web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lipas Banyak Dalam Kereta Dan Merunsingkan Anda? Cuba 3 Langkah Mudah Ini!

Sisa-sisa makanan dalam kenderaan menjadi antara punca utama kehadiran lipas, yang lazimnya akan menyorok di bahagian bawah dan tepi kereta

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 6:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kewujudan lipas dalam kenderaan amat sukar untuk dielakkan. Kelibat serangga itu yang sering muncul dari celah kerusi atau dari bawah pengalas kaki amat menjengkelkan.

Sering kali juga kita akan terfikir, dari mana datangnya ‘tetamu’ tidak diundang ini sedangkan bahagian dalam kenderaan sentiasa kemas dan bersih.

Tahukah anda, sisa makanan atau minuman dalam kenderaan adalah antara punca utama yang ‘menjemput’ kehadiran lipas?

Ini berpunca daripada tabiat anda sendiri atau penumpang yang gemar makan dan minum dalam kereta, apatah lagi jika kenderaan berkenaan dipenuhi pelbagai barangan.

Bagaimana lipas boleh membiak dalam kenderaan? Serangga perosak ini sememangnya tinggal di kawasan gelap dan lembap, serta hidup dengan memakan sisa makanan. 

Saiz yang kecil memudahkan ia menyusup masuk, apatah lagi jika kenderaan kesayangan anda itu diparkir di tepi longkang atau berdekatan sampah sarap.

Peralihan zaman menyaksikan racun atau kimia menghalau lipas turut berevolusi.

Ada antara racun itu dirumus menggunakan gas khas yang tidak berbahaya kepada manusia, bertujuan menghalau dan mematikan serangga terbabit.

Kalau anda lebih memilih cara dan kaedah alami, ada tiga langkah mudah boleh dipraktikkan, hanya menggunakan bahan yang terdapat di dapur rumah sahaja.

Ya, hanya menggunakan campuran marjerin, minyak masak dan susu pekat manis, serangga kecil berbau busuk ini boleh dinyahkan!

Mari ikuti cara mudah seperti turutan di bawah.

1. Masukkan marjerin (anggaran 200 gram) ke dalam sebuah bekas dan pecahkan ia kepada ketulan kecil. Marjerin memiliki bau yang kuat dan berupaya ‘menangkap’ deria bau lipas.

2. Tuang satu botol kecil minyak masak ke dalam bekas berkenaan. Anda digalakkan untuk menggunakan minyak masak terpakai. Bukan sahaja baunya lebih kuat, ia juga bertujuan mengelakkan pembaziran.

3. Akhir sekali, campurkan setin susu pekat. Seperti yang anda ketahui, susu pekat kaya dengan kandungan gula dan ia juga berupaya ‘memikat’ deria bau serangga itu.

Letakkan bekas mengandungi ketiga-tiga bahan tersebut (pastikan ia tidak dikacau) dan letakkannya di bahagian bawah kerusi atau di lantai kenderaan.

Biarkan seharian dan penulis jamin, anda pasti melompat kegelian keesokan hari apabila melihat timbunan bangkai lipas yang berada dalam bekas berkenaan.

Bagaimana? Sudahkah anda bersedia untuk mencuba kaedah ini? Jangan risau, ia terbukti berkesan malah ramai pengguna sudah berkongsi kejayaan mereka menggunakan kaedah ini di media sosial.

Sekali sekala, apa salahnya menggunakan kaedah alami kan? Bukan sahaja lebih sihat, ia juga berupaya menjimatkan kocek! Selamat mencuba! - Getaran, 9 September 2023

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid