web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Datuk Shake Bakal Temui Peminat Malaysia 16 Disember

Konsert ini akan mempamerkan perjalanan menakjubkan penerokaan kronologi kerjaya muzik Datuk Shake yang bermula sejak era 70-an

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 5:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat figura atau lagenda sepanjang zaman, Datuk Shake sila tandakan tarikh 16 Disember hadapan sebagai temujanji istimewa bersama penyanyi ini. Pada tarikh ini anda berpeluang untuk menyaksikan persembahan hebat Datuk Shake dalam konsert yang diberi nama Dato’ Shake Live At Zepp KL 2023. 

Konsert ini akan mempamerkan perjalanan menakjubkan penerokaan kronologi kerjaya muziknya. Semua repertoire terbaik dalam kerjaya muziknya akan dipersembahkan, iaitu lagu-lagu Melayu dan Perancis yang terkenal dan tidak dapat dilupakan yang merupakan koleksi malar hijau kegemaran ramai di kalangan rakyat Malaysia dan luar negara. 

Penganjur konsert, InTour Live Events menyifatkan Konsert Dato ’Shake Zepp KL sebagai sebuah destinasi buat peminat kembali mengembara masuk ke masa silam dengan karya-karya hit Datuk Shake yang sudah menjadi siulan sejak era 70-an, 80-an dan 90-an, termasuklah karya terkini yang dihasilkan pada tahun 2012.

Wakil pihak penganjur, Bonor Seen berkata, Datuk Shake ialah artis serba boleh yang benar-benar unik dan bakatnya tidak boleh dinafikan.

“Beliau benar-benar dekat dengan perkataan ‘fusion’, tidak dinafikan bahawa beliau merupakan lelaki berbakat semula jadi yang menyanyi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.

“Peminat akan merasai nostalgia dunia lama melalui lagu-lagu Melayu dan pop dan rock dunia baharu daripada lagu Perancis dan Inggeris beliau. Lagu-lagu baru yang dirakamkan semasa beliau berhijrah di Hollywood California USA pada tahun 1988 sampai hinggalah ke 2011. 

“Oleh itu kami sangat teruja untuk mempersembahkan Konsert Dato Shake Live At Zepp KL 2023 kerana peminat   bukan sahaja dapat pulang dengan menggamit nostalgia menerusi lagu-lagu Melayunya malah akan terpesona dengan genre pop dan rock dalam bahasa Perancis dan Inggeris yang menjadikan beliau sebagai penghibur yang disegani,” ulasnya.

Dalam kenyataan media yang sama, Datuk Shake turut menjelaskan konsert ini adalah masa untuk beliau menunaikan janji kepada peminat yang sudah sekian lama menantikan konsertnya. 

“Janji pasti akan ditepati untuk peminat yang masih sayangkan saya. Pada tahun 2020, saya merancang untuk melakukan jelajah besar ke seluruh Malaysia dan Asia! Malangnya pandemik COVID 19 merosakkan rancangan semua orang termasuk saya!

“Saya akan kembali ke Malaysia dalam Konsert Dato’ Shake Live At Zepp KL 2023 pada 16 Disember hadapan, jam 8.30 malam. Jumpa anda semua di sana. Tak sabar rasanya untuk membuat persembahan di Zepp KL  kerana banyak ulasan yang bagus tentang lokasi ini,” katanya.

Janji penyanyi yang popular dengan lagu ‘Umi’ dan ‘Pulanglah’ ini lagi, beliau akan mengembalikan nostalgia muzikal era 70-an 80-an 90-an dan terkini dengan menyanyikan lagu-lagu asalnya dalam tiga bahasa iaitu Perancis, Inggeris dan Melayu. 

Untuk rekod, penyanyi yang berasal Dari Johor Bahru ini merupakan artis Asia pertama yang menyanyi dalam bahasa Perancis pada era 70-an. Pada tahun 1983, beliau membuat rakaman album Melayu pertama dalam bahasa Melayu yang berjudul ‘Kau Bungaku’ dan ini diikuti dengan ‘Bicara Tentang Cinta’ (1984), ‘Cinta Dan Hidup’ (1984), dan ‘Chameleon’ (2012).

Datuk Shake juga mencetak nama sebagai artis antarabangsa terkenal yang berpangkalan di Paris, dan penerima Chevalier des art et Lettre (Knight of the Order of Arts Letters and Merits) yang berprestij daripada Kerajaan Perancis, atas sumbangannya mempromosikan bahasa Perancis dan budaya di seluruh Asia. 

Beliau dikurniakan darjah kebesaran Dato Paduka Mahkota Johor oleh Sultan Johor, Sultan Ismail Ibrahim pada 1979, yang membawa gelaran Datuk.

Tiket-tiket berharga RM958, RM458, RM398, RM498 dan RM598 serta premium box (RM5,000 untuk 8 orang) akan mula dijual pada 3 Oktober 2023, Selasa, jam 11 pagi di www.ticketcharge.com.my - Getaran, 30 September 2023

 Foto : InTour Live Events

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini