Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tingkatkan Pengalaman Beli-Belah Dengan E-Dompet

Sama ada ganjaran pulangan tunai, diskaun eksklusif, program kesetiaan atau promosi istimewa, muat turun e-dompet yang berkenan di hati dan lihat bagaimana simpanan anda berkembang!

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 12:47PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam era digital hari ini, e-dompet telah merevolusikan cara kita mengurus kewangan, membuat transaksi dan menjimatkan perbelanjaan harian.

E-dompet mampu menghasilkan lebih penjimatan
E-dompet mampu menghasilkan lebih penjimatan

Selain kemudahan, kemudahan e-dompet kini bukanlah sekadar untuk melakukan transaksi pembayaran barangan atau perkhidmatan yang diperlukan, tetapi turut menawarkan diskaun yang luar biasa dan pilihan pulangan tunai yang menjimatkan. Sekaligus meningkatkan pengalaman menyeronokkan apabila berbelanja. 

Jom kita lihat beberapa e-dompet yang ada di pasaran ketika ini dan lihat cara-cara untuk memanfaatkan perbelanjaan harian anda sambil menabung!

1. TrueMoney

E-dompet baharu ini bukanlah e-dompet biasa,  ia adalah penyelesaian kewangan yang komprehensif, merangkumi pelbagai perkhidmatan dalam satu platform. Selain daripada membenarkan pengguna membuat pembayaran dan transaksi peer-to-peer, e-dompet TrueMoney juga merupakan penyedia pembayaran rasmi untuk pasar raya Lotus’s! 

Jadi, jika anda merupakan salah satu ahli Lotus’s, sebarang transaksi yang dilakukan melalui TrueMoney membolehkan anda untuk memperoleh dua kali ganda mata ganjaran, dan 10 kali ganda untuk perbelanjaan di setiap hujung minggu. Mata terkumpul ini kemudiannya boleh ditukar serta-merta kepada pelbagai pilihan ganjaran menarik serta  kupon tambahan yang diberikan setiap minggu sebagai insentif tambahan.

Lebih berbaloi, TrueMoney juga menawarkan pulangan tunai kepada pengguna apabila berbelanja dengan peniaga terpilih bermula 15 Ogos hingga 18 Disember 2023.  Pulangan tunai ini bagaimanapun tertakluk kepada terma dan syarat.

2. ShopeePay

Sesetengah daripada anda mungkin tidak menyedari bahawa banyak pasar raya besar dan kedai runcit seperti Mydin, 7-Eleven dan KK Mart menerima ShopeePay sebagai kaedah pembayaran. E-dompet ini sering bekerjasama dengan rangkaian runcit untuk menyediakan promosi istimewa, termasuk diskaun untuk item terpilih dan ganjaran pulangan tunai.

Selain itu, aplikasi ini juga mempunyai Pasaraya Shopee sendiri dalam talian, di mana pengguna boleh membeli barangan runcit segar untuk penghantaran pada hari berikutnya. Selain daripada mendapatkan barangan runcit yang lebih murah, pengguna juga boleh menghantarnya ke rumah secara percuma dengan jumlah baucar yang dihadkan! 

3. GrabPay

Dikenali oleh mereka yang sering menggunakan perkhidmatan e-hailing. Grab telah mengembangkan tawarannya yang boleh membantu pengguna berjimat ketika membeli barangan runcit juga. Sebagai contoh, Grab bekerjasama dengan Jaya Grocer, untuk menyediakan baucar penghantaran, diskaun dan kemudahan. Apa yang menarik tentang ciri ini adalah, pengguna boleh menghantar barangan  terus ke rumah dengan bantuan rider Grab!

Selain itu, Grab juga mempunyai program ganjaran yang dinamakan GrabRewards, di mana pengguna boleh memperoleh mata untuk setiap transaksi yang dibuat melalui aplikasi, sama ada untuk e-hailing, penghantaran makanan, atau membeli barangan runcit melalui GrabMart.  Lebih banyak mata yang terkumpul, lebih banyak diskaun yang boleh dinikmati. 

4. Boost

Dilancarkan pada 2017, Boost adalah salah satu e-dompet di Malaysia dengan pangkalan pengguna yang masih berkembang secara meluas. Mereka bukan sahaja menyediakan transaksi dan membeli-belah tanpa tunai, mereka juga bekerjasama dengan pelbagai pasar raya dan ‘kedai runcit’ untuk memudahkan urusan jual-beli runcit pengguna! 

Selain itu, Boost bekerjasama dengan Mydin dengan menawarkan pulangan tunai RM6.60 untuk perbelanjaan minimum RM66 untuk barangan runcit! Lebih menggembirakan, pengguna juga boleh menggunakan pulangan tunai dalam lawatan seterusnya ke Mydin tanpa sebarang had!

Promosi dengan Mydin ini sah sehingga 31 Oktober 2023, jadi segeralah dapatkan barangan runcit yang diperlukan. Boost juga mempunyai ‘tab baucar’ khusus di dalam aplikasi, di mana pengguna boleh menggunakannya di beberapa stor terpilih seperti Starbucks atau TGI Fridays atau ke pasar raya seperti Lotus dan Econsave! 

5. MAE

Gunakan kemudahan aplikasi MAE di di mana-mana myNEWS di seluruh negara untuk mendapatkan snek, makanan ringan dan keperluan harian. Hanya belanja minimum RM15 dan anda akan mendapat pulangan tunai RM2 untuk pembelian tersebut! 

Promosi ini sah dari 1 September hingga 30 Oktober 2023 hadapan. Dengan slogan 'Maybank Anytime, Everywhere', e-dompet MAE juga terbuka kepada pelanggan bukan Maybank. Selain membayar bil dan memindahkan wang, MAE juga memudahkan pengalaman membeli-belah barangan runcit dengan menyediakan pembayaran tanpa tunai di pasar raya.

Jangan lupa gunakan fungsi penjejak perbelanjaan yang ada dalam MAE. Kemudahan ini membantu pengguna untuk mengurus perbelanjaan runcit pada setiap bulan. Dengan carta pai yang menarik secara visual dan komprehensif disertakan dalam penjejak, pengguna boleh menguruskan perbelanjaan mengikut keutamaan. 

Dengan semua maklumat di atas, diharapkan anda boleh memanfaatkan kemudahan e-dompet ini untuk mengurus perbelanjaan dan mendapatkan penjimatan yang diharapkan. TrueMoney, ShopeePay, GrabPay, Boost dan e-dompet MAE semuanya merupakan pilihan terbaik yang menawarkan kempen unik kepada pengguna.

Sama ada ganjaran pulangan tunai, diskaun eksklusif, program kesetiaan atau promosi istimewa, muat turun e-dompet yang berkenan di hati. Mulalah mengimbas kod QR, dan lihat simpanan anda berkembang! - Getaran, 8 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman