web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


The Whiteley Dihidupkan Semula, Tawar Hospitaliti Terhebat Di London

Projek ini akan menempatkan 139 buah rumah unik, termasuk 14 pangsapuri perkhidmatan Six Senses, dan Hotel Six Senses dengan 109 bilik, iaitu yang pertama di United Kingdom

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 4:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak jauh dari Hyde Park, bekas gedung membeli-belah pertama di London kini sedang dalam pengubahsuaian bernilai £1 bilion (RM5.83 bilion). Projek ini bukan sahaja menghidupkan kembali ikon lama, tetapi juga memperkasa semula reputasi kawasan Queensway Parade di peringkat global. 

Sedia untuk menjadi tempat kediaman dan hospitaliti terhebat di London, keseluruhan proses pembangunan semula blok bandar di Queensway ini tidak lama lagi akan menempatkan 139 buah rumah unik, termasuk 14 pangsapuri perkhidmatan Six Senses, dan Hotel Six Senses dengan 109 bilik, iaitu yang pertama di UK, bersama koleksi perkhidmatan dan kemudahan yang dipilih secara teliti.

Dihidupkan semula oleh pengurus pembangunan Finchatton, dengan rakan kongsi pelaburan usaha sama MARK dan CC Land, pangsapuri pertama di mercu tanda bersejarah itu dijangka siap penghujung tahun ini.

Pemulihan bangunan tersebut menandakan penggabungan beberapa usaha arkitek dan pemaju paling berbakat dalam industri. Bersama Finchatton, Foster + Partners, sebuah institusi British yang terkenal dengan reputasi cemerlang, mereka telah menghasilkan reka bentuk bangunan induk yang ditakrifkan cukup unik sehingga tersenarai di tempat teratas untuk rekaan bangunan berusia 100 tahun.

Terbukti sebagai aset berprestasi terbaik di London, jualan luar pelannya telah memecahkan rekod apabila mencecah £500 juta (RM2.9 bilion) setakat ini, dengan purata harga £3,600 (RM20,985) setiap kaki persegi. Jumlah berkenaan adalah 118 peratus lebih tinggi berbanding kawasan sekitar di Bayswater.

Pengasas bersama Finchatton, Alex Michelin berkata, The Whiteley merekodkan jumlah pengunjung dua kali ganda lebih tinggi berbanding mana-mana binaan skim baharu lain di London.

“Ini adalah bukti bahawa pelabur atau penghuni bukan sahaja mengambil berat aspek kualiti produk, bahkan mereka turut  terpesona dengan ciri-ciri perkhidmatan dijanjikan. Penghuni kami menyukai gaya hidup Six Senses yang dicipta khas. Kami dapat melihat minat yang sangat kuat dari Asia, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah," katanya.

Jenama yang terkenal dengan dedikasi terhadap kesejahteraan dan kelestarian, Six Senses London menyediakan pelbagai kemudahan untuk penghuninya di atas kawasan yang memiliki keluasan lebih 60,000 kaki persegi termasuk kolam sedalam 25 meter, studio kecergasan, spa dan gimnasium, kelab persendirian, bilik permainan kanak-kanak, dewan sukan dan bilik muzik.

Hab global baharu ini juga akan memperkenalkan 19 perumahan komersil baharu, termasuk restoran yang diketuai tukang masak bertaraf dunia, pawagam dan pelbagai ruang awam yang boleh diakses sepenuhnya.

Whiteley menjadi asas kepada penjanaan semula Queensway bernilai £3 bilion (RM17.4 billion). Rancangan itu termasuk strategi runcit baharu, penambahbaikan alam awam yang ketara, naik taraf stesen tube dan penghijauan semula, termasuk pembinaan pintu masuk baharu ke Hyde Park.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thewhiteleylondon.com - Getaran, 10 September 2023

Foto : Instagram @thewhiteleylondon 

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini