Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kafe Teh Boba Kegemaran Singapura, Playmade Kini Dibuka Di Malaysia

PlayMade memasuki pasaran Malaysia dengan cawangan pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya dengan menampilkan konsep studio dapur terbuka, serta menawarkan pilihan menu kreatif

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 6:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PlayMade dengan bangganya mengumumkan pembukaan kedai pertamanya di Malaysia, bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Sejak penubuhannya pada 2017 di Singapura, PlayMade telah memikat hati dan citarasa penggemar teh boba dengan pendekatan imaginatifnya untuk menghasilkan ramuan teh buih yang luar biasa. 

Minuman yang berperisa unik, dibuat segar di kedai sentiasa mendapat sambutan di kalangan pencinta minuman yang suka bereksperimen. Sempena pembukaan julung-julung kali di Malaysia, jenama itu juga memperkenalkan seleksi menu makanan sepanjang hari dan pilihan pencuci mulut yang lazat untuk melengkapi minuman teh istimewa mereka 

Jenama yang mencerminkan keseronokan itu bersedia untuk mewarnai suasana kulinari tempatan dengan menawarkan pengalaman menjamu selera yang menyegarkan di sebuah kafe boba. Untuk mendekatkan pelanggan dengan kesenian teh buih, kedai yang berwarna-warni itu akan menampilkan studio dapur PlayMade yang terkenal, di mana pelanggan boleh menyaksikan penghasilan bebola ubi kayu ini secara langsung. 

Dihasilkan dengan menggunakan tangan, setiap bebola ditetapkan mempunyai diameter 1 sm sahaja untuk memastikan setiap gigitan memberikan rasa yang menggembirakan. Dek itulah, rasa dan tekstur boba yang dihasilkan oleh Playmade cukup terkenal.

Rekaan dan konsep kedai dari jauh sudah menggamit kedatangan pelanggan. Apa tidaknya, rekaan yang ditampilkan mencerminkan asal usul jenama yang suka bermain dan berwarna-warni. Pusaran pelangi yang bertenaga dengan latar belakang berwarna merah jambu seakan-akan jemputan mesra yang terus memanggil pelanggan untuk singgah menjamu selera.  

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memikat pelanggan dari semua lapisan masyarakat untuk melangkah ke dunia kreatif dan imaginatif. 

Bagaimana pula dengan pilihan menu yang ada? Jangan bimbang pasti ada yang menarik minat untuk dicuba. Diilhamkan daripada masakan Korea dan masakan Asia yang trending, setiap satunya adalah padanan sempurna dengan minuman teh mereka. 

Sama ada anda mencari hidangan ringan atau mencari snek yang sempurna untuk memuaskan selera ketika berkumpul bersama keluarga mahupun teman-teman, PlayMade mempunyai tawaran untuk setiap tujuan. Terutamanya, jika anda ingin menghilangkan dahaga atau memanjakan lidah dengan minuman teh menyegarkan. 

Terkenal dengan komitmennya untuk mencipta boba segar tanpa pengawet dengan memiliki rasa tersendiri, terdapat lebih 30 perisa boba yang unik menanti anda di sini. Ini termasuklah Spicy Mala dan boba tiga warna bermusim terhad yang menjadi buruan di Singapura.

Pink Cactus merupakan pilihan yang paling laris, terkenal dengan rasa buah-buahan yang ringan dan berbau harum, perisa ini juga boleh didapati di Malaysia. Pelanggan boleh menikmatinya sebagai topping atau mencampurkannya dengan Pink Cactus Smoothie. Tidak cukup dengan itu, PlayMade juga menawarkan hidangan pemanis mulut eksklusif, Pink Cactus Soft Serve yang ringkas dan menyegarkan. 

"Kami teruja untuk memulakan perjalanan kami di Malaysia. Semangat pengembaraan jenama kami terus memacu kami untuk mencipta perisa inovatif yang akan memancing rasa ingin tahu di kalangan pelanggan. Landskap masakan Malaysia yang pelbagai menawarkan kemungkinan yang tidak berkesudahan. Komited untuk membawa yang terbaik, Pasukan R&D (penyelidikan dan pembangunan) kami akan mengadakan satu sesi merasa beberapa bulan akan datang bagi mendapat maklum balas daripada penduduk tempatan.

“Sesi yang akan diadakan secara tertutup dan atas jemputan sahaja ini diadakan bertujuan untuk memastikan citarasa rakyat Malaysia diselaraskan apabila perlu, sambil mengekalkan intipati sebenar pengalaman buatan tangan PlayMade menggunakan bahan semula jadi.

“Dengan rancangan untuk membuka kedai kedua pada awal Disember, kami berusaha untuk menyemai budaya masakan Malaysia yang berwarna-warni dengan kreativiti kami yang suka bermain," ujar Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan PlayMade, Amanda Poo, ketika pembukaan rasmi kedai itu baru-baru ini. 

Untuk maklumat lanjut tentang PlayMade, dan tawaran menu kreatif yang tersedia, sila ikuti mereka di Instagram, @PlayMade.Malaysia atau di TikTok, @PlayMade.Malaysia. - Getaran, 25 November 2023

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City