Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sembunyikan Diri, Damaikan Hati Di Coconest Langkawi

Lokasi persembunyian sempurna untuk yang mencari kedamaian. Membawa diri ke sini bermaksud anda sudah bersedia memutuskan hubungan dengan dunia luar. Coconest adalah hasil garapan idea pemuda genius, Muhammad Hakim Azly yang berasal dari Perlis Indera Kayangan

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 1:18PM

Coconest di waktu pagi, tenang, hening dan mendamaikan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lari menyembunyikan diri dari persekitaran menyesakkan dan rutin harian yang tidak pernah berubah sejak sekian lama sememangnya menjadi buruan ramai. Sesekali, akal dan fikiran mahu direhatkan, tubuh badan juga menjerit mahu dimanjakan. Saya sendiri adalah salah seorang individu yang mahu melarikan diri dari kehidupan kota yang hirup-pikuk. 

Tahun 2023 menyaksikan saya melalui sebuah perjalanan yang tidak mudah. Ada banyak sepak-terajang yang harus ditepis demi kelangsungan hidup. Di kala tiba giliran untuk menyiapkan naskhah muka hadapan TARA minggu ini, saya mula menyusun rencana. Mencari lokasi persembunyian yang tenang, mendamaikan hati, serta mampu memberi inspirasi adalah agenda utama.

Sejujurnya, saya tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari. Coconest Langkawi sudah lama menambat hati ini. Bukan setelah ia menjadi bualan ramai di platform media sosial, tetapi sejak idea mengenainya berada di atas helaian kertas lagi!

Coconest adalah hasil garapan idea pemuda genius, Muhammad Hakim Azly yang berasal dari Perlis Indera Kayangan. Dia merupakan salah seorang pemenang yang telah terpilih daripada 100 pereka seluruh dunia untuk merealisasikan idea penginapan luar biasa bagi platform hospitaliti global, Airbnb. 

Dengan wang kemenangan sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM471,000) iaitu sebahagian daripada Dana OMG! bernilai AS$1,000,000, Hakim bersama pasangannya, Reena yang merupakan anak jati Langkawi telah merealisasikan idea untuk membina sebuah penginapan terapung yang cukup unik di Pantai Tanjung Rhu Langkawi.  

Pemenang OMG! Fund, Hakim Azly dan Reena_Sayra
Pemenang OMG! Fund, Hakim Azly dan Reena_Sayra

Coconest hanya boleh diakses dengan bot atau kayak, dan tetamu boleh menikmati pemandangan 360 darjah pulau-pulau di sekitarnya tanpa gangguan orang luar. Berdamailah dengan alam, dan nikmatilah keindahannya dengan sepuas-puasnya. Buat seketika, putuskanlah hubungan dengan dunia luar. Ingat kembali apa tujuan anda bertandang ke penginapan yang satu-satunya di Malaysia ini, dan mungkin juga di dunia.

Sepanjang empat hari, tiga malam berada di Coconest Langkawi, saya sesungguhnya berasa cukup bahagia. Biarpun tidak mendapat layanan bagaikan di hotel berbintang lima, Coconest adalah syurga dunia yang menjanjikan sebuah pengalaman yang tidak mampu ditawarkan oleh penginapan lain. 

Sebaik melangkah masuk ke bilik, saya sudah terpesona dengan susun atur dan dekorasi yang dipersembahkan. Ruang dalamannya yang putih dan tidak bersudut menyerupai isi kelapa menempatkan katil bersaiz ‘queen’, bilik mandi berpancuran air, dan tandas. Terdapat juga peti sejuk di kaunter yang menempatkan peralatan memasak dan membancuh air. 

Tanpa skrin televisyen, saya melalui malam-malam yang panjang dengan ditemani cahaya bulan dan bintang yang mengasyikkan. Sesekali, sayup kedengaran bunyi enjin bot nelayan tempatan yang mencari rezeki di lautan lepas. 

Pagi saya juga bermula cukup awal, bagaikan ada kuasa yang mengejut daripada tidur yang lena. Dengan suasana pagi yang hening, saya tidak pernah walau sekali pun melepaskan peluang menikmati secawan kopi sambil merenung pemandangan yang terbentang di depan mata. 

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya pabila berada di situasi ini. Ia adalah sesuatu yang cukup indah, syukur Allah masih memberi kesempatan untuk terus bernafas. Jam 9 pagi, petugas Coconest, Qawi sudah menghantar sarapan pagi percuma yang ringkas untuk mengalas perut. Nasi lemak dan sedikit kuih-muih tradisional sudah cukup ‘menggembirakan’ perut yang lapar, apatan lagi ditemani dengan latar alam yang memukau.

Bermalasan Di Bilik Sepuas-Puasnya

Ketika matahari mula meninggi, cuaca akan mula bertukar panas, maklumlah berada di tengah lautan. Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya apa sahaja yang boleh dibuat di Coconest? Tepuk dada, tanya selera. Apa tujuan anda ke sini, dan apakah ciri-ciri percutian yang anda idamkan? Jika anda sama seperti penulis yang mahu melarikan diri dari kesibukan kota, pasti anda tidak punya masalah untuk bermalas-malasan di bilik. 

Hidupkan penghawa dingin dan berehatlah sepuas hati. Jika tidak boleh meninggalkan hal-hal pejabat 100 peratus, curilah masa menyelesaikan tugasan yang sepatutnya (ini yang saya lakukan). Selain itu, boleh layan filem atau drama di Netflix. Jangan risau, masih ada capaian internet di sini.

Seandainya mahu menjamu selera di restoran atau meninjau-ninjau di kawasan Tanjung Rhu, boleh maklumkan kepada Qawi, dan dia akan aturkan sebuah bot untuk menjemput. Setiap hari tetamu boleh menikmati satu perjalanan dua hala menaiki bot secara percuma. Jika mahu lebih, setiap seorang perlu membayar RM20 untuk perjalanan pergi dan balik. Jadi, rancanglah aktiviti dengan sebaiknya. 

Menurut Hakim dan Reena yang sempat saya temui di sana, antara objektif pembinaan Coconest adalah untuk memberi pengalaman ‘glamping’ kepada tetamu. Jadi, mereka sangat menggalakkan tetamu untuk kekal di atas platform selama yang mungkin, seperti yang dilakukan jika pergi berkhemah dan membawa semua yang diperlukan sepanjang tempoh penginapan.

Hakim dan Reena bersama anak lelaki mereka yang kini berusia 10 bulan
Hakim dan Reena bersama anak lelaki mereka yang kini berusia 10 bulan

“Tapi, kami juga maklum tidak semua tetamu yang mahu membawa peralatan memasak dengan sendiri, jadi kami telah sediakan kelengkapan yang sepatutnya. Untuk ini, tetamu bolehlah membawa barangan memasak dan sediakan hidangan ringkas yang mereka gemari dengan mudah. Ambil kesempatan yang ada dengan mencipta memori manis untuk dikenang pada masa hadapan,” ujar Reena. 

Kemudahan memasak untuk menu-menu ringkas
Kemudahan memasak untuk menu-menu ringkas

Ikuti Pengembaraan Sukan Air 

Alang-alang sudah sampai ke sini, janganlah lepaskan peluang untuk mencuba dua sukan air yang mampu memberi pengalaman menyeronokkan iaitu papan dayung berdiri (Stand-Up Paddle) dan basikal air (catamaran bike). Kedua-dua aktiviti ini tersedia di Coconest dan ia juga dikendalikan oleh Hakim dan Reena dengan menampilkan sebuah pengembaraan yang lain daripada yang lain.

Jangan bimbang jika belum pernah mencuba, kerana sebelum aktiviti bermula anda akan diberi tunjuk ajar oleh guide yang bertanggungjawab. Aktiviti yang mengambil masa kira-kira dua ke tiga jam ini membolehkan anda mengintai keindahan hutan paya bakau dan keindahan kepulauan Tanjung Rhu yang saujana mata memandang. Sambil mendayung dan berkayuh, anda akan didedahkan dengan pelbagai info dan kisah menarik tentang Langkawi. 

Aktiviti paddleboard
Aktiviti paddleboard

Jika anda mendapat guide bernama Haris, anda memang cukup bertuah kerana jejaka ini cukup mesra dan ramah melayan peserta. Boleh minta dia rakamkan gambar atau video anda sepuas-puasnya. Bahkan, Haris juga memberi masa untuk kita melepaskan lelah jika berasa penat. Yang penting anda kena maklumkan, jangan malu atau teragak-agak sehingga menyiksa diri. Maklumlah, berada di bawah panahan cahaya matahari bukanlah sesuatu yang mudah walaupun hati teruja dengan keindahan sekeliling. 

Satu lagi tarikan yang membuatkan hati saya cukup terpesona ialah menyaksikan matahari terbenam sebelum senja melabuhkan tirai. Ketika ini langit bertukar keemasan dan kemerahan mewujudkan pemandangan yang luar biasa. 

Matahari terbenam di Coconest
Matahari terbenam di Coconest

Desiran ombak dan nyanyian burung yang melatari detik-detik itu adalah sesuatu yang cukup indah. Ia membuatkan saya terbuai dan berharap masa pegun seketika. Terlalu indah dan mata ini tidak mahu membiarkan waktu beredar. Alangkah bagusnya, jika saat-saat indah ini boleh dinikmati saban hari. Moga ada kesempatan untuk bertamu lagi di Coconest Langkawi. 

DI SEBALIK TABIR PENGHIAS MUKA HADAPAN  GETARAN

Lokasi : Coconest, Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah 

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil 

Teks dan penyelaras : Rahayu MN

Foto : Rahayu MN

Penghargaan : Muhammad Hakim Azly dan Reyna Sayra atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao