web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zu Chuan Hot Pot Destinasi Wajib Untuk Penggemar Hot Pot, Tawar Pelbagai Pilihan Segar

Ada 20 bahan-bahan yang tersedia di kaunter sos untuk buat sos sendiri. Kalau tak pasti, ikut sahaja resipi yang tersedia

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 3:17PM

Pelbagai makanan laut segar menanti anda di Zu Chuan Hot Pot

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk anda mencuba tempat makan baharu bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, lebih-lebih lagi jika anda menetap di sekitar Lembah Klang. Ada banyak gerai, restoran dan kafe yang menawarkan pelbagai sajian enak. 

Bagi penggemar hot pot yang memberi peluang pelanggan merebus dan memanggang sendiri sajian pilihan, apa kata kunjungi Zu Chuan Hot Pot yang terletak di The Curve, Damansara Perdana, Petaling Jaya. 

Restoran yang baru beroperasi beberapa bulan ini tampil dengan konsep bufet yang menyajikan pelbagai pilihan segar seperti makanan laut, daging lembu, daging biri-biri, ayam dan sayuran-sayuran. Anda juga boleh memesan daging wagyu yang disediakan secara ala-carte.   

‘Zu Chuan’ membawa maksud warisan, jadi ini bermakna restoran ini memfokus kepada deretan menu yang berteraskan resepi turun temurun sebagai identiti. Melangkah masuk ke restoran ini sahaja sudah menyenangkan hati kerana kekemasan seni reka dalaman yang menerapkan konsep kontemporari, menjadikan ia amat selesa dan cozy.

Setiap meja dilengkapi terminal untuk pelanggan membakar dan merebus makanan yang diambil dari kaunter. Dengan harga RM69.90 seorang, pelanggan boleh makan sepuas-puasnya. Jika anda datang lebih daripada 10 orang, pihak restoran akan memberikan diskaun istimewa. 

Hidangan hot pot tidak akan lengkap tanpa sos yang membuka selera. Nah! Ini satu lagi keistimewaan Zu Chuan Hot Pot. Mereka menyediakan 20 jenis bahan-bahan untuk pelanggan menghasilkan resepi sos mengikut kegemaran sendiri. Antaranya, hirisan cili padi, bawang putih, sos tiram, garam, gula, minyak bijan, sos ikan, daun ketumbar, bawang goreng dan kicap.

Jika pelanggan bukanlah seorang yang rajin ke dapur dan tidak pasti bagaimana mahu mencampurkan bahan bagi mendapatkan sos yang enak, jangan risau. Ada resepi yang ditampal di dinding restoran untuk diikuti.

Pilih sahaja resepi yang berkenan di hati seperti sos Zhu Chuan, sos Thai, sos bawang putih dan sos makanan laut. 

Wakil pihak restoran, Lisa Lazim berkata, ramai pengunjung memberikan maklum balas yang baik tentang kualiti makanan dan harga bufet ditetapkan.

“Saya selalu berada di restoran dan suka ambil masa untuk berbual-bual dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas. Setakat ini, ramai yang sukakan makanan kami kerana banyak pilihan dan harganya berpatutan. Selain itu, mereka juga beritahu rasa selesa makan di sini terutamanya jika mahu menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan yang ramai,” katanya.

“Semua makanan di sini halal dan pelanggan boleh makan tanpa was-was. Ramai yang datang dengan keluarga sewaktu masa lapang. Malah, kami juga telah membuka satu lagi cawangan baharu di i–City Shah Alam pada 26 Ogos tempoh hari,” tambahnya.  

Selesai menikmati pelbagai juadah panas, jangan lupa sudahi sesi makan anda dengan hidangan pencuci mulut yang sama sekali tidak mengecewakan. Terdapat juga mesin aiskrim untuk mereka yang menggemari pencuci mulut jenis ini. Boleh letak pelbagai topping untuk lebih kepuasan. 

Jadi, tunggu apa lagi, jomlah ke Zhu Chuan Hot Pot. Pilih cawangan yang paling hampir dengan anda. Manjakan lidah, gembirakan perut! Selamat menjamu selera! - Getaran, 10 September 2023

Foto : Rahayu MN

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini