Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenapa Netizen ‘Bitter’ Dengan Eina Azman, Iman Troye, Ryzal DurianKimchi?

Seminggu ini sahaja, beberapa individu telah menjadi 'trending' di laman sosial. Banyak perkara yang terjadi di negara kita minggu ini membuatkan rakyat tidak ada mood untuk ber ‘yak yak yeh’

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 11:05AM

Gambar: Instagram @imantroye, @eina_azman, @ryzalibrhm

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda pengguna laman sosial tegar minggu ini, anda akan menyedari bahawa masyarakat kita sudah hilang selera untuk berjenaka. Kita semua cepat marah dan cemas. 

Situasinya jelas, angka positif COVID-19 yang melebihi lapan ribu sehari sangat menggemparkan. Setiap hari ada sahaja berita kematian akibat wabak ini kita dengari. 

Hospital mula mendedahkan bilangan katil di wad ICU sudah melebihi kapasiti. Mayat pula terpaksa diletakkan di dalam kontena. Ini semua situasi yang tak terbayang dek akal kita setahun lalu. 

Bukan sehari dua kita baru menghadapi pandemik ini. Tempoh setahun dan empat bulan seharusnya cukup membuatkan kita lebih arif dan bersedia. Namun apakan daya. Terlalu kecewa kalau nak disenaraikan sebab-sebabnya.

Seminggu ini sahaja, beberapa individu telah menjadi trending di laman sosial. Seperti yang penulis katakan tadi, kita semua cepat marah dan ini bukan masa yang sesuai untuk ber ‘yak yak yeh’. 

Sebab itulah nama penyanyi ‘Teman’, Iman Troye dipetik netizen gara-gara ciapan miliknya yang tidak sampai pun 10 patah perkataan berbunyi,

“Happy 6.9K everyone! Congratulations! Hope esok dapat 7k”

Mungkin penyanyi yang baru sahaja berumur 19 tahun itu hanya bernada sinis dan bergurau senda manja-manja di laman sosial. 

Namun kerana ini bukan masa yang sesuai, maka dia harus berhadapan amukan netizen yang beranggapan Iman tidak sensitif langsung dengan nasib golongan barisan hadapan yang separuh mati merawat pesakit akibat COVID-19.

Setelah dua hari trending, Iman tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya dan mengakui tidak berniat untuk melukai hati sesiapa.

Dalam keadaan kes semakin meninggi, kita akan berikhtihar apa sahaja agar kita terselamat daripada wabak yang membunuh ini. Bila membabitkan nyawa, kita semua terdesak. 

Sebab itulah sebaik sahaja kerajaan mengumumkan vaksin AstraZeneca sudah boleh ditempah, rakyat bermati-matian berebut mendapatkan slot untuk diri sendiri dan keluarga walaupun sistem yang diberikan begitu tolol. 

Maka, ketika selebriti Eina Azman memuat naik gambar di laman Instagram mengatakan dia baru selesai mendapatkan suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, ramai yang mempersoalkan bagaimana pelakon itu boleh merentas negeri dan mendapatkan vaksin terlebih dahulu berbanding mak dan ayah mereka yang sudah uzur?

Namun Pengarah Hospital Dr Abdul Malek Osman  mengatakan Eina dan suaminya layak menerima suntikan vaksin berdasarkan rujukan doktor pakar memandangkan mereka berdua mengalami masalah kesihatan. Atau dalam kata mudahnya, pasangan ini termasuk dalam golongan berisiko tinggi. Eina bagaimanapun telah memadam gambar berkenaan dan tidak berkongsi penyakit yang dihidapinya memandangkan ia terlalu peribadi. 

Sehingga saat ini, warganet masih lagi tunjuk perasaan dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan itu. 

Memandangkan rakyat tidak mahu bergurau, maka pempengaruh Ryzal Duriankimchi turut menerima nasib yang sama apabila videonya yang dikatakan menghina pakaian tradisi Iban telah tular.  Waktu itu isterinya, Maryam sedang mengenakan busana itu dalam satu bilik solek. 

Sudahlah tak dapat vaksin sehari sebelum itu, amarah netizen diteruskan lagi membuatkan Ryzal dikecam hebat kerana tidak menghormati budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 

Sentimen di media sosial nampaknya boleh begitu kuat sehingga memaksa Pertubuhan-pertubuhan Dayak Sarawak menyelar tindakan tersebut. Namun, Ryzal walau bagaimanapun telah memohon maaf atas perbuatannya itu.

Tak tahulah apa yang bakal terjadi di minggu mendatang. Namun sedikit sebanyak, kita sebenarnya mengharapkan berita baik dan cerita indah yang boleh meredakan ketegangan masyarakat kita pada hari ini. 

Tapi untuk hari ini, lebih baik kita berjaga-jaga kerana sememangnya kita tak ingin berjenaka. - Getaran, 29 Mei 2021

Isu Pada

Syafiq Kyle – Tentang Maskulin Toksik

29 May 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini