Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


10 Pilihan Minyak Pati Yang Boleh Anda Cuba

Minggu lalu, kami berkongsi tentang asas penggunaan minyak pati. Minggu ini kami kembali dengan cadangan minyak pati yang boleh anda cuba.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Social Cut, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah sedia untuk menggunakan minyak pati dalam rutin harian anda? Jika anda tidak mempunyai idea tentang minyak pati yang perlu dicuba, di sini Getaran senaraikan untuk anda. Bukan pilihan secara rawak, tetapi dicadangkan oleh Royal Crown Diamond, Young Living Malaysia, Norhidawati Abdul Aziz, yang telah mengamalkan penggunaan minyak pati sejak Oktober 2014.

Perlu kami tekankan di sini, lain jenama minyak pati, lain cara penggunaannya. Bukan semua boleh disapu, atau di masukkan dalam makanan, atau digunakan dengan pembaur ultrasonik. Jenama minyak pati berbeza mempunyai kandungan dan kekuatan yang berbeza. Pastikan anda periksa dan kaji dahulu.

Lemon 

Lemon mempunyai aroma sitrus yang kuat. Baunya bersih dan menaikkan semangat. Ia terdiri daripada 68 peratus d-limonene, antioksidan yang kuat. Minyak pati lemon sering digunakan untuk membantu meringankan tekanan, melawan keletihan dan insomnia. Di samping itu, ia  dikatakan merangsang sistem imun, mengurangkan kesakitan, dan menggalakkan penurunan berat badan. 

Lavender

Jika anda mengimpikan tidur malam yang lena, minyak pati lavender adalah pilihan yang ideal. Aromanya yang menenangkan menjadikannya satu elemen utama pada meja sisi katil, bekas perhiasan dan di mana sahaja yang mudah untuk dicapai sebelum tidur.

Sapukan aroma klasik yang menenangkan ini pada dada, pelipis dan tapak kaki bagi membantu anda beralih daripada seharian yang sibuk ke malam yang mendamaikan.

Gambar: Dorne Marting, Unsplash
Gambar: Dorne Marting, Unsplash

Peppermint (Pudina)

Peppermint mempunyai aroma yang kuat, jelas dan seperti pudina yang memberikan sensasi menyejukkan. Kesan dingin peppermint merupakan pelengkap yang sempurna ketika bersenam, terutamanya apabila anda urutkannya pada otot leher, bahu dan kaki. Jika dicampurkan ke dalam syampu kegemaran anda, ia mencipta satu pengalaman yang menyegarkan.

Oregano 

Minyak oregano adalah agen antibiotik dan anti kulat semula jadi yang berkesan. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan dan menurunkan kadar kolesterol anda. Dalam satu kajian mendapati mereka yang mengambil ekstrak oregano setiap kali makan mempunyai kandungan kolesterol baik (HDL) yang lebih tinggi, berbanding dengan mereka yang hanya mengamalkan gaya hidup sihat. 

Oren

Oren mempunyai aroma sitrus yang ketara yang boleh menaikkan semangat dan membuatkan penggunanya merasa santai. Ia kaya dengan antioksidan. Boleh disapu terus pada kulit di malam hari (jangan di siang hari) atau gunakan bersama pembaur ultrasonik. 

Gambar: Mae Mu, Unsplash
Gambar: Mae Mu, Unsplash

Cedarwood

Boleh digunakan untuk rawatan kecantikan. Tambahkan satu hingga dua titik ke dalam losyen badan atau pelembap wajah untuk kelembaban ekstra. Jika ingin mood yang lebih tenang untuk tidur malam boleh letakkan setitis dua di sarung bantal. Selain itu, boleh juga titiskan ke dalam syampu untuk rambut yang lebih sihat.

Frankincense (Kemenyan)

Jika anda mempunyai masalah kulit kering dan pecah-pecah, boleh oleskan minyak pati ini ke permukaan kulit yang terjejas. Ia juga mengurangkan tona yang tidak sekata pada permukaan kulit. Sesuai untuk anda yang menjalani rutin harian yang padat kerana ia membantu menggalakkan perasaan tenang lagi mendamaikan.

Serai 

Selain boleh dijadikan penyegar udara di rumah, ia juga boleh dijadikan pembasmi serangga dan haiwan perosak kerana kandungan citral dan geraniol yang tinggi. Selain itu, minyak pati serai membantu memperbaiki dan melancarkan peredaran darah dan seterusnya mengurangkan ketegangan otot, sakit belakang dan kekejangan.

Melaeuca Alternifolia (Pokok Gelam Wangi/ Tea Tree)

Minyak pati ini bersifat anti inflamasi, anti bakteria, perangsang imunisasi dan membantu untuk mengatasi kelesuan, stres, kebimbangan dan juga melegakan simpton pra-menstruari. Ia sering digunakan dalam produk-produk kecantikan kerana dipercayai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kulit seperti menghilangkan jerawat pada kulit wajah. Jadi boleh masukkan setitis dua ke dalam pencuci wajah anda di rumah.

Eucalyptus Radiata (Kayu Putih)

Mempunyai aroma yang kuat dan menyegarkan. Ia sering digunakan untuk menyegarkan ruangan atau ditambah ke dalam produk pembersihan rumah bagi mendapatkan aroma yang segar dan bersih. Selain itu ia juga membantu untuk meningkatkan konsentrasi dan merangsangkan pemikiran untuk lebih fokus. Boleh disapu terus ke atas kulit atau titiskan ke dalam pembaur ultrasonik.

Nota penting : Perlu diingatkan supaya anda membeli minyak pati yang berkualiti bagus untuk mendapatkan manfaat yang diinginkan. Ingat minyak pati yang tidak berkualiti berkemungkinan mempunyai campuran sintetik yang boleh mengundang bahaya kesihatan. Jadi sebelum membuat sebarang pembelian, buat penyelidikan terlebih dahulu. Seperti yang dikongsikan dalam artikel terdahulu, anda perlu ada ilmu asas. - Getaran, 13 Februari 2021

Isu Pada

Alvin Chong

13 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 3 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok