Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Cara Untuk Membeli Kereta Yang Tepat Tanpa Keluar Rumah

Mahu membeli kereta, baru atau terpakai, tidaklah semudah membeli kemeja-T. Banyak yang perlu diambil kira. Tetapi bolehkah kita membeli kereta tanpa keluar rumah?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembelian kereta terutamanya kereta terpakai bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan begitu sahaja mengikut perasaan dan tanpa berfikir panjang.

Walaupun ramai yang menganggap bahawa pandu uji adalah satu ‘keperluan’ dalam memilih kereta, kami ingin berkongsi dengan anda cara yang boleh dilakukan untuk membeli kereta yang berkualiti tanpa memandu uji terlebih dahulu.

Namun begitu, cara ini hanya boleh dipraktikkan sekiranya anda memilih kereta yang tepat daripada pengedar yang boleh dipercayai. Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut tentang itu, mari kita bincangkan mengenai kereta terpakai.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian apabila memilih kereta terpakai?

Apabila membeli kereta terpakai, anda perlu membuat pemeriksaan yang lebih teliti memandangkan kereta terpakai tentunya mempunyai bahagian-bahagian yang haus dan lusuh. Oleh itu, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diteliti semasa memilih kereta terpakai. 

Sejarah jarak perbatuan (mileage): Kereta yang mempunyai jarak perbatuan yang rendah hingga sederhana adalah pilihan yang popular di pasaran kereta terpakai kerana lazimnya kadar haus dan lusuh kereta tersebut adalah kurang jika dibandingkan dengan kereta yang mempunyai jarak perbatuan melebihi 100,000km.

Karat: Karat boleh merosakkan dan mereputkan logam. Oleh itu, ia merupakan satu masalah besar kerana sebahagian besar daripada struktur binaan kereta terdiri daripada logam.

Apabila logam mula reput, keselamatan kereta akan terjejas kerana besi yang sepatutnya berfungsi sebagai zon hancur akan rosak dan lemah. Untuk memeriksa karat, anda perlu melihat bahagian bawah pintu pada rel bingkai serta bahagian dalam ruang tayar dan ekzos.

Bahagian bawah hud kereta: Periksa sekiranya terdapat sebarang kebocoran minyak, kerosakan pada kabel sambungan, komponen yang sudah haus dan sebarang rekahan pada hos dan tali sawat – perkara-perkara ini bakal mendatangkan masalah kepada anda.

Tayar: Periksa permukaan tayar untuk melihat sekiranya ada kesan haus yang tidak sekata kerana ia mungkin merupakan petanda kereta tersebut mengalami masalah penjajaran yang serius.

Meskipun masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya menggantikan tayar, ia boleh menyebabkan peningkatan kos yang perlu ditanggung. 

Sistem audio: Pastikan sistem maklumat hibur (infotainment) termasuk sistem audio masih berfungsi dengan baik. Hidupkan sistem tersebut dan dengarkan sekiranya terdapat sebarang kerosakan seperti bunyi yang perlahan atau tidak jelas kerana ia mungkin menunjukkan bahawa sistem tersebut mengalami kerosakan.

Laporan pemeriksaan dan servis: Secara umumnya, kereta terpakai akan menjalani pemeriksaan sebelum dijual di pasaran. Sekiranya boleh, minta laporan pemeriksaan supaya anda dapat meneliti segala aspek kereta tersebut dengan terperinci.

Sekiranya anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan kereta, anda akan dapat mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang isu berdasarkan laporan pemeriksaan tersebut. Tetapi jika sebaliknya, minta bantuan rakan atau mekanik untuk membantu anda.

Laporan pemeriksaan akan menunjukkan sekiranya kereta terpakai tersebut telah menjalani kerja-kerja penyelenggaraan yang besar selepas terlibat dalam kemalangan, kebakaran atau mengalami kerosakan akibat banjir.

Anda juga boleh meneliti laporan pemeriksaan untuk melihat tahap kesihatan kereta secara keseluruhan – sekiranya kereta tersebut menjalani servis mengikut jadual yang sepatutnya, ia menunjukkan bahawa kereta tersebut diselenggara dengan baik oleh pemilik sebelumnya.

Janji temu maya: Cara baru membeli kereta 

Dalam situasi kita menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam norma baharu, janji temu maya kian menjadi pilihan sebagai cara yang lebih sesuai untuk mengurangkan perjumpaan secara bersemuka dan fizikal selain menjamin keselamatan terutamanya semasa pandemik global yang sedang melanda dunia ketika ini.

Tentunya kami tidak mengesyorkan anda memilih kereta dan terus membelinya begitu sahaja. Tetapi melihat keadaan sekarang, janji temu yang dilakukan secara maya semakin popular dalam melaksanakan sebarang urus niaga.

Jika anda berminat untuk mendapatkan janji temu maya dengan pengedar kereta, berikut adalah senarai semak sebagai panduan yang boleh membantu anda membuat keputusan semasa lawatan maya tersebut dilakukan.

Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil: Memandangkan ini ialah janji temu maya, sambungan internet yang tidak begitu baik boleh menjejaskan kualiti video.

Oleh itu, anda perlu lakukan persediaan yang sewajarnya sebelum memulakan panggilan dan pastikan sambungan internet anda stabil.

Semasa panggilan sedang berjalan, jangan teragak-agak untuk berterus-terang jika anda tidak dapat melihat bahagian-bahagian kereta tersebut dengan jelas – anda boleh meminta gambar-gambar yang diambil dari jarak dekat selepas panggilan video berakhir. 

Periksa bahagian luar kereta: Pastikan kereta yang ingin dibeli berada di tempat yang cukup terang atau di luar bangunan supaya anda dapat melihat dan meneliti badan kereta tersebut dengan jelas.

Kesan-kesan calar yang kecil atau mana-mana komponen yang haus dan lusuh adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan – kerosakan kecil sebegini boleh diperbaiki.

Sebaliknya, beri tumpuan kepada komponen-komponen penting seperti panel kereta dan periksa sekiranya ada ruang atau jurang yang tidak sekata kerana ia mungkin petanda bahawa kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.

Pastikan perunding jualan memaparkan pandangan dari jarak dekat supaya anda dapat memeriksa kesan karat yang selalunya terdapat pada bumbung, bingkai tayar atau di ruang enjin.

Elemen luaran lain yang perlu diperiksa termasuklah tayar, rim, bampar, cermin, tingkap, pintu kereta, hud, bonet, lampu depan dan lampu belakang. 

Periksa bahagian dalaman kereta: Seperti yang dinyatakan di atas, pastikan anda periksa sistem infotainment kereta.

Selain itu, beri perhatian khusus kepada elemen-elemen lain dalam kereta yang perlu anda periksa termasuklah kemasan dalaman, sistem penyaman udara, tingkap, kunci kereta, tali pinggang keledar, sunroof, moon roof, penggera keselamatan, karpet dan sebarang aksesori dalaman.

Periksa jika terdapat sebarang kesan kotoran atau pengoksidaan pada tempat duduk.

Periksa bahagian bawah hud kereta: Pada bahagian ini, anda perlu memeriksa kesan kemik atau karat. Rekahan yang ketara pada hos atau tali sawat juga adalah petanda masalah yang perlu dipertimbangkan kerana kos untuk membaikinya adalah tinggi jika ia putus.

Selain itu, anda juga perlu melihat sekiranya ada kesan berwarna gelap pada enjin serta sebarang kebocoran yang seakan-akan gel di bawah penutup minyak enjin kerana ini adalah petanda berlakunya pencemaran air atau bahan pendingin.

Periksa enjin: Semasa janji temu tersebut, minta perunding jualan untuk menghidupkan enjin dan beri perhatian  sekiranya ada bunyi-bunyi pelik yang dihasilkan dari bahagian enjin.

Umumnya, setiap bunyi yang dihasilkan oleh enjin menandakan masalah yang mungkin dihadapi oleh kereta anda. Sebagai contoh, bunyi menciut di bawah hud mungkin menandakan tali sawat serpentin sudah haus.

Sekiranya anda mendengar sebarang bunyi tersebut, pastikan anda meminta penjelasan daripada perunding anda.

Bahagian bawah kereta: Antara bahagian penting lain yang perlu diperiksa ialah bahagian bawah kereta. Anda perlu memeriksa bendalir kereta, sistem elektrik, gear, suspensi, sistem pendingin, sistem ekzos, brek dan penjajaran.

Minta laporan servis: Anda perlu meminta laporan servis yang lengkap daripada pemilik, pengedar atau perunding jualan.

Laporan ini akan menunjukkan kekerapan kereta tersebut diservis. Malah, anda juga boleh mengetahui sama ada kereta yang dibeli menjalani servis dengan konsisten mengikut tempoh yang sepatutnya.

Janji temu maya & beli kereta tanpa pandu uji 

Semoga perkongsian tip ini dapat membantu anda membuat keputusan. Kini sudah tiba masanya untuk memilih platform kereta yang boleh dipercayai.

Sekiranya anda ingin membeli kereta terpakai, platform seperti Carsome menawarkan pengalaman 'uji milik' atau 'test own' yang membolehkan anda membeli kereta dan mengujinya di kawasan persekitaran anda sendiri.

Sekiranya anda merasakan kereta tersebut tidak sesuai untuk anda, anda boleh memulangkannya dalam tempoh lima hari dan wang anda akan dikembalikan sepenuhnya! 

Keseluruhan proses bagi pengalaman 'uji milik' ini dilakukan sepenuhnya dari mula hingga akhir secara dalam talian yang bermula dengan janji temu maya untuk melihat kereta yang ingin dibeli.

Semasa panggilan video dilakukan, Penasihat Jualan Carsome akan membawa anda untuk meninjau kereta terpakai pilihan anda dan melayan segala pertanyaan dan permintaan anda – sekalipun permintaan untuk menghidupkan enjin kereta!   

Di samping itu, anda juga boleh melihat laporan pemeriksaan yang lengkap bagi setiap kereta yang disenaraikan di laman web mereka.

Berbekalkan tip yang telah kami sediakan untuk anda, pastikan anda memeriksa bahagian dalam dan luar kereta, di bawah hud dan juga bahagian bawah kereta dengan teliti.

Kini anda sudah bersedia untuk merasai pengalaman 'uji milik' anda buat julung kalinya. Sesuai dengan amalan norma baharu ini, anda kini tidak lagi perlu untuk keluar rumah untuk membeli kereta terpakai idaman anda! 

Rencana ini diinspirasikan daripada 'Here’s How You Can Buy a Car Without Leaving Your Home' di Carsome.my.

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok