Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Majlis Keraian Berunsur Maksiat, Apa Hukumnya Jika Hadir?

Apa hukumnya jika menghadiri majlis keraian berunsur maksiat? Bolehkah kita menolak jemputan yang diberi?

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 4:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

November dan Disember semenangnya sinonim dengan musim cuti dan sememangnya waktu yang dinantikan untuk menganjurkan sebarang majlis, termasuk resepsi perkahwinan.

Sudah menjadi lumrah juga, setiap majlis pasti diselit dengan unsur hiburan agar tetamu lebih seronok, walaupun ada kalanya agak berlebihan.

Gambar - Blog Kahwin
Gambar - Blog Kahwin

Justeru, adalah penting untuk masyarakat beragama Islam mengetahui dengan jelas, apa hukumnya menghadiri majlis yang mengandungi unsur maksiat, agar tidak terjebak melakukan perkara dilarang agama.

Menurut mazhab Syafie, Maliki dan Hambali, memenuhi undangan khususnya walimatul urus adalah wajib, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Ibn Umar RA:

إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia. (Riwayat Muslim 1053)

Bagamanapun, ada pendapat mengikut mazhab Hanafi yang turut selari dengan mazhab Syafie dan Maliki yang meletakkan hukumnya sebagai sunat, manakala ada pendapat lain dari mazhab sama meletakkan ia sebagai fardu kifayah.

Gambar - FMT
Gambar - FMT

Menerusi hadis berkenaan, dapat disimpulkan bahawa memenuhi undangan tidak boleh diambil ringan, dan amat penting untuk tetamu yang beragama Islam memahami sepenuhnya hukum digariskan.

Dalam hal ini, ulama sepakat bahawa kewajipan untuk hadir gugur jika majlis berkenaan memiliki pengisian negatif atau berunsur kemungkaran, misalnya terdapat hidangan arak dan aktiviti berjudi di majlis tersebut.

Firman Allah S.W.T:

قَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ

Maksudnya: Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. (Surah Al-Nisa’, ayat140)

Gambar - Harakah Daily
Gambar - Harakah Daily

Namun begitu, jika dilihat dari konteks Malaysia yang berbilang kaum dan mengutamakan sifat hormat menghormati antara sama lain, hal ini perlu diperincikan kepada dua situasi.

Bagi masyarakat awam, jika kehadiran anda ke majlis tersebut tidak memberi sebarang kesan dan perubahan kepada acara, maka anda tidak perlu menghadirinya bahkan tidak wajib sekiranya diketahui ada unsur maksiat..

Bagi tokoh agama atau ulama dan pemimpin, sekiranya kehadiran anda ke majlis tersebut akan menyebabkan pihak penganjur berasa malu dan boleh merosakkan malah memberhentikan majlis, maka kehadiran mereka pada majlis sebegitu adalah dibolehkan.

Gambar -Selangor Kini
Gambar -Selangor Kini

Berdasarkan saranan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pihak berwajib disaran mengelakkan sebarang unsur maksiat dalam sesebuah majlis keraian demi memelihara suasana harmoni dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Semoga penjelasan ini memberi manfaat. - Getaran, 26 November 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji