini. Pendek kata, anak kelahiran Muar, Johor ini sudah cukup matang untuk faham dan maklum dengan asam garam dunia glamor.  

Applause! Applause! Tepuk sanjung buat pelakon yang mula dikenali menerusi siri televisyen ‘Hikayat Putera Shazlan’ ini. Hakikatnya bukan mudah untuk kekal relevan, lebih-lebih lagi Sweet menerjah ke dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak. Jika tidak bijak melakar laluan seninya, sudah lama dia terpelanting jauh.

Memahkotakannya sebagai penghias sampul digital kali ini, memberi peluang kepada TARA untuk menyingkap rahsia atau resipi yang dipraktikkan oleh Sweet Qismina agar terus mendapat tempat di hati peminat, mahupun pihak produksi.

Adakah dia terpaksa melobi banyak pihak untuk terus ‘bernyawa’ atau laluan kariernya cukup mudah, hanya bermodalkan wajah yang manis menawan?

 

Minat atasi segalanya

Sebaik diajukan dengan persoalan di atas, gadis yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram ini bungkam seketika. Tapi, dia tidak cepat melatah. Sebaliknya, dia mengukir senyuman. Ikhlas, bukan dipaksa-paksa.

Jelas Sweet, dia menganggap dirinya bertuah kerana perjalanan seninya dimudahkan daripada awal. Memandangkan bakat seninya menyerlah ketika di sekolah rendah, ibunya adalah orang yang banyak memainkan peranan untuk dia mencapai kejayaan hari ini.

“Sweet masuk ke dalam industri ini sejak umur 9 tahun. Drama pertama ialah ‘Manjalara’. Ketika itu Sweet hanya jadi ekstra, bawakan watak Manja (yang dilakonkan oleh Emelda Rosmila) ketika kanak-kanak.

“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Pak Nil (Datuk Aznil Haji Nawawi) adalah individu yang membuka jalan untuk Sweet meloloskan diri dalam industri hiburan.

“Dialah yang memberi idea kepada mama untuk membawa Sweet ke audition program ‘Tom Tom Bak’ dan ‘Macam-Macam Aznil’ yang cukup popular ketika itu. Pak Nil bagi cadangan ini selepas melihat saya membuat persembahan tarian di pentas sekolah.

“Alhamdulillah, selepas berjaya terlibat dengan kedua-dua program itu, Sweet banyak hadiri uji bakat lain sehinggalah dapat sertai teater kanak-kanak di Istana Budaya.

Dalam masa yang sama, Sweet juga banyak hadiri uji bakat untuk tempatkan diri dalam arus perdana. Mama memang banyak bagi sokongan untuk Sweet betul-betul dapat peluang.

“Mamalah yang ambil tahu tentang uji bakat yang ada dan akhirnya Sweet berjaya mendapat tempat di hati peminat sehingga ke hari ini. 

Sweet rasa kisah ini menjawab persoalan tadi kerana sejujurnya Sweet tidaklah melobi mana-mana pihak untuk mendapat tawaran berlakon.

Sweet melalui proses yang panjang, sama seperti pelakon-pelakon senior-senior yang lain. Secara peribadi, Sweet rasa apa yang Sweet dapat hari ini adalah hasil kerja keras dan yang paling penting sekali kerana Sweet betul-betul minat dengan lakonan,” ulas Sweet panjang lebar. 

Dalam masa yang sama, Sweet juga mengakui dia menghadapi dilema yang sama seperti yang dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak. Ini kerana bukan mudah untuk meraih keyakinan peminat dan juga pihak produksi untuk memberi karakter atau watak yang menepati usianya ketika ini.

“Pada awalnya, satu perkara yang paling susah ialah untuk buang imej kanak-kanak dalam diri ini. Sebabnya dalam fikiran ramai orang, Sweet masih terlalu muda dan belum matang.

“Jadi untuk yakinkan orang, Sweet banyak berbincang dengan pihak produksi atau pengarah untuk menjayakan watak-watak yang sesuai dengan usia.

“Bukan setakat buat homework sendiri dan masuk kelas lakonan, tetapi Sweet juga berbincang tentang teknik solekan dan juga pemilihan pakaian semata-mata untuk pastikan watak yang diamanahkan itu dapat digalas dengan baik,” ujar Sweet yang sesekali berseloroh tentang fizikalnya yang genit.

 

Enggan Tua Sebelum Usia

Memandangkan Sweet beberapa kali menyuarakan tentang bentuk fizikalnya, lantas dia ditebak dengan persoalan ini. Adakah dia menganggap perkara itu menjadi penghalang untuknya menerokai watak lakonan? Dan yang paling penting adakah dia mahu tua sebelum usia dengan lakonan?

“Sweet memang menyedari situasi ini. Secara peribadi, Sweet tak mahulah tua sebelum usia dalam industri ini.

“Ada beberapa pelakon senior pun nasihatkan Sweet supaya tidak terima watak yang terlalu dewasa daripada usia. Sebabnya, apabila kita sudah mula melakonkan watak berusia, memang agak payah untuk kembali ke watak-watak yang lebih muda. 

“Namun sejujurnya Sweet tidak bimbang dengan perkara ini kerana Sweet percaya Sweet ada kelebihan sendiri.

“Mungkin ada yang berpendapat bentuk fizikal Sweet yang kecil ini satu adalah kekurangan, namun Sweet melihat pada sisi yang berbeza.

“Sweet rasa inilah kelebihan Sweet. Dengan saiz badan yang kecil dan wajah yang agak kebudak-budakan, Sweet tidak sesuai untuk bawa watak yang terlalu matang. 

Selepas habis sekolah dulu memang Sweet berusaha untuk nampak matang, tapi akhirnya Sweet sedari apabila terlalu mencuba untuk jadi dewasa, agak payah untuk Sweet menjiwai watak yang diberikan sebabnya kurang pengalaman dan Sweet belum melalui saat-saat itu sendiri.

“Memanglah berlakon ini kena mencabar diri, tapi jika ada pengalaman hidup sendiri, ia lebih membantu.

“Sweet lebih suka bawa watak yang sesuai dengan umur. Jadi ia nampak lebih natural dan mudah untuk menjiwai. Lagipun takkan kita hendak tua sebelum usia.

“Untuk terus berada di dalam industri ini Sweet kena bijak mengatur langkah. Sweet kena tahu apa yang boleh, apa yang tidak. Sweet akan manfaatkan kelebihan yang ada untuk kekal relevan. Sweet masih belum jemu berlakon dan masih banyak lagi yang ingin terokai dan capai,”

“Untuk berjaya dalam bidang ini, kita harus berfikiran jauh dan terbuka. Sweet lebih beruntung kerana pada usia 24 tahun ini, masih ada lagi produksi yang bagi watak 18 tahun. Harap-harap nanti apabila usia dah 40 tahun, Sweet masih boleh bawa watak yang lebih muda, 30 tahun ke,” ulas Sweet sempat berseloroh.

 

Cinta dan perkahwinan

Percintaannya dengan pelakon Adam Lee, bukanlah lagi rahsia. Umum mengetahuinya kerana baik Sweet, mahupun Adam masing-masing secara terbuka mengakui mereka adalah pasangan kekasih. Segalanya bermula apabila mereka bergandingan dalam drama 'Adam Chempaka' pada tahun 2019.

Terlanjur berbicara, Sweet tidak dapat menepis soalan peribadi ini. Jelas Sweet sebagai insan biasa, dia juga tidak lepas daripada memasang impian untuk menjadi suri hati jejaka pilihan hati.

“Perancangan untuk berkahwin memang ada. Itu tak dinafikan. Kami bercinta sudah hampir 3 tahun. Adam pula sudah berusia 27 tahun. Bagaimanapun, Sweet anggap diri ni masih muda dan ada banyak lagi benda yang nak dikejar.

“Samalah dengan Adam. Dia pun banyak lagi perkara yang hendak dikejar dan dicapai. 

“Tengoklah macam mana aturan-Nya. Ada rezeki pasti kami akan disatukan. Kita hanya merancang. kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Doa yang baik-baik. Adam pun tidak memaksa tentang perkahwinan.”

“Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama. Sama-sama berlakon. Jadi dia faham situasi Sweet.

“Adam cakap, kalau Sweet sudah benar-benar bersedia, dia juga bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya. Yang pasti, bukan dalam masa terdekat ini,” kongsi Sweet yang turut mendedahkan Adam bukanlah seorang lelaki mengongkong dan kuat cemburu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Sweet sempat berpesan, “Doakanlah kami berdua cepat-cepat dijodohkan dan masing-masing dapat apa yang dihajati.” - Getaran, 24 Julai 2021.

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Sweet Qismina

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri  

Teks : Rahayu MN

Suntingan Teks: Ili Farhana

Penata Gaya : Vee Mukhtaram

Pakaian : Forever 21 dan H&M

Aksesori : Pretty Little Things

Solekan & Dandanan : Jibs Salim

Gincu : Aishwarya dari Rizman Ruzaini Beauty

Jurugambar : Mohd Azim Rahman

Juruvideo : Sairien Nafis

Suntingan Video : Muharram Kassim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  Pejabat Petra News, Bangsar

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Minat Punya Pasal Ada Peminat Tiru Nama Wardina, Anak

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia