Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Calcio Storico Sukan Paling Ganas Di Dunia, Ada Elemen  Gusti, Ragbi Dan Bola Sepak!

Kecederaan sehingga pecah kepala merupakan antara simbol kekuatan atau kehebatan sesebuah pasukan yang bertanding dalam sukan ini

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 8:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apakah sukan paling lasak atau paling ‘ganas’ pernah anda sertai? Terdapat pelbagai jenis sukan lasak dicipta di dunia ini yang menggunakan fizikal seperti tinju, ragbi dan beberapa lain. Sukan yang mementingkan kekuatan fizikal ini bukan sahaja memerlukan taktik, tetapi ia mementingkan daya tahan yang kuat untuk mengelakkan seseorang atlet itu cedera dan kekal bertahan di atas gelanggang perlawanan.

Calcio storico sukan yang berasal dari bandar Florence, Itali dan mengabungkan disiplin bola sepak, ragbi dan gusti
Calcio storico sukan yang berasal dari bandar Florence, Itali dan mengabungkan disiplin bola sepak, ragbi dan gusti

Penulis hari ini berkongsi sebuah sukan yang bukan sahaja dianggap paling kasar dan lasak, malah diiktiraf sebagai sangat ganas.

Dikenali sebagai Calcio storico, sukan yang berasal dari bandar Florence, Itali ini memaparkan gerak-geri yang begitu ekstrem menggabungkan elemen bola sepak, ragbi dan gusti. Dalam erti kata lain sukan ini untuk fighter.

Secara amnya, ia telah wujud sejak abad ke-16 dan digelar sebagai bola sepak kuno dari Itali yang hanya diadakan di beberapa bandar di Florence. Seramai 27 pemain diperlukan untuk satu pasukan dengan beberapa posisi ditetapkan 

Seramai 27 pemain diperlukan untuk satu pasukan dan 54 atlet yang akan berada di dalam gelanggang
Seramai 27 pemain diperlukan untuk satu pasukan dan 54 atlet yang akan berada di dalam gelanggang

Pecahan posisi tersebut adalah seperti berikut:

4 penjaga gol (datori indietro)

3 pertahanan (datori innanzi)

5 pemain sayap (sconciatori) 

15 penyerang (corridor) 

Maka cuba anda bayangkan dalam satu perlawan, di atas padang saja sudah mempunyai 54 atlet yang sedia untuk beraksi.

Bercakap mengenai padang dan permainan pula, calcio storico akan dipertandingkan di atas padang bersaiz 40m x 80m yang dikepung dengan pagar besi. 

Perlawanan berlangsung lebih kurang 50 minit tanpa rehat atau  pertukaran pemain
Perlawanan berlangsung lebih kurang 50 minit tanpa rehat atau  pertukaran pemain

Menariknya, setiap perlawanan akan bermula dengan tembakan meriam dan berlangsung selama lebih kurang 50 minit tanpa rehat atau pertukaran pemain sekalipun. Cedera parah adalah suatu perkara biasa, malah  ia menjadi antara simbol kekuatan atau kehebatan sesebuah pasukan yang bertanding. 

Dari segi permainan pula, misi setiap pasukan adalah untuk melakukan apa cara sekalipun bagi memastikan bola yang dibawa itu menuju ke gawang lawan seterusnya menjaringkan gol. Justeru, tidak hairanlah jika di saat pemain menuju ke tiang gol, aksi mengelecek, merempuh, tumbuk-menumbuk dan sepak terajang dilakukan pihak lawan untuk merampas bola tersebut. 

          

Sebelum rempuhan atau aksi merampas bola bermula, sebenarnya akan ada pemain yang terlebih dahulu menyerang pihak lawan tanpa sebarang tujuan untuk melemahkan setiap pemain lain.

Dalam asakan permain untuk menjaringkan gol, sukan ini tetap mempunyai pengadil di atas gelanggang dan fungsinya adalah untuk mengawal masa permainan serta meleraikan setiap pergaduhan yang berlaku. Pada awal 2000, pernah berlaku sebuah pergaduhan yang begitu besar dalam kalangan pemain sehingga sukan ini diharamkan selama setahun. 

Undang-undang baharu tidak membenarkan serangan terhadap alat sulit dan kepala 
Undang-undang baharu tidak membenarkan serangan terhadap alat sulit dan kepala 

Pada tahun berikutnya, sukan tersebut bagaimanapun  distrukturkan semula dengan beberapa peraturan baharu, antaranya hanya pemain yang berasal dari bandar Florence sahaja dibenarkan untuk menyertai sukan ini. 

Selain itu, pemain juga tidak dibenarkan untuk menyerang bahagian alat sulit dan kepala semasa perlawanan. Paling penting, setiap pemain hanya bole berlawan atau bertumbuk seorang demi seorang sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali untuk berasak secara berkumpulan atau bertumbuk secara beramai-ramai.

Setiap tahun juga, undang-undang permainan akan diolah untuk penambahbaikkan bagi mengelakkan kematian atau pergaduhan besar yang menyebabkan sukan ini diharamkan semula.

Untuk pengetahuan anda, kejohanan ini kebiasaannya akan diadakan setiap tahun pada Jun. Bumi Florence akan menjadi tumpuan ramai untuk perlawanan akhir yang selalunya diadakan pada hujung Jun kerana pada waktu kemuncak ini, calcio storico akan diraikan sebagai sebuah festival secara besar-besaran. 

Festival ini diadakan besar-besaran semasa perlawanan akhir
Festival ini diadakan besar-besaran semasa perlawanan akhir

Jadi seluruh penduduk di situ akan hadir untuk melihat acara perarakan dan beberapa persembahan untuk memeriahkan lagi suasana perlawanan akhir ini. Festival ini juga merupakan satu bentuk sebaran terhadap sukan, tradisi atau budaya penduduk bandar tersebut kepada masyarakat luar.

Calcio storico dilihat bukan sekadar sukan yang masih lagi sah diadakan di Itali, malah ia merupakan satu bentuk kebanggan masyarakat di Florence. - Getaran, 27 Ogos 2023

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

2

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

3

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

4

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

5

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi