Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pakai Minyak Pati Jangan Sekadar Ikut Trend

Minyak pati kalau digunakan dengan betul banyak gunanya. Mari belajar serba sedikit tentangnya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 9:00AM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah dengar tentang minyak pati atau panggilan popularnya essential oils (EO)? Sejak akhir-akhir ini ramai yang membuka mata tentang penggunaan minyak pati kerana dipercayai punya manfaat kesihatan yang tidak terbilang. Pandemik COVID-19 yang bagaikan tidak berpenghujung sedikit sebanyak mencetuskan kesedaran orang ramai untuk melindungi diri daripada risiko penyakit. Tetapi, tidak dinafikan ramai juga yang sekadar mengikut trend. Tengok selebriti kesayangan atau influencer guna, mereka pun berebut-berebut mahu menggunakannya.

Tunggu dulu, sebelum anda ‘berjinak-jinak’ dengan minyak ini, apa kata anda ambil tahu dahulu tentangnya. Sekurang-kurangnya anda ada ilmu asas agar mendapat manfaat yang sepatutnya, sesuai dengan wang yang dilaburkan. 

Pengguna perlu tahu bahawa penggunaan minyak pati ini mempunyai banyak aliran atau dalam bahasa mudahnya ‘ajaran.' Antaranya ‘cara’  Jerman, Perancis dan British. Setiap ajaran ini, cara penggunaannya berbeza. Aliran Jerman menekankan proses menghidu minyak pati  untuk mendapatkan kesan maksimum, sementara aliran British pula menekankan tentang pentingnya mencairkan minyak pati sehingga lima peratus jika mahu digunakan untuk urutan badan. Aliran Perancis pula mengatakan bahawa minyak pati yang berkualiti tinggi dan bergred premium boleh diambil secara oral, disapu secara topikal (sesetengah minyak pati tidak perlu dicairkan) dan boleh digunakan di rektum atau faraj  (dengan cara mencairkan minyak pati tersebut).

Jadi, anda harus tahu apakah ‘ajaran’ minyak pati yang anda ingin ikuti supaya tidak terkeliru dengan cara penggunaannya. Jika anda mengikut cara aliran yang salah, kesannya mungkin membahayakan diri. Anda boleh bertanya kepada penjual atau syarikat yang menjual minyak pati terbabit untuk mendapatkan panduan penggunaan minyak pati yang betul. Pengetahuan tentang produk dan cara penggunaannya adalah sangat penting kerana ia akan memberi manfaat yang bukan sedikit kepada pengamalnya jika ia digunakan secara berterusan.

Gambar: Priscilla Du Preez, Unsplash
Gambar: Priscilla Du Preez, Unsplash

Menurut Royal Crown Diamond, Young Living Malaysia, Norhidawati Abdul Aziz, 40, jika ingin mendapat manfaat daripada minyak pati  ini, anda harus pilih bergred premium, dan anda mesti tahu ‘asal-usulnya’. 

“Masyarakat perlu tahu yang minyak pati bukan sahaja bertindak sebagai pewangi ruangan sahaja, tetapi kegunaan minyak pati jauh lebih banyak daripada itu. Khasiat minyak pati sebagai pewangi hanyalah secebis daripada ribuan khasiat yang ada dalam pati minyak tumbuh-tumbuhan ini, dengan syarat minyak pati yang mereka pilih adalah bergred premium, dan mereka tahu ‘asal usulnya’.”

“Pendek kata daripada proses pembenihan sehinggalah ke proses pembotolan.  Jika ia di kawal rapi dan memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan, kegunaan minyak ini jauh lebih banyak daripada apa yang kita sangkakan, ia bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga mental, emosional dan juga kerohanian,” ujarnya lagi.

Minyak pati membantu memperbaiki mood, stres dan kekal fokus

Gambar: Kadarius Seegers, Unsplash
Gambar: Kadarius Seegers, Unsplash

Selain terpengaruh dengan populariti yang sedang diraih oleh minyak pati ketika ini, ramai juga yang mencari minyak pati ini kerana ingin memperbaiki mood atau perasaan secara alami. Persoalannya, adakah benar minyak pati boleh membantu?

Jelas Norhidawati, minyak pati bertindak dengan pelbagai cara dalam tubuh badan manusia, dan setiap tumbuh sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri. Ia bukan sahaja membantu manusia tetapi juga makhluk hidup yang lain seperti haiwan. 

“Sebagai contoh, apabila seseorang individu menghidu minyak pati lavender,  sama ada secara langsung melalui hidung atau menggunakan pembaur ultrasonik (ultrasonic diffuser), molekul-molekul aromatik yang sangat halus itu terlepas ke udara dan akan menyerap ke dalam alirah darah melalui rongga hidung terus ke sistem limbik di otak manusia. Ia akan berinteraksi dengan sistem limbik atau lebih dikenali dengan nama ‘otak emosi’. Proses yang berlaku ini akan mengaktifkan amygdala (pusat ingatan untuk emosi takut dan trauma) dan bertindak sebagai sedatif dan menenangkan sistem sympathetic dan parasympathetic.” 

Gambar: Daiga Ellaby, Unsplash
Gambar: Daiga Ellaby, Unsplash

Hubungan inilah yang membantu menjelaskan mengapa bau sering mencetuskan emosi dan memberikan kesan fisiologi dan psikologi yang mendalam kepada penggunanya.  Kandungan aldehydes & esters di dalam sesetengah minyak pati tertentu sangat menenangkan dan bersifat sedatif kepada sistem saraf pusat termasuklah sistem sympathetic dan parasympathetic manusia. Unsur-unsur inilah yang membenarkan pengguna minyak pati untuk kekal tenang dan mengelakkan kegelisahan meningkat dalam diri,” jelasnya panjang lebar.

Jadi, tidak hairanlah jika anda mendapat konsultasi yang betul tentang cara penggunaan minyak pati, dan jenis-jenis yang sesuai untuk keperluan anda, ia boleh membantu anda untuk kekal tenang, kurang beremosi negatif, dapat mencetuskan perasaan gembira, seronok, bersyukur dan lebih menghargai orang sekeliling seterusnya mencipta hubungan yang lebih harmoni. 

Sementara itu, Norhidawati juga sempat berkongsi tip untuk membantu anda dan anak-anak untuk kekal fokus dan tidak kelesuan apabila dibebani dengan rutin bekerja dan belajar di rumah. Jelas wanita yang mendalami ilmu minyak pati ini, caranya adalah dengan memasang pembaur  ultrasonik sepanjang hari untuk menggalakkan pengudaraan yang baik di rumah. 

“Antara minyak pati yang boleh digunakan adalah lemon dan peppermint di waktu siang dan lavender dan cedarwood di waktu malam. Untuk membantu anak-anak lebih fokus semasa menghadiri kelas online, pasangkan diffuser berhampiran mereka dan antara minyak pati yang dicadangkan adalah vetiver, peppermint, rosemary, lemon dan cedarwood. Selain itu, boleh juga minta mereka untuk menghidu secara terus minyak pati  ini sebelum memulakan pembelajaran,” ujar Norhidawati.

Gambar: Brittany Neale, Unsplash
Gambar: Brittany Neale, Unsplash

Bagaimana cara yang betul gunakan minyak pati?

Apabila anda sudah membeli minyak pati dan mahu menggunakannya, pastikan anda ambil langkah-langkah berikut untuk memastikan cara penggunaan minyak anda betul dan tidak mendatangkan kemudaratan.

  • Lakukan ujian patch kulit sebelum menggunakan minyak pati dengan meletakkan setitis dua minyak pati di  bawah ketiak untuk melihat sensitiviti kulit terhadap minyak pati tersebut. Sekiranya selepas setengah jam tiada perubahan negatif yang berlaku, maka bolehlah teruskan penggunaan seperti biasa.
  • Cairkan minyak pati yang bersifat panas, pijar atau berangin dengan menggunakan minyak pembawa (carrier oils) seperti minyak kelapa dara, minyak sayuran atau minyak zaitun. 
  • Rujuk panduan produk untuk melihat cara dan kadar untuk mencairkannya, sama ada kadar pencairannya 1:1 atau 1:4. 
  • Kenali minyak pati yang bersifat photosensitive seperti lemon, atau tangerine yang berasaskan citrus. Elakkan kulit daripada terdedah kepada matahari secara langsung apabila menggunakan minyak pati ini dalam tempoh 12 jam. 
  • Simpan minyak pati anda di tempat tinggi dan sukar dicapai oleh anak kecil.
  • Gunakan bekas kaca jika ingin menitikkan minyak pati yang berlabel perisa (flavouring) ke dalam air minuman. 
  • Elakkan anak kecil di bawah 3 tahun untuk menghidu secara terus minyak pati seperti peppermint. 
  • Kenal pasti jika anda atau anak ada mempunyai alahan terhadap mana-mana tumbuhan.

Kesimpulannya, penggunaan minyak pati sememangnya boleh membantu anda mendapatkan manfaat kesihatan yang baik. Namun, perlu pakai dengan betul. Tanpa kaedah yang betul dan tepat, mana mungkin manfaatnya dapat dinikmati! – Getaran, 6 Februari 2020

Isu Pada

Dayang Nurfaizah

06 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini