web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konvoi SUV Mercedes Tonjol Kualiti Premium Kenderaan Mewah

Ikuti ulasan penulis yang berpeluang memandu uji dua model SUV iaitu EQB 350 4Matic EV dan GLC 300 4Matic

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 5:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia automotif berkembang semakin pesat, serentak dengan ciptaan kenderaan elektrik (EV).

Baru-baru ini, penulis telah menyertai sebuah konvoi yang dianjurkan oleh Mercedes-Benz Malaysia, melibatkan 13 kenderaan utiliti sukan (SUV) pelbagai model dari Petaling Jaya ke Pulau Pinang.

Penulis turut dibeli peluang menguji pandu dua model SUV iaitu EQB 350 4Matic EV dan GLC 300 4Matic (enjin).

EQB 350 4Matic (EV)

Laluan konvoi untuk pemandu SUV EV sedikit berbeza kerana kami diarahkan singgah di Tambun, Perak untuk mengecas semula kenderaan sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.

Kali pertama memandu kenderaan EV memang terasa agak janggal kerana ia begitu senyap tanpa deruman enjin, sehingga penulis tidak sedar ia sudah diaktifkan.

Tiba di Tambun untuk mengecas kenderaan, bacaan bateri menunjukkan penggunaan hampir 80 peratus dengan jarak gerak 113 KM perjalanan pada mod pemanduan comfort. Buat makluman, mod comfort memiliki kelajuan maksimum 120km/j sahaja manakala untuk sport pula mempunyai kelajuan maksimum 160 km/j dengan daya pecutan yang lebih lancar.

Suka diingatkan, penggunaan mod sport juga mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin laju kenderaan, semakin banyak kuasa bateri digunakan.

Apa yang boleh dirumuskan, SUV ini mampu memberi kelebihan kepada pemandu semasa memotong kenderaan tanpa sebarang daya pengunduran (recoil) di atas jalan raya. 

GLC 300 4Matic

Beralih kepada model Mercedes SUV berenjin iaitu GLC 300 4Matic, ia cukup berbeza kerana suasana lebih ‘hidup’ apabila mendengar deruan serta getaran enjin.

Ketika penulis menguji prestasi pecutan pada kadar kelajuan 190 kms, keadaan di dalam kereta sangat stabil dan tidak bergoyang. Malah, pick up SUV ini sangat lancar tanpa gangguan semasa penukaran transmisi automatik.

Kelebihan ketara SUV ini dapat dilihat menerusi kadar kelajuan maksimum dan saiznya juga lebih luas serta besar berbanding model EV.

Kedua-dua SUV ini melambangkan bahawa Mercedes-Benz mempunyai tahap kualiti serta prestasi kenderaan yang tinggi. 

SUV EQB 350 4Matic EV menawarkan harga bermula RM333,888 manakala GLC 300 4Matic pula bermula pada RM378,888. – Getaran, 19 November 2023

Sumber Foto: Izwan Ramlan

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini