Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jamu Selera, Hiburkan Hati

Perhatian pencinta kucing, jom ke Yugi Cats Cafe untuk ‘healing’ bersama kucing anda sambil menjamu selera. Jika anda takut pada kucing, kafe ini mungkin mampu mengubati ketakutan itu.

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 12:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kafe Yugi Cats Cafe yang terletak di Kota Damansara itu, sudah timbul perasaan ingin membelai makhluk comel bernama kucing. Itulah yang dapat

digambarkan oleh penulis ketika mengunjungi kafe berkenaan bagi menghasilkan sampul digital TARA kali ini di bawah kategori gaya hidup.

Minggu lalu, penulis berpeluang bertemu dengan pemilik kafe untuk mengetahui keistimewaan yang ditawarkannya, memandangkan kafe yang berkonsepkan haiwan comel ini semakin mendapat perhatian di negara ini.

Yugi Cats Cafe mula beroperasi secara rasmi pada Mei 2023
Yugi Cats Cafe mula beroperasi secara rasmi pada Mei 2023

Diusahakan oleh Mohd Fuazi atau lebih mesra dipanggil Agi, rancangan untuk membuka kafe ini bermula pada Februari lalu dan mula beroperasi secara rasmi pada Mei 2023.

Sebelum ini, apabila mendengar sahaja kafe kucing, kita pasti ingat bahawa ia adalah lokasi yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menjamu selera sambil dikelilingi kucing atau tempat pemeliharaan. Namun, Agi menekankan bahawa konsep kafe ini adalah tempat untuk orang ramai berhibur dan menjamu selera sambil ‘healing’ bersama kucing .

“Dekat sini kita punya konsep adalah kafe untuk manusia yang suka kucing, for the cat healing. Macam saya sendiri, saya jadikan kucing sebagai medium untuk menghilangkan stress dan berkongsi perasaan dalam hati. Tempat untuk meluangkan masa sampai tiada masa untuk tengok telefon dan benda lain, kadang-kadang sampai boleh terlupa semua masalah.

“Sebab itu ada yang mengatakan kekuatan kucing boleh mengubah perasaan seseorang itu. Saya bukan nak kata saya percaya perkara ini tapi saya sendiri telah alaminya. ‘Vibe’ kafe ini mungkin tak semua tempat makan ada bahkan tidak juga pada kucing yang biasa-biasa,” buka bicaranya.

Agi sangat mengambil berat mengenai kucingnya sehingga mahu memastikan setiap pergerakan haiwan ini dilihat di depan matanya
Agi sangat mengambil berat mengenai kucingnya sehingga mahu memastikan setiap pergerakan haiwan ini dilihat di depan matanya

Mengulas lebih lanjut, Agi berkata, pada awalnya dia tidak merancang untuk menjadikan premis itu sebuah kafe, sebaliknya hanya sebagai tempat untuk meletakkan kucingnya berikutan jumlah haiwan kesayangannya semakin bertambah.

Namun, disebabkan Agi sangat mementingkan pemantauan kucingnya sehingga mahu memastikan setiap pergerakan haiwan ini dilihat di depan matanya, timbul idea untuk mencipta konsep kafe ini.

“Agi rancang pada awalnya nak buka tempat ini sebagai tempat kucing sebab kucing saya dahsemakin banyak, nak berniaga ketika itu tak terlintas langsung. Nak cari tempat baharu untuk kucing pun susah sebenarnya. Ia perlu pengudaraan yang bagus dan selesa sebab kucing ini ingin mahu berpindah dari tempat asalnya.

Sudut ‘cat healing’ (bilik kaca atau akuarium kucing) untuk pelanggan melihat gelagat kucing sambil menjamu selera.
Sudut ‘cat healing’ (bilik kaca atau akuarium kucing) untuk pelanggan melihat gelagat kucing sambil menjamu selera.

“Saya pun fikir kenapa tidak saya buat cats cafe untuk saya bawa kucing dekat tempat kerja. Saya boleh tengok mereka dan pantau sambil buat kerja. Kemudian, saya fikir kenapa tidak saya cipta satu sudut untuk ‘cat healing’ (bilik kaca atau akuarium kucing) dan memberi peluang kepada orang yang sukakan kucing. Jadi ia seperti daripada hobi kepada sumber rezeki,” jelas Agi.

Reka bentuk ruang makan di Yugi Cats Café
Reka bentuk ruang makan di Yugi Cats Café

Sementara itu, beliau berkata, 80 peratus reka bentuk kafe diinspirasikan daripada kafe kucing yang ada di Jepun dan Bangkok. Ia mengetengahkan konsep alam semula jadi dan tidak menggunakan sebarang tumbuhan hidup serta mengetengahkan pengasingan antara tempat makan dan akuarium kucing.

Oleh itu, biarpun anda takut atau tidak mempunyai kucing di rumah, orang ramai masih boleh melihat gelagat si comel ini dari luar.

Kemahiran mengendalikan kucing dan kebersihan tempat amat penting ketika membuka kafe kucing.
Kemahiran mengendalikan kucing dan kebersihan tempat amat penting ketika membuka kafe kucing.

Berkongsi cerita mengenai cabaran membuka kafe kucing ini, menurut Agi, kemahiran mengendalikan kucing dan kebersihan amat penting. Di Yugi Cat Café, pihaknya membersihkan bulu kucing yang ada di dalam kafe menggunakan pembersih vakum sebanyak empat kali sehari,  manakala tempat najis kucing pula setiap dua jam akan diperiksa oleh pekerja sama ada ia sudah boleh dibuang atau tidak. Ini bagi mengelakkan pengunjung yang masuk ke dalam kafe menghidu bau yang tidak menyenangkan.

Ternyata, semasa penulis hadir dan menjamu selera, tidak ada langsung bau yang tidak menyenangkan dan memang selesa menikmati makanan di sini. Struktur binaan akuarium juga memainkan peranan utamanya untuk menghalang bau kucing keluar masuk ke ruang makan.

Sebahagian kucing pelbagai baka luar negara ditempatkan di dalam akuarium kucing.
Sebahagian kucing pelbagai baka luar negara ditempatkan di dalam akuarium kucing.

Mengenai jenis kucing yang ada di sini, Agi mula memelihara kucing selepas membeli seekor kucing baka British Shorthair disusuli dengan seekor lagi baka sama untuk dijadikan pasangan.

“Kemudian bila minat itu timbul, saya carilah kucing baka kedua saya iaitu Persian, Maine Coon, Munchkin dan Flatnose dan setiap baka ini juga saya beli secara berpasangan. Secara keseluruhan selepas mereka mengandung dan beranak, saya sudah ada lebih 60 ekor tidak termasuk anak kucing.

“Kucing di kafe ini semua yang mesra dengan orang ramai dan tidak takut dengan orang luar. Banyak pengunjung yang tak pernah pergi kafe kucing, mereka terkejut dan gembira apabila jumpa kucing saya,” katanya.

Kira-kira 38 ekor kucing pelbagai jenis baka di kafe.
Kira-kira 38 ekor kucing pelbagai jenis baka di kafe.

Kini Agi menempatkan kira-kira 38 ekor kucing pelbagai baka di kafenya dan selebihnya di rumah. Buat makluman, semua kucing yang ada di kafe ini dipelihara oleh Agi sendiri dan dia

menetapkan kapasiti maksimum 10 orang sekali masuk sahaja ke dalam akuarium kucing.

“Ia supaya orang ramai dapat merasai seperti berada di dalam dunia kucing. Puratanya seorang yang masuk dapat bermain dengan dengan empat ekor kucing,” jelasnya.

Mohd Fuazi atau lebih mesra dipanggil Agi pemilik Yugi Ctas Cafe bercerita mengenai kisah kanak-kanak autisme berkunjung ke kafe itu dan berhibur bersama kucing dengan baik.
Mohd Fuazi atau lebih mesra dipanggil Agi pemilik Yugi Ctas Cafe bercerita mengenai kisah kanak-kanak autisme berkunjung ke kafe itu dan berhibur bersama kucing dengan baik.

Agi turut berkongsi kisah seorang pelanggan kanak-kanak autisme yang aktif, lasak dan sukakan kucing. Pada awalnya dia agak khuatir bagaimana hendak mengawal kanak-kanak seperti ini kerana takut kucingnya akan dikasari.

“Jadi saya cakap kepada ibu bapa tersebut tidak apa, kita cuba dulu bawa anak autisme itu dan lihat boleh atau tidak mereka mengendalikan kucing yang ada di sini.

“Saya agak terkejut sebab semasa ibu bapa mereka cuba lepaskan anaknya di dalam akuarium kucing ini, anaknya boleh kawal diri dan bermain bersama kucing dengan baik. Sebab itu saya juga percaya, kucing mengenali dan menyayangi kanak-kanak termasuklah anak-anak autism.

Buat masa ini, Agi tidak merancang lagi untuk memasukkan kucing luar atau menjual kucing.
Buat masa ini, Agi tidak merancang lagi untuk memasukkan kucing luar atau menjual kucing.

Disamping itu, terdapat juga beberapa individu yang datang ke kafe itu untuk menghantar kucing mereka,  bahkan ada yang ingin membeli kucingnya kerana melihat keadaan di kafe itu yang bersih terjaga.

Namun, katanya, buat masa ini, dia belum bercadang untuk memasukkan kucing luar atau menjual kucing sebagai sumber perniagaannya.

“Kucing ini ada perasaan cemburu yang tinggi, kalau mereka tak biasa hidup berkumpulan dan membesar dengan seorang tuan dengan manja, berkemungkinan mereka akan bergaduh. Kemudian, kepada yang nak beli kucing saya, secara jujurnya saya bukan penternak dan itu bukan tujuan perniagaan di sini,” katanya.

Agi sedang bermain dengan salah seekor kucingnya.
Agi sedang bermain dengan salah seekor kucingnya.

Bagaimanapun, Agi boleh mempertimbangkan hasrat mereka yang betul-betul mahu membela kucing tetapi ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

“Antara perkara yang saya perlu tahu dahulu adalah sama ada pembeli itu boleh mengendalikan kucing saya yang ada di dalam akuarium kucing saya itu. Saya juga akan tanya dia beli untuk apa? Adakah pembeli ingin membela kucing kerana nak kawankan dengan kucing di rumah dan sebagainya.

“Ini termasuklah kemampuan untuk menampung kos penyelenggaraannya. Suka untuk saya ingatkan, ramai yang mampu untuk beli kucing tapi tak semua boleh mengekalkan penjagaan

kucing,” terangnya.

Pelbagai barangan bermotifkan kucing yang boleh dijadikan buah tangan.
Pelbagai barangan bermotifkan kucing yang boleh dijadikan buah tangan.

Dalam pada itu, kafe itu turut menawarkan pelbagai barangan bermotifkan kucing seperti bag dan mug berbentuk kucing bagi pengunjung yang berminat memilikinya atau sebagai hadiah.

Antara barangan yang dijual di kafe.
Antara barangan yang dijual di kafe.

Yang pasti, kesemua barangan itu memang comel dan rugi jika tidak dibawa pulang sebagai buah tangan. Boleh dijadikan kenang-kenangan kita bersama kucing.

Menariknya perniagaan Yugi Cats Cafe ini adalah, ia mempunyai tabung amal kucing. Seperti yang diterangkan oleh Agi, wang yang disumbangkan ke dalam tabung itu adalah daripada tips yang diberikan oleh pelanggan, namun ia bukan untuk kegunaan kedai atau kucing di kafe itu.

Kutipan tabung amal yang akan dikongsikan kepada kucing lain di luar.
Kutipan tabung amal yang akan dikongsikan kepada kucing lain di luar.

“Ia adalah untuk kucing-kucing di luar sana untuk saya kongsikan rezeki seperti membeli kibbles yang berkualiti supaya mereka dapat merasai makanan tersebut sama sperti kucing saya.

“Kita juga memang dah niatkan untuk guna  duit itu sebagai dana bantuan bagi membiayai kos rawatan atau perubatan mana-mana kucing yang sakit mengikut jumlah tips yang sedia ada,” ujar Agi.

Kek cawan yang sering pilihan pengunjung kafe
Kek cawan yang sering pilihan pengunjung kafe

Beralih kepada menu pula, makanan yang ada di sini lebih tertumpu kepada hidangan pencuci mulut kerana kebanyakan pengunjung yang datang adalah disebabkan kucing dan makanan menjadi factor kedua.

“Antara pencuci mulut yang menjadi highlight di sini adalah kek cawan, ramai yang datang ke sini tertarik dengan kek tersebut,” katanya.

Kira-kira  90 peratus menu dihasilkan sendiri di kafe ini
Kira-kira 90 peratus menu dihasilkan sendiri di kafe ini

Akan tetapi menu berat turut disediakan seperti spaghetti, chicken grill, sate dan pelbagai lagi , malah 90 peratus menu di sini adalah homemade termasuklah pencuci mulut.

Penulis akui, kebanyakan pencuci mulut yang dihidangkan memang sedap dan rasanya memang A! Rugi kalau anda tidak mencubanya. Ini termasuklah sate dan spaghetti carbonara, fuh enak dan berkualiti.

“Selalunya menu berat dipesan oleh mereka yang hadir bersama ibu bapa yang tidak gemar dengan kucing tetapi anaknya yang suka. Biasanya, ibu bapa secara puratanya akan meluangkan masa lebih daripada satu jam menunggu anak mereka bermain dengan kucing dan ia akan membuat anda lapar.

"Jadi menu berat ini menjadi pelengkap kepada mereka sementara menunggu anaknya puas bermain,” katanya.

Lain-lain menu yang ditawarkan di kafe.
Lain-lain menu yang ditawarkan di kafe.

Sementara itu, bagi setiap pembelian makanan atau barangan melebihi RM 25, pengunjung akan diberikan 1 tiket (1 jam) percuma untuk bermain bersama kucing. Manakala perbelanjaan

lebih RM50 ringgit akan diberikan 2 tiket percuma.

Pakej keluarga juga ada iaitu pembelanjaan RM100 ke atas akan diberikan 4 tiket percuma. Dalam erti kata lain, selepas makan anda boleh bermain dengan kucing yang ada.

Buat yang ingin datanga untuk bermain dengan kucing sahaja, kafe ini hanya mengenakan caj RM15 (kanak-kanak) dan RM20 (dewasa) bagi tempoh 30 minit, manakala RM20 (kanak-kanak) dan RM35 (dewasa) selama satu jam. Warga emas dan OKU masuk percuma!

Konklusinya, Yugi Cats Cafe adalah lokasi yang sangat lengkap, selesa dan menarik seperti bukan seperti kafe kucing yang ada di sesetengah tempat. Kafe ini memiliki tahap kebersihan yang cemerlang dan amat sesuai buat peminat kucing. Lengkap dengan hidangan yang enak dan boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda ‘healing’ serta menenangkan jiwa.

Menurut Agi, kafe itu menerima ramai pengunjung pada hujung minggu, jadi jika anda inginkan sedikit privasi, datanglah pada hari minggu. Jadi selamat bercuti dan kunjungilah Yugi Cats Café!. - Getaran, 9 Disember 2023

Wajah TARA : Yugi Cats Cafe

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil

Teks & Penyelaras : Izwan Ramlan

Jurufoto : Afif Abd Halim

Juru Video: Kamal Ariffin

Reka Letak: Jusmiyati Jufri

Tajaan lokasi : Yugi Cats Cafe

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji