web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nana Sheme Sepi Selama 4 Tahun, Akui Jauh Hati Dengan Pihak Pengurusan

Walaupun akur dengan keputusan pihak pengurusan itu, Nana tidak pernah jemu memperjuangkan haknya sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 7:35PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan penulis lagu yang popular dengan lagu ‘Hantu Atau Buaya’, Nana Sheme mengakui berjauh hati dengan pihak pengurusannya, XENO Entertainment kerana dipaksa menunggu selama empat tahun untuk melancarkan single terbaharunya, ‘Aku Mencoba’.

Jelasnya, penantian selama empat tahun telah menimbulkan salah sangka dalam kalangan peminat yang percaya kononnya dia telah mengundurkan diri dari industri muzik tempatan.

“Saya tidak pernah berhenti daripada terus berkarya. Sepanjang tempoh empat tahun ini, saya telah menyiapkan kira-kira tujuh buah lagu yang untuk dirakam dan diperdengarkan kepada peminat. Namun, saya terpaksa akur dengan keputusan pihak pengurusan yang meminta saya supaya terus menunggu,” ujar Nana Sheme ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Nana, walaupun akur dengan keputusan pihak pengurusan itu, tidaklah bermakna dia tidak memperjuangkan haknya sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik, sebaliknya, dia tidak pernah jemu bertanya.

“Sebagai seorang penyanyi, kalau boleh Nana memang tidak mahu peminat tertunggu-tunggu terlalu lama. Untuk dapatkan momentum bukannya mudah. Jadi, Nana sentiasa berbincang dengan pihak pengurusan dari semasa ke semasa. Sudah semestinya Nana mahukan penjelasan.

“Empat tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan sejujurnya Nana berasa jauh hati dengan mereka. Nana seakan-akan dipinggirkan sehingga membuatkan Nana terfikir untuk meninggalkan syarikat. Namun, segalanya berubah selepas mereka akhirnya bersetuju untuk lancarkan single ‘Aku Mencoba’ pada tahun ini,” kongsi Nana tanpa berselindung.

Bercerita tentang lagu ‘Aku Mencoba’, Nana memberitahu ia adalah hasil garapannya sendiri bersama suami, Zikri Zakaria yang turut bertindak sebagai penerbit bersama dalam penghasilan lagu ini.  

Lagu ini diilhamkan dari realiti yang dilalui setiap insan termasuklah Nana sendiri, yang menjalani pelbagai rintangan dalam kehidupan, namun memilih untuk terus berjuang dan tidak berputus asa.

“Jujurnya selepas sebulan kami berkahwin pada Oktober 2022, kami diuji dengan masalah kewangan sehingga ia menjejaskan emosi serta membuatkan Nana berkasar dengan suami. Nana akhirnya muhasabah diri dan tulis lagu ini yang mana pada ketika itu Nana membayangkan jika diri ini berada  di tempat suami. 

“Selain itu, jika didengar semula, lagu ini juga berkait rapat dengan usaha Nana untuk kekal relevan selain menonjolkan kematangan ekspresi muzik Nana. Lagu ini adalah arah baharu Nana dalam meneruskan langkah sebagai penyanyi,” ujar Nana.

Meraikan kemunculan lagu ini, Nana telah sempat meluangkan masa bersama peminat secara tertutup di Teja Studio pada 10 Disember lalu.

Selain itu, sebagai salah satu langkah promosi, Nana juga telah mengeluarkan sebuah video visualizer untuk ‘Aku Mencoba’ yang boleh ditonton di saluran YouTube Nana Sheme manakala muzik video rasmi boleh mula ditonton di YouTube XENO Entertainment. 

Penggambaran muzik video ‘Aku Mencoba’ mengambil masa selama dua hari di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Petaling, Jambatan Saloma dan sekitar Putrajaya. Antara lokasi yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat Nana Sheme adalah Dataran Merdeka kerana ia merupakan salah satu lokasi penggambaran muzik video lagu ‘Hantu Atau Buaya’ yang melonjakkan namanya dalam indusri muzik. - Getaran, 17 Disember 2023

Foto. Najjua Zulkefli

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini