Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jimat Masa, Jimat Wang Dengan Produk Peranti Pembuangan Bulu Di Rumah 

Peranti ini memberikan hasil penyingkiran bulu yang kekal hanya dengan tiga minggu penggunaan

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 9:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam setahun, cuba anda hitung berapa kali anda perlu mengunjungi salun kecantikan untuk membuat rawatan pembuangan bulu? Setiap kali lawatan, berapa banyak pula wang yang harus anda belanjakan? 

Tidak mustahil ia mencecah ribuan ringgit jika kekerapannya tinggi. Dengan situasi semasa di mana kos hidup semakin tinggi, mungkin sudah sampai masanya untuk anda mencari alternatif lain bagi mengekalkan kecantikan diri. 

Dengan perkembangan teknologi, ada banyak peranti kecantikan yang boleh didapati di pasaran untuk memenuhi kehendak. Salah satu daripadanya ialah Ulike Sapphire Air-3, peranti penyingkiran bulu IPL yang mendapat sambutan besar dan disyorkan oleh dermatologi terkemuka di seluruh dunia. 

Peranti ini memberikan hasil penyingkiran bulu yang kekal hanya dengan tiga minggu penggunaan (keputusan akhir mungkin berbeza mengikut jenis rambut badan pengguna). Ia menjanjikan satu rawatan di rumah yang paling canggih yang boleh diperoleh pengguna pada masa ini. 

Dilengkapi dengan ‘Sapphire Ice-cooling Technology’ yang dipatenkan oleh Ulike, peranti ini juga mendapat kelulusan FDA untuk digunakan dengan selamat. Lebih menarik, ia berfungsi dengan lebih lembut di kawasan yang lebih sensitif seperti garisan bikini dan boleh digunakan di mana sahaja rambut tumbuh, disebabkan tahap kuasa yang boleh diubahsuai, termasuklah mod lembut untuk wajah, bibir atas dan kawasan bikini, mod badan untuk kaki dan lengan; dan mod berkuasa untuk dada dan ketiak.

Selain itu, peranti ini juga menyediakan rawatan sejuk yang bebas daripada rasa sakit; manfaat daripada ciri Graphene Cooling Solution VC Liquid Cooling Solution canggih yang beroperasi pada suhu hanya 15°C untuk 30 minit penggunaan tanpa menyebabkan sebarang ketidakselesaan semasa rawatan. 

Ulike Sapphire Air-3 sesuai untuk wanita dan lelaki dalam pelbagai peringkat umur. Namun, pengunaan dalam kalangan mereka yang berumur 15 tahun ke bawah memerlukan pengawasan orang dewasa. 

Ketika acara Malaysia Future Beauty Gala yang pertama diadakan di W Hotel baru-baru ini, pengurusan Ulike mendedahkan rancangan untuk memasuki pasaran Malaysia dengan kedai fizikal menjelang suku pertama 2024. Ini kerana selepas lebih setahun berada di Malaysia, jenama ini hanya tertumpu kepada platform e-Dagang tempatan.

Menurut Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Kumpulan Ulike, KM Leong, rancangan jenama untuk mengembangkan operasi fizikal di Malaysia adalah keputusan strategik bagi memenuhi permintaan peminat dan pengguna berpangkalan di Malaysia. 

KM Leong
KM Leong

Ini juga bagi membolehkan pengguna Malaysia mengalami sendiri teknologi eksklusifnya secara fizikal sebelum membuat keputusan pembelian.

“Kami melihat bahawa produk-produk Ulike telah diterima dengan baik oleh pengguna Malaysia. Ini dapat dilihat semasa jualan 6.6 dan 10.10 yang besar, Ulike mencapai kedudukan teratas untuk peranti penjagaan diri dalam segmen penjagaan diri dan segmen FMCG di Shopee.

“Kami terbukti berjaya mempersembahkan produk berkualiti dalam pasaran peranti penyingkiran bulu di rumah, menjadikan penyingkiran bulu bukan lagi pilihan yang tersendiri.

“Kami menggunakan kuasa sains dan teknologi yang digabungkan dengan keperluan pengguna terhadap kecantikan. Berbeza dengan kaedah tradisional, kami menawarkan kepada pengguna pilihan alternatif kepada gaya hidup mereka,” katanya.

Sila mendapat maklumat lanjut tentang produk yang ditawarkan oleh Ulike di sini. - Getaran, 18 November 2023

Foto : Ulike

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO