Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hotel Renaissance Menanti Tetamu Dengan Wajah Baharu

Setelah melalui fasa pemulihan dan naik taraf selama beberapa tahun, hotel yang terletak di lokasi strategik ini sudah bersedia menerima kunjungan tetamu

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 1:03PM

Convention Centre Grand Staircase yang memukau pandangan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah bertahun-tahun tidak beroperasi, hotel yang berdiri megah di tengah-tengah Kuala Lumpur ini akhirnya bersedia menerima kunjungan tetamu. Dijenamakan semula sebagai Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre, hotel ini akan menjadi sebahagian daripada hartanah dwi-jenama Marriott Bonvoy pertama di Malaysia, berkongsi alamat dengan Four Points by Sheraton Kuala Lumpur yang akan dibuka dalam sedikit masa lagi. 

Diimaginasikan semula sebagai sebuah pusat percutian bandar, Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre mempersembahkan naratif baharu yang diilhamkan oleh semangat kemasyarakatan. 

Setiap kaki yang melangkah ke sini akan mengutip pengalaman lain daripada yang lain. Jangkakan transformasi jenama yang cukup berbeza dan mungkin juga mengejutkan. 

Terletak tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas dan kawasan segi tiga emas Bukit Bintang, percutian di hotel ini menjanjikan pergerakan mudah dari satu tempat ke tempat yang lain. Lupakan niat untuk memandu kenderaan sendiri kerana ia hanya membuatkan anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang menjengkelkan. 

Convention Centre VIP Lounge
Convention Centre VIP Lounge

Sebagai alternatif, gunakanlah kemudahan pengangkutan awam yang ada di sekitar hotel. Stesen monorel Bukit Nanas dan stesen transit aliran ringan Dang Wangi hanya dalam jarak berjalan kaki. Tetamu juga boleh menggunakan perkhidmatan bas percuma, GoKL untuk ke mana-mana. 

Berikut adalah fakta mesti tahu tentang Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre serba baharu.

1. Keselesaan Yang Dipertingkat

Hotel ini mempunyai 406 bilik tetamu yang diberi nafas baharu, termasuklah suite keluarga bertema untuk keselesaan tetamu kelas perniagaan dan percutian. Setiap satu menjelmakan reka bentuk serta dekorasi bergaya dengan sentuhan elemen tempatan.  

Deluxe Bay Room
Deluxe Bay Room

Sesuai dengan konsep kejiranan bandarnya, setiap tetamu yang berkunjung ke sini akan menikmati pengalaman yang cukup menggembirakan. Dengan jaminan keselesaan, selain mengembara ke tarikan menarik di sekitar ibu kota, tetamu juga boleh menghabiskan masa di bilik masing-masing dengan penuh keselesaan.  

2. Bersantai Dan Pulihkan Diri

Fasiliti di tingkat tiga dan empat menawarkan servis terbaik untuk tetamu berehat dan menyegarkan diri dengan mudah. Terdapat sebuah kolam renang luaran terbesar di bandar, lengkap dengan gelongsor air dan kawasan permainan, zon pengembaraan Paradise Trails seluas 13,000 kaki persegi, Kelab Kanak-kanak dan bilik Stay & Play yang sesuai untuk digunakan oleh seisi keluarga. 

Family Suite (Kid's Room)
Family Suite (Kid's Room)

Selain itu terdapat juga pusat kecergasan 24 jam dan Mandara Spa untuk ekspresi kesihatan yang terbaik.

3. Pengalaman Kulinari Menambat Selera

Hadir dengan tiga restoran dan bar yang diiktiraf halal, di sini tetamu boleh memanjakan lidah dengan citarasa tempatan dan antarabangsa dengan naratif unik secara individu. 

Family Suite (Living Room)
Family Suite (Living Room)

Evolution tampil dengan konsep santapan sepanjang hari yang diilhamkan oleh citarasa Pantai Amalfi, Itali. Menawarkan suasana menjamu selera di tepian pantai, tetamu boleh mengintai bagaimana setiap pesanan disediakan oleh barisan chef berpengalaman memandangkan ia  yang menampilkan konsep dapur terbuka untuk pengalaman mengasyikkan.

R Bar menjemput tetamu untuk menikmati pengalaman bar berinspirasikan budaya. Menampilkan Ritual Bar yang terkenal daripada program Evenings at Renaissance yang terkenal, seleksi menu di sini mempamerkan ramuan inspirasi citarasa tempatan. 

R Bar
R Bar

Sementara H2O Bar & Grill tampil dengan suasana resort bandar khusus untuk mereka yang dambakan suasana bayu tropika. Di sini tetamu boleh menikmati seleksi makanan dan minuman bertemakan citarasa Mediterranean. 

4. Gerbang Pelbagai Acara

Pusat konvensyen serba baharu seluas 52,000 kaki persegi menyediakan pusat sehenti untuk peluang acara tanpa had. Ia menempatkan dewan luas tanpa tiang dengan kapasiti 1,800 tempat duduk, 26 bilik serba guna dan empat lounge yang setiap satunya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih. Sama ada ingin mengadakan pertunjukkan fesyen atau majlis perkahwinan, pusat konvensyen ini mungkin boleh dipertimbangkan.

Jika anda salah seorang daripada mereka yang gemar mengutip pengalaman di hotel yang baharu, bolehlah buat tempahan di laman web rasmi hotel ini. - Getaran, 21 Oktober 2023

Foto : Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'