Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Manusia Kuat: Percaya Diri, Berharap Dan Berjuang!

Rasa percaya diri yang dipadankan dengan keyakinan kepada kuasa Yang Maha Esa adalah senjata yang ampuh untuk mengharungi kehidupan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2021 9:15AM

Gambar: Julia M. Cameron, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syukur kepada Allah, kelahiran saya lengkap dengan satu pakej paling berharga iaitu percaya diri. Satu rasa yang saya miliki sejak kecil. Allah Maha Mengetahui, kerana bekalan itulah yang membuatkan saya masih kuat berjuang sehingga ke hari ini. Menjadi soldadu diri dan mendakap erat nikmat hidup hampir empat dekad.

Percaya diri, sikap penting kerana jika senjata itu tiada bersama saya, Syarrizuan Abdul Rashid sudah lama gugur di medan perjuangan. Dilahirkan dengan saiz besar, saya mula sedar saya berbeza sejak melangkah ke era tadika. 

Saat itu, saya sudah sedar apabila saiz baju logo KEMAS tidak muat untuk saya. Maka saya tetap dengan yakin menyarung baju berwarna merah jambu dan putih (yang ditempah mengguna kain corak berbeza) melangkah ke tadika.

Saya sendiri kadang kala tertawa terutama bila teringat kata-kata, "Alah, esok besar kuruslah tu." Hakikatnya saya belum lagi lalui momen ‘kuruslah’ itu.

Saya memang mengatur misi sendiri sebaik melangkah ke alam persekolahan sebenar. Saya tetapkan, saya perlu cemerlang akademik dan aktif dalam bidang sukan. 

Perancangan menjadi, apabila saya memegang jawatan dalam rumah sukan dan menjadi orang kuat untuk pastikan khemah dan perbarisan rumah sukan menjadi yang terbaik. Nampakkan, walaupun bukan di balapan atau trek, saya pastikan tetap memainkan peranan.

Percaya diri, terus saya pegang hingga melangkah ke satu fasa hidup lagi. Tidak seperti teman rapat sendiri, rezeki tidak berpihak kepada saya berbanding mereka yang terus dilamar majikan sebaik bergelar sarjana muda. 

Saya akui, fasa ini ada sedikit konflik. Saya terdiam dan setiap pagi menangis dan mula menyalahkan diri apabila bangun buka mata dan tidak pergi kerja .

Sekali lagi, saya bersyukur dengan hadiah dari Allah buat saya iaitu percaya diri. Satu pagi, masih dengan perasaan yang sama saya bangun tapi sudah tidak larat menangis dan mengenang nasib. 

Tiba-tiba saya bermonolog sendiri, "Syarrizuan kau kena bangkit. Dua puluh tahun kau mampu membuktikan kau boleh lakukan apa saja walaupun barbadan besar. Bangkit dan berjuang!"

Percaya diri, terus saya pegang hingga melangkah ke satu fasa hidup lagi.

Sejak itu, saya nekad jalan terus ke depan dan lalui saja apa yang menanti. Saya diterima berkhidmat sebagai wartawan (sambilan) dan membuka terus mata saya untuk jangan pernah takut berjuang. Adat hidup manusia, ada kala muncul rasa tidak seronok, mula mempersoalkan itu dan ini. Saya tidak terkecuali.

Seperti biasa, saya akan beritahu diri sendiri betapa beruntungnya saya. Meskipun rezeki untuk menyandang jawatan tetap terpaksa saya lupakan selepas arwah bapa disahkan menghidap penyakit buah pinggang (saya perlukan kerja yang fleksibel untuk memantau keadaan abah). Saya tetap teruskan kerja yang saya buat sebaik mungkin.

Bohong kalau saya tidak iri hati, saat rakan bercerita bonus dan sebagainya. Namun, sekali lagi saya didik diri untuk positif. Di saat itu juga, ujian hadir kerana kitakan bergelar manusia.

Masih segar dalam ingatan sekitar tahun 2004, doktor memberitahu kami arwah abah sudah tidak ada harapan. Lebih kurang empat bulan saja untuk hidup. Saya menangis, tapi dalam hati tetap percaya. Allah lebih berkuasa. Saat ini saya belajar erti berharap. Saya percaya dan berharap, Alhamdulillah lima tahun abah berjuang sebelum menutup mata pada 2 Oktober 2009.

Betapa sebagai manusia penting untuk kita percaya diri dan jangan takut berharap. Dua hal ini membuatkan persepi dan perspektif hidup saya lebih positif dan semakin kuat. Saya terus mendidik diri, jangan memandang kekurangan kita, tapi hargai nikmat dan kelebihan yang kita miliki.

Saya berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana, menjadi pensyarah, dipanggil berkongsi idea dan pandangan, semuanya sepanjang perjuangan hidup yang pada awalnya saya anggap saya tidak bertuah seperti rakan lain.

Detik itu juga, saya mula beritahu diri, kita tidak akan dapat semua yang kita mahukan, tetapi kita boleh dapat apa yang kita mahu, sekiranya kita percaya diri dan berharap.

Syarrizuan kau kena bangkit. Dua puluh tahun kau mampu membuktikan kau boleh lakukan apa saja walaupun barbadan besar. Bangkit dan berjuang!

Selepas lebih 10 tahun membina nama, saya melangkahkan kaki ke sesi temuduga lagi. Jujurnya saat ini, saya berdepan dengan fasa yang sangat berlainan. Diri mula rasa dihargai. Saya melangkah tanpa sedikit pun rasa takut ditolak.

Kerana saya percaya diri dan berharap untuk menulis hiburan di akhbar ternama negara. Saya memiliki peluang itu. Lima tahun saya bersama dan sekali lagi mengubah banyak lanskap hidup.

Saya menjadi lebih terbuka dan berani melakukan sesuatu yang baharu. Lima tahun pengalaman manis dan bermakna dalam membentuk diri saya menjadi lebih baik.

Jalinan sosial meluas dan banyak peluang terhidang. Saya bangga kerana dalam masa lima tahun saya mampu membina nama dan meneruskan minat di kaki sendiri selepas jodoh dengan akhbar berakhir. 

Saya sekali lagi percaya diri dan membuka portal online dengan segala ilmu dan bekalan yang dimiliki. Alhamdulillah, tiga tahun sudah usia portal saya. 

Kita semua, tidak tahu berapa lama baki masa untuk kita berjuang dalam hidup. Selagi Tuhan belum jemu, sebagai hamba-Nya teruslah berusaha menjadi baik. Percaya dengan Allah dan hidup lebih bermakna.

Sejak 2017, sebaik mengenali karya Tulus saya temui satu lagi motivasi hidup iaitu 'Manusia Kuat.' Lirik dan muzik karya ini sangat sempurna dan menjadi anthem bagi saya. 

Pengertian manusia kuat itu sangat sinonim dan dekat di hati saya sehingga lekat menjadi perlambangan buat diri. 'Manusia Kuat' bagaikan satu antibiotik buat saya dalam berdepan dengan apa juga situasi.

Mahu hidup sempurna? Definisnya berbeza. Begitu juga pengertian bahagia bagi kita semua. Saya belum berjodoh tapi itu bukan bermakna hidup saya tidak sempurna. 

Saya dihadiahkan seorang mak yang memilih tinggal dengan saya. Saya juga mendapat nikmat doa dan restu, serta tidur dengan mak. Setiap hari sebelum menutup mata dan saat membuka mata setiap Subuh, wajah mak di depan saya. Saya juga menjaga mak cik saya. Pada saya, dua syurga ini adalah nyawa dan erti bahagia yang sebenar.

Dalam hidup, jangan sesekali mempersoalkan rezeki orang lain, jangan berdengki dan jangan bandingkan diri kita. Kadang-kadang kita sedih kerana hanya berselipar saat melihat ada orang memakai kasut. Sedangkan kita lupa ada yang berkaki ayam memijak panas, bahang, basah dan lumpur jalanan.

Belajar menghargai dan bersyukur apa juga yang hadir dalam hidup kita. Keluarga yang utama serta insan lain yang ada kala lebih daripada darah daging sendiri. Jangan terlalu menangisi perpisahan, selagi kita belum melalui kehilangan dua manusia paling penting bagi seorang anak, iaitu ibu bapa kerana itulah kesedihan yang paling mendalam.

Saya tertarik dengan satu petikan, "Saat melihat guruh dan petir, jangan lupa keindahan pelangi!" Dalam hidup, selimutkan hatimu dengan rasa positif, percaya diri dan jangan takut berharap. Berjuang!

Saya Manusia Kuat.

Isu Pada

Alvin Chong

13 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Sorotan

1

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

2

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

3

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

5

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

6

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA