web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Antara Pulau Perhentian Dan Pulau Redang, Mana Paling 'Best'?

Kedua-dua pulau ini punya tarikan tersendiri, tepuk dada tanya selera

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 8:37AM

Keindahan matahari terbit di Pulau Redang yang amat memukau - gambar The Taaras Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia terkenal dengan pulau-pulau yang cantik, jadi rugilah kalau anda tidak melihatnya sendiri. Tahun ini pulau mana yang sempat anda jejak? Kalau belum, masih punya masa untuk merancang sebelum musim tengkujuh mula menyapa bermula Oktober hadapan. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang, yang mana satu lebih best? Sebenarnya kedua-duanya punya kelebihan tersendiri. Dua-dua tidak kalah dengan keindahan taman lautnya. Masing-masing juga tidak kalah dengan pantai yang putih bersih serta kejernihan air yang kilauannya bagaikan kristal.

Jom semak maklumat berikut untuk membantu anda membuat pilihan. 

Pulau Perhentian

Foto : Rahayu MN

Antara pulau tercantik di Malaysia yang juga dikenali sebagai Maldives of Malaysia. Pulau ini terletak di luar pantai Besut, mempunyai 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. 

Jika anda mendambakan ketenangan, Perhentian Kecil adalah pilihan yang tepat. Pilih penginapan yang Long Beach untuk pengalaman lebih mengasyikkan. Namun perlu diingatkan, kebanyakan penginapan di sini memerlukan tempahan awal kerana menjadi rebutan ramai. Selain itu, harganya juga sedikit mahal berbanding dengan penginapan di Perhentian Besar. 

Trekking ke kincir angin amat berbaloi kerana pemandangan di puncak tidak terkata indahnya
Trekking ke kincir angin amat berbaloi kerana pemandangan di puncak tidak terkata indahnya

Selain itu, terdapat juga trek hiking untuk ke kincir angin yang terletak di puncak pulau ini. Laluan tidak sukar dan santai sahaja. Cuma, jangan lupa bawa bekalan air kerana di atas sana tiada sebarang gerai jualan. 

Suasana pada waktu malam di Perhentian Kecil juga lebih ‘hidup’ kerana ada pertunjukan api yang diadakan oleh anak-anak tempatan di kafe atau resort tertentu. Tiada bayaran dikenakan, tetapi selalunya anda harus membeli makanan dan minuman untuk masuk ke kawasan persembahan.

Perhentian Besar mempunyai lebih banyak resort dan menjadi pilihan pelancong yang ingin menjimatkan wang untuk penginapan dan makan minum. Bagaimanapun perkara ini tidak menjadi isu sekiranya anda mengambil pakej percutian lengkap yang menawarkan penginapan, makan dan minum tiga kali sehari serta trip snorkeling. 

Matahari terbenam di Pulau Perhentian
Matahari terbenam di Pulau Perhentian

Selalunya mereka yang berkeluarga lebih gemar menginap di sini. Ini kerana waktu malamnya lebih tenang berbanding di Perhentian Kecil. 

Selain air laut dan terumbu karang memukau, Pulau Perhentian menjanjikan peluang untuk anda berenang dengan penyu, lihat jerung dan bertentang mata dengan clown fish. 

Istimewa untuk pasangan yang baru berkahwin atau ingin berbulan madu, anda boleh menikmati pengalaman yang romantik di Pantai Romantik. Sesuai sekali dengan namanya, pantai ini menjanjikan pemandangan yang cukup indah dan yang paling penting, jauh daripada orang ramai. 

Anda perlu ambil servis bot untuk ke sini, dan selalunya pasangan akan ditinggalkan sebelum dijemput pulang pada waktu yang ditetapkan. 

Pulau Redang

Foto : @thetaarasmalaysia

Pulau terbesar di Terengganu ini terletak kira-kira 45 km di luar pantai Kuala Terengganu dan ia menawarkan jumlah penginapan yang lebih banyak berbanding Pulau Perhentian. Selain air laut membiru, pasir di sini juga halus dan pemandangan di dasar laut memang superb! 

Tidak perlu pergi jauh untuk mengintai kehidupan marin di sini, cukup hanya terjun di kawasan jeti untuk melihat pelbagai spesies terumbu karang dan ikan-ikan yang comel dan berwarna-warni. 

Pulau Redang menjanjikan pemandangan mengasyikkan
Pulau Redang menjanjikan pemandangan mengasyikkan

Mengintai komen-komen di dalam talian, mereka yang mempunyai anak-anak kecil lebih suka ke pulau ini berbanding Pulau Perhentian. Ini kerana mereka berpendapat untuk aktiviti snorkeling tidak semestinya ke tengah laut, jadi lebih mudah mereka mengawal anak-anak. 

Selain itu, mereka juga mengatakan harga makanan di restoran atau warung juga lebih murah berbanding di Pulau Perhentian. Jadi jika anak-anak lapar selepas puas bermain air, tidaklah membebankan ibu-bapa untuk berbelanja.  

Untuk anda yang ada lesen menyelam, Pulau Redang memang pilihan terbaik kerana berada dalam kelompok Segitiga Terumbu Karang yang mempunyai jumlah terbesar spesies akuatik di dunia. Anda boleh melihat bangkai kapal yang tenggelam pada awal Perang Dunia II. 

Berenang bersama penyu antara pengalaman sukar dilupakan di Pulau Redang
Berenang bersama penyu antara pengalaman sukar dilupakan di Pulau Redang

Oh ya! Pulau Redang merupakan salah satu lokasi terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam.  Jadi, jangan sesekali melepaskan peluang untuk aktiviti mengasyikkan ini. Jika cuaca tidak mengizinkan, mungkin anda perlu rebut peluang melihat pemandangan matahari terbit. Bangun seawal jam 4 atau 5 pagi dan pergilah ke timur pulau dan rasai pengalaman yang takkan dilupakan seumur hidup.

Ada dua pilihan jeti untuk ke Pulau Redang. Jeti Merang hanya mengambil masa 45 minit ke sejam dengan bot laju, atau naik feri di Jeti Shahbandar yang mengambil masa  lebih dari satu jam. 

Kilauan air bak kristal menanti anda di Pulau Redang
Kilauan air bak kristal menanti anda di Pulau Redang

Sekarang, anda sudah boleh membuat pilihan. Tepuk dada, tanya selera, pulau yang mana menjadi pilihan hati. - Getaran, 3 September 2023

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan