Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ayuh Berlumba Di Laluan Genting Highland Bersama RaceRoom Asia!

Simulator perlumbaan ini akan mencabar adrenalin dan kemahiran pemanduan anda

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 8:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja mengenai simulator, mungkin sesetengah daripada anda mengetahui ia adalah sistem atau alat yang direka untuk meniru ciri dan keadaan yang hampir sama seperti dalam dunia realiti. 

Simulator juga digunakan dalam latihan penerbangan buat mereka yang bakal bergelar juruterbang.

Berita baik untuk semua peminat acara lumba kereta, anda kini boleh menguji skill pemanduan masing-masing menggunakan simulator disediakan di RaceRoom Asia. Ia pasti menjanjikan kepuasan dan peningkatan adrenalin yang maksimum. 

Simulator di sini menawarkan pelbagai jenis litar perlumbaan rasmi yang ada di serata dunia. Antara litar yang menjadi highlight adalah Litar Antarabangsa Sepang. Bermula dari pit stop sehinggalah ke garisan penamat, hampir 90 peratus litar yang dicipta secara maya itu sama seperti trek sebenar termasuk kawasan sekelilingnya. 

Akan tetapi apa yang wajib anda cuba ialah berlumba di litar yang diinspirasikan daripada lalulan sebenar menuju ke Genting Highland! 

Ia pasti memuaskan hati kerana berpeluang merasai sendiri ‘kenikmatan’ berlumba di laluan yang penuh mencabar, tambahan pula laluan tersebut secara realiti menuntut pemanduan yang penuh berhati-hati.

Di RaceRoom Asia, anda juga berpeluang memandu beberapa kenderaan yang wujud dalam dunia realiti seperti BMW, Audi, Mazda dan banyak lagi. Setiap perincian kenderaan termasuk reka bentuk luaran menyamai kereta yang digunakan dalam mana-mana perlumbaan. 

Duduk sahaja di kerusi khas simulator ini, perasaan berdebar dan teruja sudah mula meresap ke dalam jiwa anda. Ini kerana di depan mata, kelihatan skrin lengkung besar yang akan memenuhi setiap sudut mata, seolah-olah anda berada dalam kereta lumba sebenar.

Tambah mengasyikkan apabila simulator terbabit menggunakan stereng jenis paddle shifter, pedal minyak dan brek kaki sebenar. Fuh, memang padu!

Beberapa pembesar suara yang dipasang juga membuatkan deruan adrenalin semakin memuncak, kerana bunyi yang terhasil benar-benar membuatkan anda seolah-olah sedang berada di litar lumba.

Teknologi standard simulator digunakan di RaceRoom Asia menerapkan 70 hingga 80 peratus sistem pemanduan sebenar kereta lumba.

Kerana itu, jangan pelik jika anda mungkin berdepan kesukaran untuk memulas stereng, apatah lagi jika anda terbabas atau kereta anda dirempuh pemandu lain.

Sekiranya itu berlaku, kerusi anda akan bergetar dan menghasilkan impak hentakan, menyebabkan tubuh anda sedikit terhuyung-hayang, sama jika anda mengalami nahas sebenar.

Bagaimanapun, ia bukanlah bermakna setiap kemalangan itu akan membawa kepada kecederaan yang sebenar. Dari segi aspek keselamatan, setiap simulator dan kenderaan yang digunakan di RaceRoom Asia ini telah diuji, dilesenkan dan dijamin selamat. 

Sesiapa yang ingin melepaskan adrenalin atau bercita-cita untuk menjadi pelumba litar professional suatu hari nanti, mulakan langkah anda dengan hadir ke sini untuk menguji kemahiran pemanduan anda di RaceRoom Asia. Maklumat lanjut klik pautan ini. - Getaran, 29 Oktober 2023

Sumber Gambar: Izwan Ramlan

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games