Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Tip Pintar Peranti Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Amalkan amalan-amalan lestari ini demi kelangsungan dan kesejahteraan Bumi yang tercinta.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 11:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada tanggal 5 Jun setiap tahun untuk mengingatkan kita bahawa setiap manusia yang hidup muka Bumi ini mempunyai tanggungjawab dan peranan dalam menangani masalah persekitaran yang mencengkam pada hari ini. 

Sudah tiba masanya untuk kita sentiasa cakna dalam memelihara dan memulihara alam sekitar dengan lebih progresif dan proaktif. Lagipun, di mana lagi kita mahu tinggal selain di Bumi, bukan? Planet inilah rumah kita. Menjadi tanggungjawab bersama untuk kita menjaganya.

Suatu perubahan yang besar itu bermula dengan langkah kecil yang pertama. Meninggalkan kesan positif terhadap alam sekitar boleh bermula dalam bentuk kecil seperti bijak dalam mengendali peranti dan teknologi di sekeliling kita.

Bagi memastikan masa hadapan yang cerah dan kelangsungan alam sekitar yang mampan, berikut kami senaraikan lima tip pintar peranti yang dapat anda amalkan dengan mudah sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, seperti di bawah:

 

Beri Peluang Kedua Kepada Bungkusan

Kotak bungkusan sangat penting bagi melindungi produk-produk atau peranti-peranti yang dibeli daripada kerosakan sebelum sampai ke tangan anda. Melihat kepada ketahanan bahan-bahannya, sesetengah kotak bungkusan ini boleh diolah menjadi sesuatu yang baharu.

Ramai mengambil kesempatan ini untuk memberi ‘kehidupan’ kedua kepada kotak-kotak bungkusan tersebut. Dengan pendekatan kreatif, kotak-kotak bungkusan ini boleh direka semula menjadi pelbagai objek yang menakjubkan.

Misalnya, ia boleh menjadi rumah permainan kucing, para untuk meletak pokok-pokok hiasan di dalam rumah, malah boleh juga menjadi perabot seperti kerusi budak, rak buku, meja sisi dan sebagainya. Ikuti tip-tip pembungkusan kitar semula kreatif oleh Samsung.

Tamatkan Pembaziran Daya Tenaga

Mungkin ada antara anda yang berfikir, tiada penggunaan tenaga ketika peranti tidak digunakan. Namun, walaupun peranti itu berada dalam mod sedia (standby), kebanyakan peranti masih mempunyai komponen utama yang masih berjalan, sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Ini menunjukkan ketidakcekapan tenaga utama yang sering kita pandang sebelah mata. Sebenarnya, penggunaan tenaga untuk mod sedia menyumbang sekitar 10% dari jumlah penggunaan tenaga isi rumah. Istilah ‘The Power Vampire’ wujud kerana permasalahan ini.

Sebagai pengguna, anda boleh memainkan peranan dalam mengurangkan penggunaan tenaga dengan membeli peranti yang tidak menggunakan pendekatan ini atau peranti-peranti yang memiliki teknologi sifar atau hampir-sifar mod sedianya. 

Gunakan Teknologi Lestari

Inovasi yang canggih dapat dikecapi dengan hanya mempertimbangkan faktor keberlangsungan sesuatu peranti. Semasa membuat pembelian, anda berperanan melindungi alam sekitar dengan mempraktikkan amalan melihat kepada kelestari dan ciri-ciri hijau yang ditawarkan peranti. 

Memberi kelebihan kepada pengguna, sekiranya anda menggunakan peranti dengan ciri-ciri mampan sebegini, anda bukan sahaja berjaya membantu alam sekitar, malah anda berkemungkinan boleh menikmati penjimatan dalam tempoh masa panjang. 

Mungkin sesetengah peranti dengan ciri-ciri hijau dan lestari ini agak mahal pada harganya, tetapi semat dalam hati, anda boleh berbangga kerana berjaya menyelamatkan alam sekitar dengan upaya anda sebagai manusia biasa. 

Contoh-contoh peranti yang boleh anda mula membuat pelaburan demi alam sekitar seperti panel solar, mesin basuh mesra air, pengecas bateri guna-semula, lampu malam luar bersensor, penghawa dingin mesra alam dan banyak lagi. 

Perbaharui Fungsi Peranti Lama

Dewasa ini, terlalu banyak inovasi baharu yang diperkenalkan untuk peranti-peranti dan dilakukan dengan pantas sekali. Sudah termaklum, ramai pengguna lebih cenderung membeli peranti-peranti keluaran terbaharu, sesuai gaya hidup masing-masing, seiring tempoh masa.

Namun, percayalah ia tidak menandakan pengakhiran bagi peranti-peranti lama atau terdahulu yang pernah anda ada. Daripada membuang ke tong sampah, berikan ‘kehidupan’ baru untuknya. Dengan sedikit kreativiti, anda masih boleh menggunakannya dengan tujuan yang berbeza. 

Berikut beberapa cadangan untuk menggunakan semula peranti lama anda:

  • Gunakan sebagai GPS kekal dalam kereta
  • Gunakan sebagai pemutar senarai main muzik kegemaran 
  • Gunakan sebagai radio dan hubungkan ke pembesar suara
  • Gunakan sebagai e-buku, membaca buku-buku atas talian melalui aplikasi
  • Gunakan sebagai jam kunci penggera
  • Gunakan sebagai peranti permainan mobil sepenuh masa 

Tukarkan Menjadi Kamera Keselamatan

Salah satu kelebihan peranti-peranti masa kini, terutamanya telefon pintar adalah kamera terbina sebagai salah satu fitur khasnya. Apalah maksudnya telefon pintar tanpa kamera, bukan? Meski telefon pintar pantas silih berganti dengan versi baharu, apa kata manfaatkan yang lama?

Nah, gunakan telefon pintar lama anda itu tadi sebagai alat penggera atau kamera keselamatan di rumah bagi memantau anak-anak, orang tua atau haiwan peliharaan kesayangan melalui aplikasi terbina yang boleh anda dapatkan di Apple Store atau Google Play. 

Pada akhirnya, walau sebesar zarah amalan mesra alam yang anda lakukan pada hari ini, setiap tindakan anda itu bakal memberikan kesan. Marilah kita bersama-sama amalkan tip-tip pintar peranti ini demi kesejahteraan Bumi. Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia! – Getaran, 5 Jun 2021

Semua gambar: Samsung Malaysia

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Alam Flora Galak Penggunaan Semula Bekas Makanan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Hantar Gajet Lama, Rosak Ke Pusat Pengumpulan E-sisa MCMC - Teo

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi