Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nikmati Staycation Di Hyatt Place Kuala Lumpur, Hotel Antarabangsa Pertama Di Bukit Jalil

Hyatt Place menampilkan reka bentuk yang sesuai untuk sebarang acara berkonsep formal dan kekeluargaan, dengan suasana santai

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 1:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali staycation, pastinya anda mahu ia berlangsung dengan penuh selesa walaupun hanya untuk semalam.

Kini di Bukit Jalil, kunjungan anda ke pelbagai acara di sekitar Kawasan tersebut boleh dilanjutkan dengan staycation indah di Hyatt Place.

Hyatt Place ialah hotel antarabangsa pertama di Bukit Jalil. Menampilkan reka bentuk yang unik, ia amat sesuai untuk sebarang acara berkonsep formal, kekeluargaan, kasual atau santai.

Semua kemudahan yang ada di hotel ini beroperasi 24 jam setiap hari, termasuk makanan dan minuman.

Secara tidak langsung, ia menjanjikan pengalaman dan suasana yang amat selesa untuk pelanggan, termasuk yang menginap atas urusan rasmi atau tugasan luar daerah.

Lokasi hotel ini juga amat mudah dikenal pasti kerana ia terletak bersebelahan pusat beli belah Pavillion Bukit Jalil.

Hotel ini juga berdekatan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang menempatkan Stadium Nasional, Axiata Arena, taman rekreasi dan padang golf.

Dari aspek pengangkutan, Hyatt Place juga mudah diakses dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) yang mengambil masa sekitar 30 minit.

Untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula, ia memerlukan masa 45 minit. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan LRT dan Stesen LRT Awan Besar terletak tidak jauh dari situ.

Bilik Twin
Bilik Twin

Beralih kepada bilik dan ruangan yang disediakan, Hyatt menawarkan bilik bermula dengan harga 290++ satu malam mengikut jenis iaitu Twin, King, King Suite, Balcony dan Premier.

Secara keseluruhannya, terdapat 250 bilik yang luas disediakan dan ia lengkap kemudahan bekerja atau bermain untuk kanak-kanak.

Bilik Balcony Hyatt
Bilik Balcony Hyatt

Antara trademark di sini ialah setiap bilik disediakan sudut sofa yang cozy namun ada juga bilik yang tidak, bergantung atas permintaan pelanggan.

Pengunjung juga boleh membuat permintaan untuk kelengkapan lain seperti katil bayi yang akan disediakan secara percuma.

Ruang tamu bilik King Suite bersama sofa yang 'cozy'
Ruang tamu bilik King Suite bersama sofa yang 'cozy'

Antara bilik yang menarik perhatian penulis ialah King Suite yang memiliki bilik dan ruang tamu tanda yang agak luas. Malah ruangan untuk bekerja juga besar dan tidak sesak.

The Market yang beroperasi 24 jam berkonsepkan 'grab-and-go'
The Market yang beroperasi 24 jam berkonsepkan 'grab-and-go'

Hyatt Place juga menyediakan ruangan dikenali sebagai The Market. Ia adalah sebuah sudut yang menawarkan pelbagai snek berkonsepkan grab-and-go serta makanan segera yang tersedia pada bila-bila masa. Buat tetamu yang kembali ke hotel pada lewat malam, tidak perlulah anda bersusah payah mencari makanan di waktu tersebut. Terjah sahaja The Market dan ambil snek yang diingini.

Gimnasium yang beroperasi 24 jam 
Gimnasium yang beroperasi 24 jam 

Di tingkat paling atas (rooftop) turut tersedia gimnasium yang juga beroperasi selama 24 jam dengan reka bentuk dinding kaca yang mengadap pemandangan luar. 

Kawasan kolam di 'rooftop'
Kawasan kolam di 'rooftop'

Di tepinya pula terdapat kawasan kolam dan sebuah restoran tradisi Itali, Cucina e Bar bahkan terdapat ruangan yang boleh digunakan untuk pelbagai acara.

Antara ruang acara di Hyatt
Antara ruang acara di Hyatt

Akhir sekali, buat mereka yang ingin mengadakan seminar, majlis perkahwinan atau makan malam, Hyatt memiliki empat bilik acara dengan saiz antara 66 meter persegi hingga 136 meter persegi, lengkap dengan kemudahan dan peralatan teknologi terkini. 

Buat anda yang berhasrat untuk mengalami pengalaman yang santai di Bukit Jalil, datanglah ke Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil dan nikmati tawaran penjimatan sehingga 15 peratus untuk penginapan yang seterusnya.

Maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Hyatt.

Have a wonderful staycation! - Getaran, 5 November 2023

Foto: Izwan Ramlan

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games