web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition Nampak Lebih Agresif, Dilancar Sempena Kemenangan Iván Cervantes

Model ini diperkenalkan bersama Tiger 900 Rally Arago sempena meraikan kemenangan Iván Cervantes dalam perlumbaan Baja Aragon yang menggunakan jentera sama pada 2022

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 9:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat motosikal jenama Triumph pasti mengetahui Tiger ialah antara model yang terkenal dan mempunyai jumlah pemilik yang agak banyak di Malaysia. Kebiasaannya Tiger digunakan oleh penunggang yang gemar menjelajah kerana ia adalah jenis motosikal Adventure Touring.

Tiger 900 GT (kiri) dan Tiger GT Pro 900 (kanan)
Tiger 900 GT (kiri) dan Tiger GT Pro 900 (kanan)

Baru-baru ini, Triumph Malaysia di bawah pengedar rasminya, Didi Automotive telah melancarkan keluarga terbaharu Tiger iaitu Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition. Ini merupakan barisan kelima model Tiger yang lebih menyerlah, menggunakan kemas kini teknologi terkini dengan prestasi yang mantap dari model semasa. 

 Pelumba Iván Cervantes dalam perlumbaan Baja Aragon
Pelumba Iván Cervantes dalam perlumbaan Baja Aragon

Buat makluman, model ini diperkenalkan bersama sebuah lagi varian iaitu Tiger 900 Rally Arago. Ia dilancarkan sempena meraikan kemenangan pelumba Iván Cervantes dalam perlumbaan Baja Aragon (sebuah kejohanan lumba motosikal dan kereta jenis off road) di Sepanyol yang menggunakan jentera sama pada 2022. Bagaimanapun, hanya varian GT sahaja yang masuk ke dalam pasaran Malaysia

Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition bermula dari RM81,000
Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition bermula dari RM81,000

Dengan tawaran harga bermula dari RM81,000, mari kita lihat spesifikasi yang dipasangkan pada model ini. Masih menggunakan enjin tiga silinder DOHC dengan pengekalan kuasa kuda sebanyak 94 HP dan tork 87 Nm dari pada 7,250rpm.

Lebih banyak ciri-ciri terbaharu dipraktikan pada model ini antaranya menggunakan sistem ABS dan peningkatan prestasi cengkaman tayar ketika menungangnya. Memiliki enam mod tunggangan, Tiger 900 GT Aragon pastinya nampak moden dengan penggunaan skrin TFT 7-inci serta pencahayaan LED. 

Menariknya, bahagian pemegang pendikitnya memiliki fungsi pemanas yang sesuai dimanfaatkan ketika menunggang pada waktu malam atau sejuk. Sebagai sebuah motosikal jelajah, Tiger ini sudah pasti mempunyai ruang simpan telefon bimbit bersama port pengecasan. 

Menggunakan rim aluminium 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang
Menggunakan rim aluminium 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang

Edisi istimewa ini didatangkan bersama bar pelindung enjin khas bahkan Triumph juga menawarkan lebih 65 aksesori tambahan khusus untuk model tersebut. Model ini menggunakan rim aluminium 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang serta tangki berkapasiti 20 liter.

Dari segi saiz pula, Tiger sememangnya mempunyai reka bentuk yang sedikit besar dan tingginya  daripada tempat duduk sekitar 820 hingga 840 mm. Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan fork hadapan Marzocchi 45mm dengan pelarasan RSU elektronik.

Edisi Triumph Tiger 900 GT Aragon ini menawarkan dua pilihan warna iaitu Diablo Red, Matte Phantom Black serta Crystal White dan dikemaskan dengan pelekat ‘Tiger’ dan Aragon Edition’. 

Nampak lebih agresif dan mantap. Kepada yang berminat untuk memiliki keluarga baharu Tiger dari Triumph ini, boleh layari laman sesawang rasmi Triumph Malaysia. - Getaran, 7 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini