Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Sebab Mengapa Anda Perlukan Dashcam Dalam Kereta

Masih banyak kenderaan tidak menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) sedangkan ia amat penting

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 4:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kamera papan pemuka atau lebih popular digelar dashcam kini boleh dikatakan sebagai salah satu peranti wajib ada dalam bagi setiap kereta, apatah lagi mutakhir ini ramai pengguna jalan raya gemar menyembunyikan kebenaran semata-mata untuk mengelak dari dihukum atau membayar ganti rugi.

Walaupun sejumlah besar pemilik kenderaan sudah menyedari kepentingan untuk peranti tersebut dipasang pada kenderaan masing-masing, masih ramai yang enggan berbuat demikian.

Kepentingan dashcam dapat dilihat apabila banyak kenderaan model terkini sedia dilengkapi peranti berkenaan secara percuma.

Penulis hari ini berkongsi empat faktor utama, mengapa anda perlu memiliki dashcam dalam kenderaan.

Saksi Dan Bukti Penting

Ini adalah sebab utama mengapa anda perlu memasang peranti ini di kereta. Dashcam boleh menyimpan bukti diperlukan kerana ia berupaya merakam atau merekod masa dan lokasi kejadian dengan tepat sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian lain yang tidak diingini, termasuk jenayah.

Media juga sering memaparkan pelbagai kes yang berjaya diselesaikan, hasil rakaman yang diperoleh dari peranti berkenaan.

Perlindungan Dan Peringatan Kepada Pemandu 

Pemasangan dashcam membantu mendisiplinkan setiap pemandu untuk mengendalikan kenderaan masing-masing dengan cermat.

Ia juga berupaya menghalang sikap agresif pemandu lain, yang pastinya tidak mahu aksi mereka dirakam!

Menjaga Keselamatan Sekeliling Dan Kenderaan

Dashcam yang dipasang pada cermin depan atau belakang kereta boleh merakam semua aktiviti yang berlaku di sekitarnya sama ada ketika kenderaan sedang bergerak, berhenti dan diparkir pada waktu siang atau malam.

Dalam erti kata lain, ia umpama kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh menjaga keselamatan anda, kenderaan dan juga orang lain.

Perjalanan Jarak Jauh Menjadi Lebih Selamat

Anda akan lebih yakin ketika memandu kerana mengetahui setiap pergerakan dirakam, apatah lagi malang tidak berbau.

Segala insiden berupaya dirakam dengan baik, termasuk jika kenderaan mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan.

Untuk anda yang masih tidak memiliki peranti ini, silalah berbuat demikian pada kadar segera. 

Terdapat banyak pilihan dashcam berkualiti yang dijual pada harga mampu milik.

Wang boleh dicari, tapi nyawa dan keselamatan tiada galang ganti! - Getaran, 3 Disember 2023

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji