web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganjur Konsert US Bagi Diskaun Tiket Beribu Ringgit Jika Divaksin

Mereka hanya perlu membayar harga tiket sebanyak RM74 sahaja. Jika tidak, mereka perlu membayar harga asalnya iaitu sekitar RM4000.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Jun 2021 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat nampaknya tidak main-main dalam usaha mengajak masyarakatnya untuk mengambil suntikan vaksin melawan COVID-19. Sebelum ini, mereka ada menawarkan minuman percuma dan tiket loteri sehingga berjuta-juta ringgit.

Kali ini pula penganjur konsert rock telah mengumumkan bakal memberikan diskaun tiket besar-besaran untuk mereka yang sudah mengambil vaksin. 

Kumpulan terkenal punk Amerika Syarikat seperti Teenage Bottle Rocket, Make War dan Rutterkin bakal hadir dengan konsert mereka bertempat di Skatepark of Tampa, Florida, 26 Jun ini. 

Penganjur mengumumkan, jika mereka berjaya membuktikan mereka telah mendapat suntikan vaksin sepenuhnya, mereka hanya perlu membayar harga tiket sebanyak RM74 sahaja. Jika tidak, mereka perlu membayar harga asalnya iaitu sekitar RM4000.

Gambar: http://leadfootpromotions.limitedrun.com
Gambar: http://leadfootpromotions.limitedrun.com

Dalam sebuah video, penyanyi dan gitaris kumpulan Teenage Bottle Rocket memberitahu peminat bahawa ini adalah usaha yang dilakukan untuk mengajak orang ramai mendapatkan suntikan vaksin. 

“Kami gembira sekiranya anda sudah mendapatkan suntikan vaksin. Marilah berpesta dengan kami. Keselamatan adalah agenda pertama, kemudian berhibur,” katanya.

Rata-rata menyambut baik usaha yang dilakukan pihak penganjur itu. Ia berbeza dengan legenda rock Amerika Syarikat, Foo Fighters. Mereka mengumumkan bakal menganjurkan sebuah konsert hanya untuk mereka yang sudah mendapatkan suntikan vaksin. 

Pengunjung hanya boleh hadir sekiranya sudah mendapatkan dua suntikan. Suntikan kedua pula mestilah diambil 14 hari sebelum acara gig berlangsung.

Namun begitu, segelintir daripada peminatnya tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan band tersebut dan memboikot tidak akan membeli sebarang tiket konsert kumpulan itu selepas ini. 

Terdahulu, Ohio mengumumkan penduduknya yang sudah mengambil vaksin berpeluang memenangi loteri bernilai RM1 juta.

New York pula mengumumkan generasi muda berumur 12 hingga 17 tahun yang mengambil vaksin berpeluang memenangi biasiswa untuk ke kolej negeri masing-masing. - Getaran, 13 Jun 2021


 

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini