web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Honor X9b 5G Terbukti Telefon Pintar Paling ‘Tahan Lasak'

Dengan harga RM1,499, mari lihat spesifikasi yang ditawarkan dan ‘nasib’ peranti ini selepas diuji sendiri oleh penulis

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 5:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebelakangan ini, Honor X9b 5G muncul sebagai model telefon pintar yang sering menjadi bualan ramai, apatah lagi apabila ia menggunakan slogan ‘Tahan Lasak Dari Semua Sudut’ dan teknologi terbaru, Ultra-Bounce Anti Drop.

Honor X9b 5G dijual pada harga RM1,499
Honor X9b 5G dijual pada harga RM1,499

Penulis berkesempatan menguji sendiri daya tahan telefon berkenaan, apakah menyamai kualiti yang sering digembar-gemburkan atau ia sekadar cubaan memancing pelanggan.

Sebagai pengenalan, model ini ditawarkan pada harga RM1,499, dengan berat keseluruhan 185g dan memiliki ketebalan 7.98mm.

Ia lebih berat berbanding telefon lain, namun material digunakan juga terasa begitu premium, walaupun model ini tidak tergolong di bawah kategori flagship.

X9b 5G menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.78 inci dengan paparan lengkung, kadar segar semula 120Hz dan PWM Dimming pada 1920Hz

Honor X9b 5G menggunakan chipset snapdragon 6 Gen 1 
Honor X9b 5G menggunakan chipset snapdragon 6 Gen 1 

Ia dikuasakan bateri Li-Po berkapasiti 5800mAh dengan sistem pengecasan pantas sebanyak 35W. Model ini juga membuktikan ia mampu bertahan hamper 72 jam walaupun digunakan secara agresif, termasuk melayari Youtube, bermain permainan video dan berkomunikasi di media sosial.

Beralih kepada perisian dalaman, Honor X9b 5G menggunakan chipset snapdragon 6 Gen 1 dengan kelajuan 12GB RAM+8GB bersama storan 256GB. Perincian ini membuatkan ia mampu melancarkan penggunaan dalam data yang besar seperti penyimpanan fail atau dokumen dan proses muat turun beberapa permainan atas talian.

Ia juga dinaiktaraf dengan penstoran dalaman 256GB berkelajuan UFS 3.1 yang lazim dimiliki telefon pintar kategori premium.

Tetapan tri-kamera Honor X9b 5G
Tetapan tri-kamera Honor X9b 5G

Bagaimanapun, aspek kamera tidak begitu menarik untuk diperkatakan kerana spesifikasi ditawarkan agak sederhana, walaupun mampu menghasilkan visual yang baik.

Honor X9b 5G memiliki tetapan tri-kamera dengan resolusi 108MP (lensa utama), 5MP (ultra lebar) dan 2 MP (makro dalaman).

Lain-lain tetapan yang ada pada pernati ini adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.1 dan menjalankan MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.

Penulis menguji peranti dengan cara menjatuhkan ia dari ketinggian lima meter
Penulis menguji peranti dengan cara menjatuhkan ia dari ketinggian lima meter

Apa yang menarik ialah daya tahan model ini menepati slogan digunakan iaitu ‘Tahan Lasak Dari Semua Sudut’.

Buktinya peranti berkenaan masih berada dalam keadaan baik walaupun selepas diuji, termasuk dilontar, dilambung dan dicampak dari jarak jauh.

Tiada sebarang kerosakan dikesan, sama ada pada paparan di skrin atau komponen dalaman.

Penulis turut berpeluang menguji sendiri peranti ini, dengan cara menjatuhkan ia dari ketinggian lima meter.

Hasilnya? Peranti masih berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan pada skrin atau gangguan ke atas system.

Tidak syak lagi model ini paling tahan lasak antara semua!
Tidak syak lagi model ini paling tahan lasak antara semua!

Dengan daya tahan dimiliki, tak hairanlah ia muncul sebagai telefon pintar pertama yang menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland. – Getaran, 12 November 2023

Gambar: Izwan Ramlan

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini