web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vape Lebih Baik Dari Rokok? Ini Kesan Dan Hukumnya

Terdapat sesetengah pihak mengatakan bahawa vape lebih baik daripada rokok, jadi hari ini penulis berkongsi serba sedikit berkenaan kesan vape dan hukum menghisap alat tersebut

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 6:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dahulu, hukum menghisap rokok selalu menjadi perbincangan dan pertikaian walaupun secara amnya kita tahu rokok membahayakan kesihatan. Mengikuti peredaran zaman, kini muncul pula rokok elektrik atau lebih dikenali sebagai vape yang mengeluarkan asap dengan pelbagai perisa.

Ciptaan ini menyebabkan ramai yang bertukar arah daripada merokok kepada vape kerana timbul pandangan kononnya vape lebih baik daripada rokok. Hari ini, penulis berkongsi serba sedikit berkenaan kesan vape dan apakah hukum sebenar menghisap alat tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), vape memberikan kesan tidak baik dalam badan yang sama seperti merokok. KKM menerusi hantaran di Facebook mendedahkan, vape boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan, antaranya iritasi mata iaiatu mata akan menjadi merah, berair dan gatal.

Ia turut mengganggu pernafasan dan boleh menyebabkan anda mendapat sawan kesan gangguan dalam otak, selain gangguan pada perut, usus dan jantung kerana sedutan asap vape tersebut. Vape juga boleh mendatangkan masalah paru-paru yang menyebabkan asma, sama seperti merokok.

Jika terdapat sebarang keraguan atau anda berhasrat untuk berhenti merokok dan vape, KKM telah menyediakan bantuan perkhidmatan dan informasi berkenaan perkara ini di laman sesawang JomQuit. 

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Seterusnya, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan jelas menyatakan hukum menghisap vape adalah haram. Walaupun ia adalah inovasi dari rokok konvensional, jika sesuatu itu boleh menjejaskan kesihatan hukumnya tetap haram.

Buat mereka yang masih mempersoalkan perkara ini, apa kata kita rujuk beberapa dalil yang bercakap mengenai pengharaman perkara yang memudaratkan seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah:

وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

(Surah al-Baqarah,  2:195)                                                                                                  

Bagi mereka yang mengatakan surah ini diturunkan khusus untuk perbelanjaan infāq fī sabīlillāh, secara umumnya ayat ini merangkumi segala bentuk perbuatan yang membawa kepada kebinasaan. Sabda Nabi Muhammad SAW:

وَمَن تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِيْ نَارِ جَهَنَّمَ خَالِداً فِيْهَا أَبَداً

Maksudnya: “Sesiapa yang meneguk racun lalu membunuh dirinya, maka racunnya akan sentiasa di tangannya sambal meneguknya dalam neraka Jahannam, berkekalan selama-lamanya.”

Riwayat al-Bukhari (5778) dan Muslim (109)

Oleh itu, seperti yang dikongsikan oleh KKM, jelas sekali vape boleh memudaratkan kesihatan malah ia telah jatuh di bawah Akta Racun 1952. Begitu juga dengan mana-mana perbuatan atau tindakan yang boleh menyebabkan kesihatan terjejas, hukumnya haram. Maka tepuk dada, tanya selera. 

Mungkin sesetengah daripada kita sukar dan tidak mampu untuk berhenti menghisap vape secara drastik, namun tidak salah juga jika anda mulakan langkah dengan mengurangkan pengambilan bahan tersebut. Jika terus istiqomah, Insya Allah anda boleh berhenti terus daripada menghisap vape atau rokok. - Getaran, 14 Oktober 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini