web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Neon Countdown Bariskan Nama-Nama Hebat, DJ Snake, Blasterjaxx Turut Serta

Bersedia untuk pengalaman malam tahun baharu berbeza dan penuh kejutan!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 3:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bangkok sekali lagi menjadi tuan rumah bagi perayaan Malam Tahun Baharu terbesar di Asia pada 29 Disember hingga 31 Disember ini. Bertempat di Wonder World Extreme Park, 

Bangkok, festival terbesar di Asia itu akan menampilkan nama-nama besar dalam industri muzik dan tarian. 

Antaranya ialah Ratu Techno, Charlotte De Witte, penerbit yang mendapat pencalonan Anugerah Grammy, DJ Snake, Artbat, Blasterjaxx, dan Andrew Rayel. Penyanyi, penulis lirik dan DJ Britain, John Newman juga akan membuat penampilan julung-julung kalinya di Thailand. 

Lebih mengujakan, edisi ini juga bakal menyaksikan penyatuan semula Axwell & Ingrosso, Duo DJ Sweden yang terdiri daripada ahli Swedish House Mafia, Axwell dan Sebastian Ingrosso.

Selain daripada simfoni muzik, pengunjung festival juga akan dihiburkan dengan pengalaman festival yang sepenuhnya diperbaharui dan berbeza daripada edisi NEON Countdown terdahulu. 

Antara yang menanti ialah ‘NEON Garden’ yang kembali lebih baik daripada sebelum ini dengan menampilkan elemen seni yang indah dan berbaloi untuk dikongsi serta ‘NEON Wall’ yang ikonik di mana pengunjung festival dijemput untuk meninggalkan jejak mereka.

Selain itu, dekatkan diri dengan ‘NEON Tribe’ dan serlahlah sifat keanak-anakan yang tersembunyi dalam diri di ‘NEON Playground’. Pabila perut mula bernyanyi minta diisi, panjangkan langkah ke  “NEON Downtown” untuk menikmati pelbagai pilihan makanan lazat dari seluruh dunia.  

Sambil menjamu selera, anda juga boleh menyaksikan persembahan di pentas utama menerusi skrin LED 4K yang besar! 

Tidak ketinggalan ‘NEON’s Beauty Bar’ di mana para peminat muzik boleh merebut peluang melakukan lukisan wajah UV percuma yang direka khas. Cubalah serlahkan diri lain daripada yang lain, mana tahu kelibat anda akan dipertontonkan di dalam ‘NEON Countdown Aftermovie’!

Bagi mereka yang inginkan pengalaman hebat dan luar biasa semasa meraikan ambang tahun baharu 2024, apa kata dapatkan pas Neon Premium GA (PGA) yang membolehkan anda menikmati pelbagai faedah istimewa termasuklah laluan masuk khas VIP, zon berdiri yang menawarkan pemandangan ekslusif dari Pentas Infinity yang berteknologi terkini, tandas berhawa dingin dan cenderahati istimewa untuk dibawa pulang.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh ikuti laman sesawang https://www.neoncountdown.asia - Getaran, 16 Disember 2023

Foto : NEON Events

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini