Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kamu : Prihatin, Peka Atau Penyibuk? (Bhg. 1)

Bahagian pertama tulisan Faizal Harun Nasution ini berbicara tentang naluri ingin tahu dan rasa prihatin, serta impaknya kepada diri sendiri dan manusia sejagat.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 12:34PM

Gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Naluri ingin tahu dan manusia itu telah sebati sejak azali lagi. Tanpa naluri ingin tahu, kita tidak akan berkeinginan mendapatkan maklumat dan seterusnya belajar apa sahaja perkara baru yang menarik minat kita sehari-hari.

Dari perkara baru itu kita teroka, kita bangunkan untuk kegunaan diri juga masyarakat.

I have no special talent. I am only passionately curious,” kata cendekiawan fizik dari Jerman bernama Albert Einstein (14 Mac 1879-18 April 1955) yang menjadi pelopor kepada dunia ilmu fizik yang mana teorinya masih kekal relevan sehingga kini.

Itulah impak naluri ingin tahu yang seandainya dibimbing dengan betul, akan membawa faedah bukan sahaja pada peribadi, malah faedah itu diwarisi pula dari satu generasi ke satu generasi seterusnya untuk kegunaan manusia sejagat.

Tinggalkan sebentar tentang ilmuan bernama Albert Einstein kerana beliau dan naluri ingin tahunya telah membuahkan hasil yang menakjubkan. Bagaimana pula perihalnya naluri ingin tahu kita? Ke manakah destinasi naluri ingin tahu itu akan berlabuh dan menjadikan kita seorang yang...

 

PRIHATIN

Ia kombinasi naluri dan emosi. Sifat simpati, kasih dan sayang adalah asas kepada rasa prihatin yang hadir dalam diri kita. Ia akan mudah melonjak tatkala berlakunya sebarang musibah, bencana atau kekurangan.

Dan ia kini semakin rancak menemani kehidupan sementelah kita semua meneruskan kehidupan dalam ancaman pandemik COVID-19 ini. 

Gambar: Rosie Fraser, Unsplash
Gambar: Rosie Fraser, Unsplash

PKP3.0 bagai merantai kehidupan kita dengan pelbagai penyeksaan. Kes jangkitan, punca jangkitan dan kematian yang tidak menentu saban hari bukan sahaja menakutkan malah, membuatkan kita saling ambil tahu dan berkongsi rasa dengan mangsa dan waris korban wabak yang terlibat.

Saya mengambil contoh kejiranan saya sendiri yang ketika ini masih berada di zon merah. Yang mana hampir setiap hari kelibat ambulan pasti akan melewati tanpa gagal. Dan pernah berlaku tiga kematian dalam sehari!

Bayangkan, yang dijangkiti dan yang menjadi korban jaraknya hanya sepelaung.

Gambar Fail
Gambar Fail

Berita terjangkit dan kematian hanya dikirim melalui aplikasi WhatsApp sahaja tidak seperti sebelumnya yang mana sebaik sahaja mendapat berita, kita akan ke kediaman melawat dan memberi penghormatan terakhir.

Apa pula rasa kaum keluarga serumah dengan korban yang bukan sahaja tidak dapat melihat acara pengkebumian, diwajibkan duduk di dalam rumah (kuarantin) kerana dibimbangi berpotensi menyebarkan wabak? Inilah suasana kematian norma baharu, sepi dan sunyi tanpa kunjungan simpati dari jiran tetangga.

Atas sifat prihatin, segala sumbangan ikhlas dihulurkan menerusi sistem kiriman wang atas talian.

Ada yang membeli barangan keperluan asas dan menggantungnya di atas pagar kediaman mangsa jangkitan tanpa bersua muka, waima untuk mengucapkan terima kasih juga kini telah menjadi larangan. Cukuplah hanya kiriman sistem pesanan ringkas menjadi perantara buat ketika ini.

Gambar: Mikhail Nilov, Pexels
Gambar: Mikhail Nilov, Pexels

Begitu juga dengan nasib yang menimpa rakan-rakan peniaga kecil. Keterbatasan yang ditetapkan memaksa mereka mencari taktik atau alternatif lain bagi meluaskan pasaran yang terkawal ketat PKP.

Ada masanya saya rasa terharu dengan sifat prihatin rakan-rakan di muka buku. Ada yang membeli, memuat naik foto sajian yang dibeli dan diuar-uarkan kepada yang lain dengan harapan rantaian rezeki teman yang berniaga tadi terus berpanjangan.

Ada yang membeli sekadar menyokong perniagaan rakan-rakan dan kemudian dengan menggunakan khidmat penghantaran, sajian itu diberikan kepada rakan-rakan lain yang kekurangan dan kesempitan. Bukankah ada secebis keindahan di sebalik semua ujian dan penderitaan ini? 

Gambar: Kindel Media, Pexels
Gambar: Kindel Media, Pexels

Itulah indahnya nilai prihatin yang ada pada sanubari setiap dari kita. Andai sebelumnya kita hanya tahu dan pentingkan keperluan diri, ujian pandemik ini nampaknya berjaya menyuburkan rasa prihatin, melunakkan hati dan jiwa kita yang sebelum ini pejal, keras dan kematu.

Kita lebih mudah tersentuh, kita lebih mudah simpati dan berasa kasihan, lantas dengan rela hati ingin sama menggalas derita sesiapa pun yang sedang diuji.

Melihatkan semangat ini ada masanya membuatkan saya berfikir, betapa Maha Pencipta mahu melihat sejauh mana kita saling prihatin dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Sejauh mana kesanggupan mata dan telinga kita hanya melihat dan mendengar tanpa tercuit rasa simpati. Atau semampu mana kita tergamak menelan makan dan minum ketika tahu ada di antara kita yang mengikat perut kerana pendapatan yang terjejas teruk.

Minggu depan kita akan kenali naluri ingin tahu mereka yang 'peka' dan 'penyibuk' pula. Jaga diri semua. Jumpa lagi nanti. - Getaran, 6 Jun 2021

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini