web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Safee Sali Wajah Baharu Penyampai Radio ERA, Mula Bersiaran 12 Ogos 

Safee Sali akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 11:33PM

Segmen dikendalikan Safee Sali bakal bersiaran setiap Sabtu mulai jam 10 pagi, 12 Ogos

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stesen radio nombor satu, ERA meraikan ulang tahun ke-25 dengan membuat kejutan apabila memperkenalkan bintang bolasepak negara, Safee Sali, 39 sebagai penyampai terbaharunya. 

Safi akan mengendalikan segmen hujung minggu yang juga baru diperkenalkan iaitu ‘Super Safee ERA’ yang bakal ke udara pada setiap Sabtu, mulai 12 Ogos, jam 10 pagi. 

Melalui segmen ini, Safee Sali akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan. 

Safee ketika ditemui pada sidang media yang diadakan pada Jumaat, memberitahu dia sangat teruja untuk menceburi bidang pengacaraan yang sangat asing bagi dirinya itu.

Safee Sali mengakui amat teruja untuk bergelar penyampai radio
Safee Sali mengakui amat teruja untuk bergelar penyampai radio

“Saya mendapat lamaran daripada pihak ERA sehari selepas membuat pengumuman untuk bersara sebagai pemain bola sepak pada Februari lalu. Memang bukan senang untuk saya menerima tawaran ini, tapi saya suka cabar diri untuk melakukan sesuatu yang di luar keselesaan diri. 

"Sebelum kata setuju, saya dan pihak pengurusan telah melalui banyak perbincangan. Untuk memulakan tugasan pertama pada 12 Ogos ini, sudah tentu saya berasa teruja dan bersedia” ujarnya berkongsi cerita. 

Dalam masa yang sama, bintang bola sepak ini juga mengakui kebimbangan utamanya ialah penerimaan peminat memandangkan dia tidak punya pengalaman mengacara, bahkan tidak punya ilmu dalam bidang pengisian program.

“Saya paling risau dengan penerimaan peminat nanti. Ini kerana saya tidak pernah langsung mengacara, yang ada hanya pengalaman ke konti radio untuk ditemubual. Selain itu, saya juga terfikir tentang peminat sukan yang saya rasa jarang mendengar radio. Bagaimana agaknya cara untuk saya menarik minat mereka untuk mendengar segmen ini?,” ulasnya.

Safee Sali dan barisan penyampai radio Era yang lain
Safee Sali dan barisan penyampai radio Era yang lain

Bercerita lanjut tentang segmen ‘Super Safee ERA’, Safee menjelaskan bahawa segmen itu akan dikendalikan olehnya sendiri, dan akan diwarnai dengan kehadiran tetamu undangan. 

“Tetamu undangan ini tidak terhad kepada bidang sukan sahaja, sebaliknya daripada semua bidang, Saya juga akan cuba selitkan tentang hiburan. Saya akan cuba untuk buat yang terbaik. Saya yang akan perhalusi setiap topik yang ingin dibicarakan nanti,” ujarnya sambil mengakui, bergelar penyampai radio bukanlah rancangan persaraannya. 

Sementara itu, Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil yakin Safee boleh menjayakan segmen hujung minggu itu dengan baik.

Hani Fadzil Safee Sali mampu mengendalikan rancangan tersebut dengan baik
Hani Fadzil Safee Sali mampu mengendalikan rancangan tersebut dengan baik

“Kalau ada yang tanya mengapa? Safee merupakan bintang bole sepak yang punya ramai peminat. Dia akan membicarakan tentang sukan dan pelbagai topik lain bersama tetamu undangan. Kami di ERA ingin memberi peluang baik ini kepada Safee untuk mencuba sesuatu yang berlainan,” katanya.

Selain ‘Super Safee ERA’, pendengar ERA juga akan diperkenalkan dengan tiga lagi segmen baharu di hujung minggu iaitu :

* Seram Sabtu ERA: di mana cerita-cerita seram yang yang pernah dilalui oleh pendengar dan perkongsian di media sosial akan disampaikan semula oleh personaliti misteri di ERA. Segmen ‘Seram Sabtu ERA’ akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 11 malam, setiap Sabtu.

* Throwbaek ERA: di mana ERA akan memainkan lagu-lagu terbaik sekitar 90-an hingga 2000 yang menjadi pilihan pendengar. Segmen ‘Throwbaek ERA’ akan ke udara pada 12 tengah hari hingga 1 petang, setiap Ahad.

* Soundtrek ERA: di mana ERA akan memainkan pilihan lagu yang menjadi runut bunyi dalam filem serta drama tempatan dan antarabangsa. Segmen ‘Soundtrek ERA’ akan ke udara pada jam 1 petang hingga 2 petang, setiap Ahad.

Walaupun bimbang, Safee Sali mengakui sudah bersedia untuk memulakan tugas
Walaupun bimbang, Safee Sali mengakui sudah bersedia untuk memulakan tugas

Selain segmen di atas, peminat ERA boleh terus berhibur dengan segmen-segmen di hujung minggu yang sedia ada termasuk ‘Sabtu Pagi ERA’ bersama Namie dan Hawa Rizwana; ‘Carta ERA 40’ bersama Elly Mazlein @ Lina Pom Pom; ‘Flow ERA’ bersama Zahier; ‘Hallyu ERA’ bersama Munaa Bella; dan ‘Lagu Baru Nak Up’ bersama Fazziq.

Untuk rekod, jenama ERA telah mengukir nama sejak diperkenalkan pada 1998 dan kini menjadi radio utama kepada kira-kira 5.7 juta pendengar mingguan dengan menyajikan kandungan berinformatif dan menghiburkan menerusi segmen-segmen menarik, di udara dan di aplikasi SYOK. - Getaran, 6 Ogos 2023

Foto : Noreeza Hashim

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini