web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lenovo Legion Go Tawar Langganan Percuma 3 Bulan Untuk X-Box Game Pass Unlimited

Konsol permainan mudah alih ini bakal menjadi pencabar terbaharu kepada ROG Ally, dan Steam Deck dengan komponen yang lebih hebat

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 9:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsol gaming yang menggabungkan ciri-ciri PC kian kerap dihasilkan dan perkembangan ini dilihat semakin diterima ramai.

Jenama tidak ketinggalan berbuat demikian dan baru-baru ini, Lenovo Legion Go rasmi dilancarkan pada pameran teknologi anatarabangsa, IFA 2023 di Berlin, Jerman. Konsol ini didatangkan dalam pakej mengandungi Legion Glasses (pelindung kaca) dan fon kepala Lenovo Legion E510 7.1 RGB Gaming.

Apakah peranti ini mampu bersaing dengan jenama lain seperti ROG Ally, dan Steam Deck yang sudah berada di pasaran hari ini? Jom kita lihat prestasi dan spesifikasi ditawarkan.

Kita mulakan dengan komponen utama bagi peranti yang menggunakan kapasiti data tinggi dan pemprosesan kuat iaitu cip. Lenovo Legion Go dikuasakan oleh cip AMD Ryzen Z1 Extreme dengan kekuatan grafik AMD RDNA Grafik. 

Dalam bahasa lebih mudah, kedua-dua bahagian ini menunjukkan penggunaan sistem asas yang cukup kuat untuk sebuah konsol permainan dalam talian.

Seterusnya, ia memiliki RAM LPDDR 5 16 GB yang mempunyai kelajuan sistem ketika bermain sehingga 7,500 MHz. Jadi, ia memberikan kelancaran dan mengelakkan lagging daripada berlaku. Ia turut ditawarkan dengan tiga pilihan storan iaitu 256GB, 512Gb dan 1TB.

Beralih pula kepada bahagian skrin, saiz Lenovo Legion Go berukuran 8.8 inci, bermakna ia sedikit besar dari ROG Ally, hampir menyamai  dan saiz skrin iPad mini. Kadar segar semulanya adalah 114Hz dan mempunyai kecerahan maksimum sehingga 500 nit.

Selain itu, ia juga menggunakan sistem skrin sentuh dan mempunyai kapasiti kuasa bateri 900 mAh dengan pengecasan pantas 65W. Ditambah lagi dengan rekaan dan pemasangan bucu audio 3.5mm, slot microSD dan perisian Legion Space, setiap pembelian akan menerima tiga bulan percuma langganan X-Box Game Pass Unlimited.

Untuk komponen tambahan, ada Legion Glasses iaitu sejenis kaca mata elektronik dengan teknologi paparan mikro OLED, jadi penglihatan anda akan nampak lebih real! Juga disediakan ialah pembesar suara dengan sambungan wayar jenis C. Turut ditawarkan fon telinga khas Legion E510 dengan sambungan jenis C, kabel sepanjang kabel 150cm serta mikrofon omnidirectional

Buat mereka yang berminat, bersedialah kerana Lenovo Legion Go bakal dijual di pasaran bermula November tahun ini dengan anggaran harga RM4,099. 

Bagi Legion Glasses dan mikrofon omnidirectional pula masing-masing berharga RM2,599 serta RM259. Kedua-duanya mungkin tersedia dan boleh dibeli sebulan lebih awal iaitu pada Oktober. - Getaran, 10 September 2023

Sumber Foto: lenovo.com

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini