Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Idea Seronok Untuk Eratkan Hubungan Dengan Rakan Sekerja

Berseronok dengan rakan sekerja di luar waktu pejabat boleh mengeratkan hubungan, sekali gus memudahkan interaksi ketika menjalankan tugas.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 10:01AM

Berakit bersama rakan sekerja pasti menyeronokkan - gambar Nomad Adventure

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagaimana hubungan anda dengan rakan-rakan sekerja? Adakah erat atau masing-masing buat hal atau kerja sendiri? Seandainya organisasi anda atau anda sendiri sedang mencari aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja, berikut ada enam idea yang menarik khas untuk anda.

Daripada aktiviti sukan yang mengujakan sehinggalah aktiviti dalaman yang mendebarkan, pelbagai pilihan tersedia sebenarnya.

Bayangkan rakan sekerja anda melayang di udara ketika mengikuti zip line tour yang mengujakan atau bertungkus-lumus mengimbangi diri ketika melakukan sukan lasak water rafting.

Jika sedang mencari aktiviti yang dilakukan dalam ruangan tertutup, tetapi masih menghiburkan, apa kata tempah sesi permainan multiplayer Bomb Battle di Berjaya Times Square?

Masih juga bukan pilihan yang digemari? Cubalah anjurkan bengkel di mana masing-masing boleh membuat minyak wangi atau tembikar.

Jom semak senarai berikut!

1. Uji Minda dan dibom di Bomb Battle, Berjaya Times Square

Sudah bersedia untuk sebuah misi mendebarkan? - gambar Bomb Battle
Sudah bersedia untuk sebuah misi mendebarkan? - gambar Bomb Battle

Bomb Battle bersedia untuk memulakan sebuah misi mendebarkan, yang bakal menguji kemahiran dan kerjasama semua orang dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Daripada kekacauan para pemain dan teka-teki komunikasi, ia adalah sebuah permainan yang mencetuskan huru-hara dan keseronokkan dari awal hingga akhir! Hati-hati dengan letupan cat berwarna-warni jika anda tidak dapat menghentikan bom tepat pada masanya!

Di Bomb Battle, semangat kerjasama adalah penting kerana pasukan anda bekerjasama untuk mengatasi misi-misi yang ada. Tetapi ingat, ini adalah permainan yang mempunyai kiraan masa. Jadi kekal fokus untuk menyelesaikan setiap halangan.

Lebih banyak mata diperoleh, semakin panjang masa untuk menyelesaikan bom - gambar Bomb Battle
Lebih banyak mata diperoleh, semakin panjang masa untuk menyelesaikan bom - gambar Bomb Battle

Satu tip anda mesti tahu, lebih banyak mata diperolehi, lebih panjang masa untuk melengahkan bom. Oleh itu, berkomunikasi dengan baik dan bersedia meraih pengalaman membina pasukan yang tidak dapat dilupakan.

2. Terbang di celahan pokok di Skytrex Adventure, Sungai Congkak

Terbang di celahan pokok antara aktiviti ditawarkan Skytrex Adventure - gambar Getaran
Terbang di celahan pokok antara aktiviti ditawarkan Skytrex Adventure - gambar Getaran

Skytrex Adventure menawarkan program team building yang menghiburkan di tengah-tengah pemandangan menghijau hutan tropika. Pengalaman unik outdoor ini menggabungkan pembelajaran berpengalaman dan tugas berpasukan yang mendebarkan, tetapi pada masa sama memastikan setiap individu bakal menikmati pengembaraan hutan belantara yang tidak dapat dilupakan.

Aktiviti high-flying akan mendorong pasukan anda untuk terus maju, menghadapi ketakutan dan melangkah keluar dari zon selesa dengan mencabar diri masing-masing secara mental dan fizikal.

Di Skytrex Adventure, pelbagai aktivit mencabar tersedia untuk anda - gambar Getaran
Di Skytrex Adventure, pelbagai aktivit mencabar tersedia untuk anda - gambar Getaran

Terdapat kira-kira 30 halangan yang perlu dilalui di Sungai Congkak. Bukan itu sahaja, pasukan anda juga akan terlibat dalam tugasan interaktif seperti Permainan Duplikasi, Protect The Egg dan Cabaran Marshmallow, yang menguji kebolehan komunikasi, perancangan dan penyelesaian masalah masing-masing.

3. Ledakan adrenalin di sungai berarus deras di Gopeng, Perak

Arus deras di Sungai Gopeng ini pasti mengocak adrenalin - gambar Nomad Adventure
Arus deras di Sungai Gopeng ini pasti mengocak adrenalin - gambar Nomad Adventure

Terletak hanya 20 minit pemanduan dari Ipoh, Perak, Sungai Kampar menawarkan pengalaman berakit yang tidak dapat dilupakan. Dengan 22 jeram dari gred 2 hingga gred 3+, perjalanan ini menggabungkan keseronokan untuk mengharungi jeram yang mencabar sambil menggemudi melalui hutan hujan yang hijau dan menyelami keindahan alam semula jadi.

Ini adalah aktiviti ideal untuk peserta dari semua peringkat umur dan kebolehan fizikal, malah ia juga sesuai untuk peringkat pemula dan pertengahan. Operator Nomad Adventure membolehkan anda berakit sejauh tiga kilometer sebelum membawa anda ke Earth Camp mereka, lokasi penamat untuk aktiviti ini.

Earth Camp menyediakan banyak kemudahan bertemakan back-to-basics seperti Jungle Lounge, bilik penginapan, vila, dewan makan dan banyak lagi.

4. Meneroka hutan dengan ATV di Rinching ATV Adventure Park

Taman ini menyediakan pakej mengikut pelbagai tahap kemahiran - Rinching ATV Adventure Park
Taman ini menyediakan pakej mengikut pelbagai tahap kemahiran - Rinching ATV Adventure Park

Bawa rakan sekerja ke anda ke Rinching ATV Adventure Park untuk pengembaraan yang menyeronokan. Ia menawarkan pengalaman ATV mendebarkan yang akan membuatkan pasukan anda teruja dan semakin akrab daripada sebelum ini.

Sama ada anda seorang penunggang berpengalaman atau kali pertama, taman ini menyediakan pelbagai pakej yang sesuai untuk semua peringkat kemahiran. Rasakan adrenalin yang meningkat ketika anda menakluki halangan mencabar dan saksikan keindahan hutan dan air terjun dari jarak dekat.

Pengembaraan akan diketuai oleh pemandu ATV berpengalaman bagi memastikan keselamatan setiap peserta terjamin. Ketika pasukan anda meneroka hutan dengan ATV, mereka bukan sahaja akan mengukuhkan kerjasama dan komunikasi, tetapi mereka juga mencipta kenangan yang berkekalan.

Jadi, hidupkan enjin anda dan bersiap sedia untuk memulakan aktiviti korporat yang tidak dapat dilupakan di Rinching ATV Adventure Park!

5. Hasilkan wangian kegemaran bersama POTIONS

Setiap individu boleh menghasilkan wangian ciptaan sendiri - gambar Potions
Setiap individu boleh menghasilkan wangian ciptaan sendiri - gambar Potions

Jika anda sedang mencari sesuatu dengan sedikit santai boleh cuba aktiviti yang satu ini. Dipimpin oleh fasilitator berpengalaman, anda dan rakan sekerja berpeluang meneroka pelbagai wangian, melalui aktiviti interaktif dengan POTIONS.

Aktiviti atau bengkel ini membolehkan setiap individu menghasilkan wangian ciptaan sendiri yang mungkin mewakili personaliti, nilai, misi dan budaya syarikat anda. Pengalaman kerjasama ini memupuk semangat berpasukan dan menggalakkan kerjasama, serta mengukuhkan ikatan sesama rakan sekerja.

Untuk meningkatkan pengalaman, POTIONS menawarkan aktiviti team-building tambahan seperti kuiz wangian, menguji pengetahuan tentang minyak wangi atau permainan teka bau di mana peserta mengenal pasti nota wangian dengan mata tertutup. Paling menguntungkan, anda boleh boleh bawa pulang wangian yang dihasilkan.

5. Hasilkan tembikar di Beary Potter Studio

Menghasilkan tembikar juga aktiviti yang bagus untuk melegakan stres - gambar Beary Potter Studio
Menghasilkan tembikar juga aktiviti yang bagus untuk melegakan stres - gambar Beary Potter Studio

Menghasilkan tembikar juga aktiviti yang bagus untuk melegakan stres! Jom anjurkan percutian singkat dengan rakan sekerja dan ekspreskan kreativiti masing-masing. Bayangkan keseronokan dan kekecohan yang berlaku ketika masing-masing berkumpul di sekeliling roda tembikar, membentuk tanah liat menjadi sebuah karya cantik yang akan dihargai seumur hidup.

Di antara rakan yang turut serta, pasti ada yang akan menemui bakat terpendam. Tidak berbakat pun tidak mengapa, kerana misi penyertaan adalah untuk mencipta detik-detik manis bagi mengeratkan hubungan. Selain itu, ia juga boleh memberi pengajaran bahawa gagal sekali tidak bermakna selama-lamanya. Tingkatkan usaha pasti membuahkan hasil.

Jadi, tunggu apa lagi, jom kita have fun! - Getaran, 29 Julai 2023 

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

2

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat