web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gerhana Matahari Sumber Inspirasi Rolls-Royce Ghost Black Badge Ékleipsi 

Ghost Black Badge ini berwarna Lyrical Copper dengan sentuhan jingga Mandarin di beberapa sudut yang menghidupkan lagi warna hitam pada kenderaan tersebut

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 3:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rolls-Royce ialah antara jenama mewah kenderaan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia dianggap sebagai creme de la creme, malah penghasilan setiap unit untuk edisi khas hanya dibuat dalam jumlah terhad bagi memastikan nilai eksklusifnya tidak tercemar.

Baru-baru ini, Rolls-Royce melancarkan sebuah model terbaharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada fenomena gerhana matahari. Disenaraikan di bawah koleksi Ghost Black Badge Ékleipsis, ia begitu memukau mata.

Secara keseluruhannya, Ghost Black Badge ini menggunakan warna Lyrical Copper dengan sentuhan jingga Mandarin di beberapa sudut bagi menyerlahkan lagi kereta ini. Sentuhan warna ini boleh dilihat di beberapa bahagian komponen seperti bawah bumper, angkup brek, garis badan dan rim.

Untuk bahagian kemasan dalaman pula, warna jingga tersebut turut menghiasi ruangan kabin. Di tempat duduk pula, anda dapat melihat dua tona warna di sebalik warna hitam yang ada.

Di bahagian papan pemuka, ia menonjolkan 1,846 bintang ukiran laser yang menjadi simbolik kepada gerhana matahari penuh.

Papan pemuka itu turut dilengkapi jam bertema gerhana matahari yang menggunakan berlian 0.5 karat pada bahagian bezel. Aspek ini dengan jelas memperlihatkan status eksklusif yang dimiliki, berbanding koleksi Rolls-Royce yang lain.

Bahagian bumbung di sebelah dalam kereta pula agak luar biasa kerana anda berpeluang menyaksikan 940 bintang yang akan menyala sejurus sahaja enjin dihidupkan.

Ini adalah daya tarikan utama Ghost Black Badge.

Bintang berkenaan akan menyala selama tujuh minit 31 saat, iaitu tempoh gerhana matahari paling panjang pernah direkodkan setakat ini.

Model ini menggunakan pengecas turbo berkembar 6.8 liter V-12 yang sama seperti model Ghost lain, tetapi ia mampu menghasilkan 592 hp berbanding 563 hp untuk kereta standard bersama lapan transmisi kelajuan automatik. 

Menurut Roll-Royce, model ini mampu memecut sehingga 100 km/j dalam 4.5 saat manakala kelajuan maksimumnya dihadkan secara elektronik kepada 249 km/j. 

Mengapa ia dikatakan edisi terhad? Ini kerana Roll-Royce Black Badge Ghost Ekleipsis hanya terdiri daripada 25 unit dan kesemuanya sudah dimiliki.

Dilaporkan, ia habis dijual sebelum Roll-Royce sempat mempamerkan kenderaan berkenaan dan mengumumkan harganya kepada umum. - Getaran, 22 Oktober 2023

Sumber Foto: Rollsroyce.com

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini