Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Idea Percutian Untuk Meraikan Anak-anak Sempena Cuti Sekolah Hujung Tahun 

Tarikan dan destinasi yang dicadangkan ini tidaklah begitu membebankan poket jika dirancang dengan baik 

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 8:06PM

i Adventure Waterpark Desaru Coast menyediakan antara kolam ombak terbesar dunia!

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, pejam celik, cuti hujung tahun musim persekolahan bakal bermula dalam sedikit masa lagi. Inilah masanya untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang. Biar sesibuk manapun, family bonding tidak boleh diketepikan demi mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Memandangkan cuti hujung tahun ini tempohnya agak panjang, pasti ramai yang berkira-kira untuk membawa anak-anak bercuti ke destinasi atau tarikan yang boleh menggembirakan mereka. Jika anda tidak merancang ke luar negara, boleh sahaja pusing-pusing Malaysia untuk mencipta keseronokan. 

Jom semak idea berikut untuk membuat perancangan. Masih punya masa untuk memohon cuti dan menempah itu dan ini agar perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan. 

1. Desaru Coast, Johor

Jika anda sedang mencari destinasi percutian yang menjanjikan pengalaman unik, penuh keceriaan dan kegembiraan, apa kata anda melarikan diri ke Desaru Coast di Johor? Lokasi percutian yang semakin popular ini merupakan sebuah resort yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Adventure Waterpark Desaru Coast
Adventure Waterpark Desaru Coast

Berlatar belakangkan pantai berpasir putih bersih, Desaru Coast ialah pantai yang cukup luas dengan empat resort bertaraf lima bintang yang terkenal di dunia, spa mewah, eko-pelancongan pendidikan, taman tema air, dan dua padang golf yang memenangi anugerah.

Jika tujuan utama adalah untuk menggembirakan anak-anak, silalah bawa mereka mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast. Taman tema air ini adalah rumah kepada water coaster pertama di rantau ini dan ia merupakan salah satu kolam ombak terbesar di dunia! Taman air ini mempunyai lebih daripada 20 tunggangan basah dan kering, gelongsor dan tarikan, serta simulator pantai dan luncur airnya sendiri.

Terbuka kepada keluarga dengan kanak-kanak dari semua peringkat umur, anda tidak perlu risau tentang makanan atau tempat untuk si kecil berehat kerana anda boleh menyewa Beachside Cabana dengan harga RM400 untuk seisi keluarga.

Pakej ini disertakan dengan makanan ringan, barangan cenderahati dan peti deposit keselamatan supaya anda boleh menikmati hari tanpa tekanan di bawah sinar matahari. 

Caj masuk ke taman tema air ini bermula dari RM75 untuk pemegang MYKad dan RM110 untuk warganegara asing.

2) SplashMania Water Park Gamuda Cove, Selangor

Taman tema ini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar. Ia menawarkan 24 jenis gelongsor air dan 15 tarikan air yang yang sesuai untuk semua peringkat umur! Ada yang boleh naik berdua, ada yang tidak memerlukan pelampung, ada yang ekstrem dan mencabar, dan yang paling penting, ada juga untuk kanak-kanak!

Antara yang popular dan menjadi tumpuan pengunjung ialah wave pools dan lazy rivers. Jangan sesekali lepaskan peluang untuk mencuba sensasi terbaru mereka, Slide Monsta yang menentang graviti. Tarikan yang satu ini memberi peluang untuk anda merasai ledakan adrenalin luar biasa.

Sama jugalah dengan Sumaumeira Drop, tarikan kegemaran peminat ekstrem ini akan menjatuhkan pengunjung ke dalam gelongsong air dari tempat yang tinggi. 

Untuk menjamu selera, anda tidak perlu bimbang kerana ia sama seperti taman hiburan yang lain. Ada banyak restoran dan kafe di dalam kawasan tema ini. Senang cerita, SplashMania adalah tempat sempurna untuk keluarga yang gemarkan keseronokan tanpa batasan. 

Taman tema ini dibuka pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Tiket-tiket pula berharga RM95 untuk kanak-kanak dan RM125 untuk dewasa pada setiap hujung minggu.

3. 99 Wonderland Park

Kalau anak-anak anda seorang pencinta haiwan, Zoo Negara mungkin sudah sering menjadi persinggahan ketika musim cuti sekolah. Jadi untuk cuti hujung tahun ini bolehlah bawa mereka ke 99 Wonderland Park yang terletak di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur. 

Taman rekreasi ini mempunyai tarikan tersendiri, dengan yang utama sekali ialah 99 Dinosaur Park, di samping taman-taman yang lain. Ia adalah lokasi yang sangat sesuai kerana terdapat pelbagai jenis haiwan yang boleh dilihat pada jarak dekat, malah anak-anak juga boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan ini.

99 Wonderland Park ini walaupun boleh dikategorikan sebagai taman haiwan, namun ia tampil berbeza dari taman-taman haiwan yang lain. Ada banyak sudut atau kawasan yang dihias cantik bagi membolehkan anda seisi keluarga melepaskan lelah dan juga merakam memori untuk dijadikan kenangan. 

Terdapat juga peluang menaiki bot dan melihat pertunjukan air pancut di bahagian tengah tasik. 99 Wonderland Park dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 4 petang dan sesi malam dibuka pada jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam. Tiket berharga RM25 untuk kanak-kanak dan RM45 untuk dewasa.

4) Jom Pusing Perlis

Negeri paling utara di Semenanjung Malaysia ini sering menjadi usikan di platform media sosial. Antara usikan paling popular ialah, disebabkan rakyat Perlis hanya ada dua orang, negeri ini kononnya tidak pernah berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas.

Jika dahulu memang jarang yang mahu bercuti ke sini, tetapi akhir-akhir ini Perlis mula menjadi buruan mereka yang ingin menjamu selera, menikmati keindahan alam semulajadi dan membeli-belah di Padang Besar. 

Selain Kuala Perlis dan Padang Besar, negeri terkecil di Malaysia ini sebenarnya punya banyak tarikan hebat dan unik. Contoh paling mudah ialah buah Mangga Harumanis yang hanya boleh didapati setahun sekali iaitu di antara April ke Mei.

Kalau suka melihat bunga matahari, tak perlu susah-susah ke Lopburi, Thailand kerana di Perlis juga ada. Terletak dalam Taman Ular dan Reptilia, Ladang Bunga Matahari ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Tiket masuk untuk dewasa berharga RM6 sementara untuk kanak berharga RM3.

Titian Kanopi FRIM Mata Ayer yang terletak di kawasan Hutan Simpan Kekal Mata Ayer, Kaki Bukit, Perlis juga tidak kalah dengan keindahannya. Dengan kepanjangan 100 meter dan dibina 17 meter dari tanah, anda boleh menghayati keindahan pokok-pokok jati yang berusia lebih 40 tahun. Anak-anak pasti berasa teruja dan ‘adventurous’. 

Empangan Timah Tasoh
Empangan Timah Tasoh

Caj untuk melalui titian kanopi ini cuma RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Ia beroperasi seawal jam 9 pagi hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat. 

Matahari terbenam di Kuala Perlis
Matahari terbenam di Kuala Perlis

Jangan lupa ke Timah Tasoh Lake Resort yang menawarkan spot-spot menarik untuk mengambil gambar atau mengintai pemandangan matahari terbenam di Kuala Perlis. - Getaran, 5 November 2023

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja