web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Loket Atau Oktagon? Huawei Watch GT 4 Tawar Edisi Feminin Dan Maskulin

Huawei baru-baru ini telah melancarkan generasi baharu jam tangan pintar iaitu Huawei Watch GT 4 yang lebih bergaya dan premium

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 9:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Huawei baru-baru ini melancarkan generasi baharu jam tangan pintar iaitu Huawei Watch GT 4 yang lebih bergaya dan premium. Untuk tahun ini, pelbagai jenama telah mengeluarkan jam tangan pintar masing-masing, justeru mampukah Watch GT 4 ini memberikan saingan?

Watch GT 4 Oktagon (Maskulin)
Watch GT 4 Oktagon (Maskulin)

Hadir dalam dua pilihan saiz dan rekaan iaitu 41mm dengan rekaan seakan loket jam mewah dan 46mm dengan rekaan berbentuk oktagon, ia membuatkan jam ini kelihatan amat mewah.

Lebih menarik, kedua-dua rekaan ini sesuai untuk digayakan ketika bersukan atau secara kasual.

Secara dasarnya, Watch GT 4 tampil dengan pelbagai peningkatan seperti kualiti, reka bentuk dan teknologi, berbanding versi atau model yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Edisi kali ini juga lebih versatile dan sesuai dengan pelbagai keadaan. Untuk rekaan octagon, ia kelihatan lebih nampak maskulin atau manakala jenis loket dilihat lebih feminin.

Watch GT 4 Loket (Feminin)
Watch GT 4 Loket (Feminin)

Kedua-dua varian menggunakan skrin jenis AMOLED dengan resolusi 466 x 466 dan sokongan tetapan On Display (AOD). Saiz skrin versi loket 1.32 inci manakala versi oktagon memiliki saiz 14.3 inci. Bagaimanapun, kedua-duanya menggunakan binaan jenis Stainless Steel.

Untuk aspek kecergasan dan kesihatan, Watch GT 4 hadir dengan teknologi TruSeen 5.5+ yang dipertingkatkan dengan sistem pembacaan kesihatan terperinci.

Ia turut menyokong aplikasi TruSleep 3.0 untuk pemantauan waktu tidur yang lebih berkualiti. Watch GT 4 juga dilengkapi dengan Menstrual Cycle Management 3.0 untuk bacaan kitaran haid yang lebih tepat.

Watch GT 4 ini menjalankan Harmony OS 4.0 dan menawarkan lebih dari 100 jenis sukan termasuk e-Sukan. Huawei turut memiliki fungsi Stay Fit terkini yang membantu pengguna dalam pengawalan kalori dan tetapannya boleh diselaras dalam aplikasi telefon pintar seperti Komoot, Strava dan Runtastic.

Ketahanan bateri jam ini juga agak mengagumkan. Untuk versi oktagon, ia menggunakan bateri 524 mAh yang mampu bertahan sehingga dua minggu untuk penggunaan maksimum, manakala versi loket pula mampu bertahan sehingga tujuh hari penggunaan maksimum dengan kuasa bateri 323 mAh.

Watch GT 4 menawarkan tujuh pilihan warna secara keseluruhan. Bagi bentuk oktagon, ia tampil dengan empat pilihan warna iaitu hitam, hijau, coklat dan kelabu.

Versi loket pula didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, perak dan kelabu. Kedua-dua model ini memiliki rangkaian harga antara RM1,099 dan RM1,699 bergantung kepada jenis material dan tali digunakan. – Getaran, 5 November 2023

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini