Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Larikan Diri ke Glenmarie Hotel & Golf Resort 

Konsep baharu hotel ini mengangkat keindahan bunga Anggerik yang menjadi simbol rasmi bandaraya Shah Alam

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 3:56PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dihitung, Shah Alam tidaklah ‘mewah’ dengan hotel-hotel bertaraf empat atau lima bintang. Kebanyakkan hotel yang ada, boleh dikatakan biasa-biasa sahaja. Jadi jika anda ingin bercuti atau mempunyai urusan kerja di Shah Alam, mungkin anda tertanya-tanya penginapan yang manakah boleh dijadikan pilihan?

Jika anda mahu yang dari kesibukkan dan impikan suasana menghijau, bolehlah bawa diri ke Glenmarie Hotel & Golf Resort yang terletak kira-kira 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. Memang benar resort ini merupakan hotel lama, namun kini ia tampil dengan wajah baharu. 

Konsep baharu yang ditampilkan menjanjikan mood tenang dan cozy
Konsep baharu yang ditampilkan menjanjikan mood tenang dan cozy

Mengangkat keindahan bunga Anggerik yang menjadi simbol rasmi bandaraya Shah Alam sebagai konsep terbaharu, Glenmarie Hotel & Golf Resort menjanjikan tetamu pengalaman percutian yang luar biasa. Di sinilah anda mampu membenamkan diri jauh dari gangguan luar dan di sinilah juga tempatnya untuk anda menikmati sebuah staycation yang amat diperlukan. 

Jika anda salah seorang pemain golf, jangan sesekali lepaskan peluang untuk beraksi di dua padang golf bertaraf kejuaraan. Inilah masanya untuk meningkatkan kemahiran bermain golf anda! 

Garden Course
Garden Course

“Daripada lobi yang menawan hingga ke bilik tetamu dan suite yang tampil moden dan elegan, tetamu akan seronok menghabiskan masa di bilik sambil bermalasan-malasan menonton televisyen atau menikmati secawan teh atau kopi sambil berbual mesra dengan yang tersayang. Dekorasi bilik yang serba baharu, serta wangian yang digunakan membangkitkan ketenangan dan mencerminkan pengalaman indah yang bakal dinikmati,” ujar Pengurus Besar Glenmarie Hotel & Golf Resort, Christoph Voegeli.

"Kami komited untuk mencipta pengalaman yang luar biasa untuk tetamu kami, dan pengubahsuaian ini merupakan bahagian penting daripada komitmen itu," tambah beliau.

Biarpun proses penambahbaikan menyeluruh pada Glenmarie Hotel & Golf Resort masih berjalan hingga kini, namun hotel ini masih beroperasi seperti biasa. Tidak perlu risau dengan bunyi bising atau perkara-perkara yang boleh menjejaskan pengalaman percutian. Ini kerana pihak hotel akan melakukan yang terbaik untuk meminimumkan sebarang gangguan kepada tetamu. 

Kites Restaurant
Kites Restaurant

Jadual pengubahsuaian telah dirancang dengan teliti agar hotel ini mampu meningkatkan pengalaman, keselesaan dan kemudahan di setiap penjuru hotel menjelang April 2024.

Promosi Tersedia

Terdapat beberapa promosi yang sedang dijalankan oleh pihak hotel ketika ini. Salah satu daripadanya ialah promosi City Escape yang berharga RM212++. Dengan menempah promosi ini anda layak menginap satu malam di bilik deluxe, sarapan pagi untuk dua orang, serta diskaun 25% untuk makanan dan minuman di semua kafe dan restoran milik hotel (tidak termasuk minuman beralkohol).

Deluxe Room
Deluxe Room

Lebih menguntungkan, anda juga boleh mengubah tarikh tempahan tanpa sebarang caj. Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi +603 7802 5200, atau layari laman web mereka www.glenmarie.com.my - Getaran, 26 November 2023

Foto : Glenmarie Hotel & Golf Resort & Rahayu MN

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City