web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


A&W Sambut Ulang Tahun Ke-60, Gamit Nostalgia Generasi Era 60an!

A&W mengadakan sambutan ulang tahunnya yang ke-60 dan pembukaan cawangan ke-100 di Sierra 16, Puchong bersama kempen #AnWSippingIntoTheFuture

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 1:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

A&W merupakan restoran makanan segera yang pertama di Malaysia dan mula bertapak di negara ini sejak 1963.

Cawangan pertamanya dibuka di Batu Road (kini dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul. Rahman) dan menjadi nostalgia untuk generasi yang lahir atau membesar pada era tersebut.

Cawangan A&W yang ke-100 di Sierra 16, Puchong
Cawangan A&W yang ke-100 di Sierra 16, Puchong

Penulis sendiri kali pertama mengenali jenama A&W adalah ketika mengunjungi Zoo Melaka. Malangnya, cawangan berkenaan sudah pun ditutup.

Menu kegemaran pastinya Coney Dog (Beef) dan Root Beer Float.

Baru-baru ini, A&W mengadakan sambutan ulang tahun ke-60, yang diadakan serentak bersama pembukaan cawangan ke-100 di Sierra 16, Puchong.

Ia turut menyaksikan pelancaran kempen #AnWSippingIntoTheFuture.

Wajah terkini restoran A&W di Sierra 16, Puchong
Wajah terkini restoran A&W di Sierra 16, Puchong

Cawangan ini menampilkan wajah terkini restoran A&W yang turut dilengkapi kiosk pesan sendiri dan kaunter manisan. 

Kiosk pesan sendiri A&W
Kiosk pesan sendiri A&W

Hiasan dalamannya juga dilihat semakin cantik dan menyerlah tanpa menenggelamkan warna rasmi restoran tersebut iaitu jingga dan coklat.

Ia juga menyediakan perkhidmatan pandu lalu untuk kemudahan pelanggan.

 Perkhidmatan pandu lalu A&W
Perkhidmatan pandu lalu A&W

Bagi menggamit nostalgia, pengurusan restoran mencipta tarikan tersendiri apabila mempamerkan inovasi dibuat ke atas paip root beer di kaunter pengambilan makanan sejak dahulu.

Bekas/paip air root beer A&W
Bekas/paip air root beer A&W

Cawangan ke-100 ini membuktikan bahawa jenama A&W masih kukuh di Malaysia, walaupun zaman silih berganti.

Ia juga adalah petanda bahawa A&W tidak pernah merancang untuk menghentikan operasi seperti didakwa sebelum ini.

Lebih menarik, A&W juga membuka satu lagi cawangan baharu, iaitu yang pertama di Perlis. Jenama berkenaan juga mensasarkan pembukaan 150 cawangan menjelang 2025, bagi mencapai objektif 250 restoran, memasuki gerbang 2028.

Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang dalam ucapannya berkata. A&W berjanji untuk mengekalkan kepentingan kualiti makanan pada masa akan datang.

“A&W Malaysia berada di era yang begitu luar biasa dan saya bersemangat untuk memacu jenama ini ke tahap lebih tinggi. Kami komited untuk menawan hati generasi akan datang sambil mengekalkan warisan ini,” katanya.

Peraduan #AnWSippingIntoTheFuture "Snap, Comment dan Win”
Peraduan #AnWSippingIntoTheFuture "Snap, Comment dan Win”

Bagi meraikan ulang tahun ke-60, A&W turut mempelawa pelanggan untuk menyertai peraduan #AnWSippingIntoTheFuture. Anda hanya perlu ‘Snap, Comment and Win’. 

Untuk peraduan ini, anda perlu memuat naik gambar paling menarik bersama A&W di akaun Instagram, dan menceritakan detik manis itu dengan sempurna.

Kapsyen paling menarik akan memenangi Golden Ticket yang membolehkan anda menikmati Coney Dog dan Root Beer selama setahun. 

Antara menu pilihan di A&W
Antara menu pilihan di A&W

Pemenang akan diumumkan pada 7 Disember 2023 di semua platform media sosial A&W.

Untuk kemaskini dan maklumat lanjut klik pautan ini. - Getaran, 22 Oktober 2023

Sumber Foto: Izwan Ramlan

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini