Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenali Jenis Kulit Dan Ketahui Rutin Penjagaan Yang Tepat

Adakah kulit wajah anda 'manja' atau cepat 'meradang'? Mari kenali jenis kulit dengan lebih dekat dan cara terbaik memanjakannya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 9:00AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Raisha, seorang eksekutif muda di sebuah syarikat pengiklanan yang rutin hariannya padat dengan pelbagai agenda. Dari pagi hinggalah ke malam, satu demi satu sesi perbincangan atau mesyuarat yang perlu dihadiri oleh wanita berusia di awal 30-an ini.

Sebagai individu yang skop kerjanya perlu berjumpa dengan ramai orang, Raisha sangatlah mementingkan penampilan diri. Kerana dia percaya first impression sangatlah penting, selain untuk menyerlahkan keyakinan diri.

Akhir-akhirnya ini Raisha agak tertekan dan keyakinan dirinya semakin pudar dek masalah kulit yang dihadapi. Entah di mana silapnya, bintik-bintik merah mula hinggap pada kulit wajahnya. Padahal sebelum ini masalah kulit itu tidak pernah menyapa.

Satu demi satu produk rawatan kulit yang dicuba, namun tidak ada perubahan menggembirakan. 

Mungkinkah anda juga sama seperti Raisha, atau ada di antara ahli keluarga mahupun kenalan anda menghadapi situasi yang sama dengan Raisha? Jika ada, mungkin anda perlu lihat kembali rutin penjagaan wajah anda. 

Adakah anda benar-benar tahu tentang jenis kulit anda? Mungkinkah kerana pemilihan produk yang salah atau kerana gaya hidup yang berubah? Maklumlah norma baharu ketika ini mewajibkan kita memakai pelitup muka untuk ke sana sini.

Secara asasnya, penjagaan kulit bermula dengan mengenal pasti jenis kulit yang anda miliki. Setiap orang memiliki jenis kulit wajah yang berbeza dan ia boleh berubah seiring pertambahan usia. 

Selain itu, jenis kulit wajah juga boleh dipengaruhi oleh faktor lain, seperti faktor genetik, penyakit tertentu dan faktor persekitaran, misalnya terdedah kepada sinar matahari, debu dan pencemaran udara yang berpanjangan. 

Jadi, tidaklah hairanlah jika dahulu anda memiliki kulit wajah normal, tapi kini berubah kepada kulit kering, berminyak, sensitif atau kombinasi.

Antara kelima-lima jenis kulit, kulit sensitif merupakan kategori yang memerlukan penjagaan ekstra untuk memastikan ia sihat berseri sepanjang masa. Anda mesti bijak memilih produk yang sesuai, sama ada produk perawatan wajah mahupun alat solek.

Ingat! Kulit sensitif adalah kulit yang bereaksi secara berlebihan terhadap faktor persekitaran. Reaksi kulit berlebihan (termasuk alergi pada kulit) ini boleh berlaku ketika memakai kosmetik, sabun, syampu serta produk perawatan kulit seperti pembersih atau krim pelindung matahari.

Antara faktor penyebab kulit sensitif adalah:

  • sinaran ultraungu (UV)
  • pencemaran udara
  • perubahan cuaca atau suhu di sekeliling
  • pencemaran air
  • stres
  • tidur yang tidak mencukupi
  • dehidrasi
  • penggunaan alat solek dan perawatan wajah yang tidak sesuai
  • perubahan hormon 
  • kerap bertukar produk perawatan kulit
  • sering melakukan rawatan pengelupasan kulit wajah

 

Ciri-ciri kulit sensitif

Secara umum, berikut adalah tanda-tanda anda mempunyai kulit sensitif:

  • Kulit menjadi kemerah-merahan atau ruam kemerahan mudah muncul
  • Kulit gatal, kering, mengelupas atau rasa mencucuk-cucuk
  • Kulit mudah terbakar apabila terdedah kepada cahaya matahari
  • Kulit mudah bereaksi terhadap pelbagai produk
  • Pembuluh darah kadangkala terlihat di permukaan kulit

Dengan maklumat yang diberikan di atas, adakah anda merupakan salah seorang daripada mereka yang menghadapi masalah kulit sensitif?

Jika ya, bagaimana pula cara yang tepat untuk mengurangkan gejala kulit sensitif? Anda mesti tahu tentang langkah-langkah penjagaan ini bagi memastikan kualiti kehidupan anda tidak terjejas.  

Tip berikut ini dikongsi oleh pakar dermatologi, Dr. Sharon Gopalan yang merupakan Doktor Kulit Residen (Resident Skin Physician) di Klinik Dermatologi, Life Care Medical Centre, Bangsar South, Kuala Lumpur.

 

Tip penjagaan kulit sensitif

  • Minum air secukupnya – 8 ke 10 gelas sehari
  • Amalkan diet seimbang
  • Bersihkan wajah sekali sehari menggunakan air sejuk pada waktu malam. Jangan sesekali menggunakan air panas kerana ia boleh membuat kulit menjadi lebih kering.
  • Gunakan pencuci wajah bebas wangian dan diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti teh hijau dan aloe vera.
  • Gunakan pelembap sebagai pelindung kulit daripada minyak zaitun, kelapa, soya dan mentega shea.
  • Gunakan krim pelindung matahari yang diperbuat daripada bahan mineral seperti zink oksida dan titanium oksida.

Baiklah, selepas mengetahui semua informasi ini, anda perlu periksa produk rawatan wajah yang anda gunakan sekarang ini. Lihatlah sama ada ia sesuai atau tidak dengan jenis kulit anda yang semakin ‘manja’ dan perlukan penjagaan teliti.

Jika bahan-bahan yang digunakan tidak menepati seperti yang dikongsi oleh pakar, carilah produk yang bersesuaian. Demi penampilan diri yang meyakinkan serta menjaga perasaan sendiri.

 

Suu Balm Mungkin Penyelesaiannya

Khusus untuk anda yang mempunyai masalah kulit sensitif dan sehingga kini masih tercari-cari produk perawatan kulit yang sesuai, rangkaian produk Suu Balm mungkin adalah jawapannya. 

Suu Balm merupakan jenama yang dibuat mengikut kesesuaian cuaca Asia yang panas dan ia dicipta untuk membantu mengurangkan kegatalan dan kerengsaan kulit, seterusnya menjadi salah satu penyelesaian terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan gatal. 

Suu Balm diformulasikan oleh Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Tey Hong Liang yang mengendalikan klinik kulit di The National Skin Centre, Singapura.

Suu Balm dicipta untuk melegakan kegatalan dengan cepat dan berkesan dengan menggunakan mentol yang tidak mengeringkan dan dalam masa yang sama memberi kelembapan yang menyeluruh dengan ceramide mirip kulit serta filaggirin.

Dengan rangkaian produk rawatan wajah Suu Balm, masalah kekeringan, kegatalan dan kerengsaan kulit anda mungkin dapat diatasi dengan baik. Terdapat dua produk penjagaan wajah dalam rangkaian ini iaitu Suu Balm™ Gentle Moisturing Facial Cleanser dan Suu Balm™ Cooling Itch Relief Facial Moisturiser.

Kedua-dua produk ini diformulakan dengan teliti untuk kulit sensitif dan bermasalah. Ia bebas alkohol, paraben, steroid dan juga pewangi. Penggunaan secara konsisten membantu melegakan gatal-gatal, menenangkan dan meredakan kemerahan, sekali gus melembapkan kulit bermasalah.

Biarpun penggunaannya sangat disarankan kepada pemilik kulit sensitif, namun, ia juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit kerana kandungan ceramide berfungsi melembapkan kulit dan membaiki pelindung kulit serta menyeimbangkan pH kulit sihat. 

Selain daripada rangkaian penjagaan wajah, Suu Balm juga mempunyai variasi produk penjagaan kulit yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Ada rangkaian Suu Balm Original yang terdiri daripada Suu Balm Rapid Itch Relieving Body Moisturizer dan Suu Balm Cream Body Wash dan satu lagi rangkaian produk khusus untuk bayi iaitu Suu Balm Kids yang menampilkan Suu Balm Kids Rapid Itch Relieving Ceramide Moisturizer dan Suu Balm Kids Head to Toe Body Wash.

Semua produk Suu Balm disahkan halal oleh JAKIM Malaysia, jadi anda boleh menggunakannya tanpa was-was. Dapatkan rangkaian produk Suu Balm di premis-premis jualan barangan penjagaan diri seperti Watsons, Caring Pharmacy dan Georgetown Pharmacy.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Suu Balm, anda boleh melayari laman sesawang mereka di sini. 

Artikel ini dibawakan khas oleh Suu Balm.



 


 

Isu Pada

Syafiq Kyle – Tentang Maskulin Toksik

29 May 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

3

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam