web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Meletak Jawatan? Ini 10 Adab Untuk Anda Amalkan

Keputusan untuk berhenti adalah hak mutlak pekerja dan tiada siapa berhak menghalang mereka, namun ia perlu dilakukan dengan baik dan beradab.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 7:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keputusan berhijrah ke tempat kerja baharu pastinya bukan mudah dilakukan, apatah lagi jika seseorang itu cintakan pekerjaan mereka dan memberikan sepenuh hati di tempat kerja ketika bertugas. Bagaimanapun, berhijrah adalah perkara biasa dalam dunia pekerjaan, khususnya di sektor swasta.

Keputusan untuk berhenti adalah hak mutlak pekerja dan tiada siapa berhak menghalang mereka. Namun, adalah perlu ia dilakukan dengan baik dan beradab.

Pastikan Keputusan Anda Muktamad

Keputusan untuk berhenti perlu teguh tanpa sebarang hasutan sebelum ia dimaklumkan kepada majikan. Tidak menjadi masalah untuk mengambil masa berfikir namun diingatkan, jangan teragak=agak sejurus keputusan telah dibuat. Jika keadaan tersebut masih berlaku adalah lebih baik untuk berdiam diri dan mengambil ruang untuk berfikir.

Bincang Secara Lisan

Sebelum surat peletakan jawatan dihantar, adalah wajar jika pekerja mengadakan perbincangan secara lisan dengan majikan atau ketua. Berikan bayangan atau berbual mengenai kerja secara santai. Cara ini membolehkan suasana lebih relaks diwujudkan agar ketua atau majikan tidak terkejut sebaik dimaklumkan mengenai keputusan anda itu.
 
Jaga Perasaan Majikan

Majikan adalah ketua ketika kita bekerja. Walau apa jua masalah yang pernah berlaku, biarlah beliau menjadi individu pertama yang dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. Jangan biarkan ketua anda mendengar daripada pihak ketiga. Percayalah, langkah ini akan memudahkan ketua menerima keputusan anda dengan baik.

Penuhi Syarat Syarikat

Berikan notis peletakan jawatan mengikut tempoh ditetapkan. Peletakan jawatan 24 jam atas sebab yang tidak munasabah dianggap sebagai amat tidak sopan. Sekiranya kontrak pekerjaan mensyaratkan anda memberikan notis peletakan jawatan untuk dua bulan, patuhi syarat itu dan berpegang teguh dengan perjanjian yang ditandatangani sewaktu mula bekerja.

Jaga Nama Baik Sendiri Dan Majikan

Di mana-mana sahaja, politik alam pekerjaan itu wujud dan ia adalah lumrah. Buat yang ingin berhenti, jangan sesekali menimbulkan sebarang masalah sehingga hari terakhir bertugas.

Beri Komitmen Yang Terbaik

Jangan bersikap malas walau di hari-hari terakhir. Berikan yang terbaik kepada organisasi sehingga tamat bertugas secara rasmi. Tanggungjawab perlu dilaksanakan walaupun notis peletakan jawatan sudah diserahkan.

Elak Bercakap Buruk Tentang Majikan Lama

Walau apa sekali pun alasan kita berhenti, tamatkanlah perkhidmatan secara aman dan tenang tanpa memburuk-burukkan pekerja lain termasuk ketua anda. Elakkan tanggapan peletakan jawatan itu didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap majika atau syarikat. Meskipun sememangnya wujud masalah antara anda dan ketua, kawal perasaan itu dan jangan memburukkan majikan atau organisasi, termasuk di media sosial.

Jaga Hubungan Baik Dengan Syarikat Lama

Berusaha untuk teruskan hubungan baik dengan ketua dan organisasi. Ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada mereka kerana memberikan peluang bekerja sebelum ini. Mungkin suatu masa nanti mereka boleh mmberikan peluang lain kepada kita.

Sentiasa Positif Untuk Melangkah Ke Hadapan

Cabaran kerja ada di mana-mana. Teruskan usaha dan berkhidmatlah dengan sehabis baik di tempat baharu. Percaya kepada Allah SWT dan diri sendiri. Jangan sesekali menjadikan pengganti anda sebagai mangsa kritikan.

Pergi Tanpa Mengharap 'Balasan'

Usah mengharap jasa atau sumbangan anda dikenang. Jika anda semememangnya pekejrja yang berkualiti, percayalah, nama anda pasti kekal di ingatan. Biarlah kita berbudi tanpa mengharap sebarang balasan. - Getaran, 2 Disember 2023
 

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq