Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kamu : Prihatin, Peka Atau Penyibuk? (Bhg. 2)

Bahagian kedua tulisan Faizal Harun Nasution ini berbicara tentang naluri ingin tahu dan rasa peka dan sikap 'penyibuk' sewaktu pandemik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 12:05PM

Gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lalu, kita berbicara tentang naluri ingin tahu dan keprihatinan. Jika mahu membacanya, boleh ke sini.

Minggu ini, kita bercerita tentang kaitan naluri dengan kepekaan dan sikap 'penyibuk'. Apabila dipadukan dengan sikap prihatin yang dibincangkan minggu lalu, apakah agaknya kesannya kepada diri sendiri dan manusia sejagat?

 

PEKA

Peka adalah kombinasi naluri dan maklumat. Maklumat mendorong naluri untuk bertindak dengan wajar. Ia dikawal sepenuhnya oleh minda.

Pun begitu, peka dan sensitif ada sedikit sisihan perbezaan kerana sensitif ada sedikit pautan emosi. Peka berlaku berdasarkan maklumat yang diterima atau situasi yang dilihat secara langsung.

Anda seorang yang peka apabila mengalihkan serpihan kaca yang bertaburan di tengah laluan misalannya. Atau anda seorang yang peka apabila mempelawa warga emas untuk duduk di kerusi yang anda duduki sekian lama.

Gambar: Sarwer-e-Kainat, Pexels
Gambar: Sarwer-e-Kainat, Pexels

Sesuai situasi sekarang, kawalan pergerakan yang sedang berlangsung mengasingkan kita dari keluarga atau rakan. Ada yang terpaksa tinggal seorang diri tanpa sesiapa pun di sisi.

Selain memikirkan bahayanya penyebaran wabak, jangan sesekali terlepas pandang akan isu mereka yang terbiar bersendiri. Lebih-lebih lagi warga emas yang mempunyai penyakit berisiko tinggi.

Hidup bermasyarakat, meski wajib ‘mengeram’ di kediaman masing-masing ketika ini, jangan sesekali culas dan cuai akan situasi keluarga, jiran dan rakan yang tinggal berseorangan.

Peka dan ambil tahu secara kerap dan teratur. Bukan tidak pernah terjadi sebelum ini, sepanjang perintah berkurung, ada yang pergi tanpa disedari. Andai tahu pun, kerana bau tidak disenangi sudah mula semerbak mengganggu dan mencemar sekitar. 

Andai berkali-kali gagal dihubungi, jangan tunggu atau berlengah lagi. Hubungi pihak berkuasa dan suarakan kerisauan anda. Supaya langkah terbaik dapat diambil bagi mengelakkan terjadinya sebarang tragedi yang tidak diingini.

Andai terdiri daripada jiran tetangga, cubalah jengah sekali-sekala. S.O.P jangan sesekali dilupakan. Dalam peka menghulurkan bantuan, keselamatan diri wajib diutamakan.

Bagi mereka yang tiada keupayaan dan banyak halangan, kita harus peka akan sebarang keperluan.

Andai faham jiran punya anak kecil dan tidak mampu kerana kesempitan, ringankan mulut pelawa bantuan. Tidak perlu menunggu hingga pihak yang kesukaran meminta, kita lihat, faham dan tahu, jalankan saja tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang peka. 

Gambar: Matthias Zomer
Gambar: Matthias Zomer

Golongan gelandangan dan orang kurang upaya jangan sesekali dilupakan. Begitu juga dengan haiwan peliharaan terbiar.

Dalam situasi begini, selain kita, keperluan dan kemampuan mereka juga tidak terkecuali terganggu menyepi. Tidak mungkin ada sesiapa yang bebas lalu-lalang seperti biasa, menghulur ikhlas apa seadanya.

Andai kita peka dan tahu cara terbaik membantu, dapatlah kesukaran mereka diringankan.

Pun begitu, jangan sesekali peka membelakangi undang-undang PKP. Dapatkan maklumat dan saluran yang betul untuk menghulurkan bantuan. Selain kita, mereka juga antara golongan yang terkesan.

 

PENYIBUK

Gabungan emosi dan maklumat membawa kepada wujudnya istilah penyibuk. Ia sifat prihatin dan peka tidak bertempat dan merimaskan buat sesetengah individu. Soal sama ada maklumat itu sahih atau sebaliknya, tidak penting melainkan impak emosi yang diberikan ada masanya melampaui keperluan.

Seringkali isu remeh dan tidak berfaedah yang difokuskan. Dan tentu sekali perihal yang penting diberikan perhatian secara keterlaluan. Sepanjang kita hidup bersama wabak ini, ada saja sikap di antara kita yang suka melatah dan tidak kurang berprovokasi.

Gambar: Keira Burton, Pexels
Gambar: Keira Burton, Pexels

Sebagai contoh, bila telah sahih ada mangsa jangkitan wabak di sekitar, sebetulnya cukuplah dan wajarlah kita tahu sahaja. Tidak perlulah kita sibuk menyiasat dari mana datang dan siapa pembawanya.

Penting sekali, kita sudah tahu dan ada maklumat sahih terdapatnya mangsa jangkitan berdekatan. Urusan mencari dan mengesan kontak rapat, bukan urusan kita. Urusan kita sebetulnya lebih berwaspada dan terus mengamalkan S.O.P yang sedia ada dengan kerap dan betul.  

Lebih malang lagi, bila ada penyibuk yang tidak peka dengan keadaan mangsa wabak. Sudahlah mangsa dijangkiti, boleh pula banyak bersoal siasat berbanding bertanya khabar dan memberi dorongan emosi. Jauh sekali menawarkan sebarang bantuan keperluan kepada mangsa. 

Itu belum lagi yang bersikap menyemak dan sibuk dengan kepantasan berkongsi maklumat tidak terbendung. Pantang ada sahaja maklumat, laju ia disebarkan.

Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels
Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels

Dalam situasi sekarang, semua mengalami tekanan. Sama ada ringan atau sebaliknya. Usahlah ditambahkan tekanan yang sedia ada dengan lambakan maklumat yang kurang tepat atau tidak sahih. Bukan sahaja ia menambahkan kerisauan malah, tekanan yang ada juga akan semakin bertambah.

Jangan pula salahkan penyibuk andai ada di antara kita diserbu pihak berkuasa kerana berlagak kebal dengan undang-undang S.O.P yang telah ditetapkan.

Apa lebihnya anda yang bebas bergelak ketawa berkumpul di depan rumah sedangkan jiran tetangga yang lain terperap penuh berdisiplin? Tahukah anda, kebarangkalian jangkitan juga boleh berlaku ketika itu?

Malah ada teman saya yang bertugas sebagai pegawai perubatan berkongsi maklumat bahawa jangkitan mudah berlaku ketika kita sedang berkumpul berbual, makan atau minum.

Kerana ketika ketiga-tiga aktiviti ini berlaku, kita telah menanggalkan pelitup muka yang menjadi perisai pelindung kepada sebaran virus. 

Tiada sesiapa pun yang mahu perihal dirinya disibukkan. Tetapi, andai masyarakat kita alpa dan selalu leka, golongan penyibuk inilah yang mampu memberi pengajaran.

Demi keselamatan dan mengekang menularnya jangkitan, sila laporkan sahaja kedegilan masyarakat setempat pada pihak berkuasa.

Biar denda sahaja yang menjadi pengajarannya. Kerana apa? Selagi ada golongan yang bersikap sebegini, mementingkan diri, sampai bila pun masalah wabak ini tidak berjaya diatasi. 

Gambar: Andre Ouellet, Unsplash
Gambar: Andre Ouellet, Unsplash

Dalam keadaan sebegini, kita perlu jadi warga yang prihatin kepada musibah yang menimpa sesiapa tanpa mengira usia, bangsa dan agama.

Kita harus selalu peka dengan keadaan sekitar, kenal pasti siapa yang harus dibantu, apa yang perlu dilakukan dan hulurkan bantuan semampunya.

Oh, jangan sesekali lupa, jadilah penyibuk jika perlu andai ada di antara kita yang lalai serta ingkar akan arahan yang telah ditetapkan pihak berkuasa..

Prihatin dan peka itu kena ada selalu manakala menjadi penyibuk yang ‘menyibukkan’ dan melelahkan petugas barisan hadapan itu harus kita elakkan jauh-jauh.

Kasihan, mereka sudah terlalu penat! - Getaran, 13 Jun 2021

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry