web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harga Tesla Model Y Bermula RM199,000, Mampukah Menarik Minat Anda?

Penulis berkongsi spesifikasi dan tawaran yang disediakan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik terbaharunya iaitu Tesla Model Y dengan harga bermula RM199,000.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 8:39PM

Harga Tesla Model Y adalah yang terendah setakat ini berbanding EV lain - gambar Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kereta elektrik(EV) Tesla telah rasmi berada di pasaran Malaysia menerusi pelancarannya yang diadakan di Pavilion Bukit Bukit Bintang baru-baru ini. Acara tersebut menjadi tumpuan ramai, khususnya selepas syarikat milik Elon Musk mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuka ibu pejabat di Malaysia minggu lepas.

Sebagai permulaan, penulis ingin berkongsi spesifikasi dan tawaran yang disediakan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik terbaharunya iaitu Tesla Model Y.

Memandangkan ia berada dalam senarai harga terendah bermula RM199,000 (harga untuk spesifikasi asas), adakah ia dapat menarik perhatian anda? Sama-sama kita lihat.

Model Y ini memiliki kemampuan jarak maksimum untuk memandu sehingga 430KM untuk kapasiti bateri yang penuh. Ia memiliki kelajuan maximum mencecah 217 km/j pada kadar pecutan 6.9 saat untuk jarak 100km. Dari segi prestasi pecutan, bagi model Tesla ini, ia boleh dikatakan agak baik.

Apa yang berada di fikiran penulis, pemandu pasti berasa janggal kerana keadaan pecutan tersebut. Iyalah, nama pun kenderaan EV dan tidak menggunakan enjin untuk bergerak, mungkin keadaan bunyi di luar dan dalam kereta senyap sedikit dan lebih tenang.

Interior dalaman Model Y yang canggih
Interior dalaman Model Y yang canggih



Semasa membuat pesanan secara dalam talian, anda diminta untuk memilih warna kenderaan. Perlu diingatkan bahawa untuk pilihan warna, spesifikasi asas dengan harga yang ditunjukkan di atas menawarkan anda warna putih sahaja. Jika anda berminat kepada warna lain, terdapat caj tambahan akan dikenakan.

Untuk varian warna hitam, kelabu dan biru metalik, pembeli akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM5,000 manakala bagi merah pula ialah RM10,000. Jadi pilihan warna juga memainkan peranan harga yang ditawarkan untuk Tesla model Y. Menariknya, anda juga boleh menukar saiz tayar asas iaitu 19 inci jenis gemini kepada tayar 20 inci jenis induction. Namun untuk saiz 20 inci tersebut, pembeli turut dikenakan caj tambah sebanyak RM10,000.

Beralih untuk reka bentuk dalaman, Tesla Y menawarkan dua pilihan warna untuk kerusi kulit yang digunakan iaitu campuran hitam dan putih (caj tambahan RM5,000) atau hitam sahaja. Dengan kapasiti lima penumpang termasuk pemandu, model ini dilengkapi dengan bumbung kaca, memang nampak eksklusif.

Model ini turut dipasang monitor skrin sentuh digital di bahagian tengah kerusi hadapan sebagai alat kawalan sistem dan fungsi lain, antaranya paparan kuasa bateri kenderaan, pengesan 360 darjah atau amaran objek rapat di kawasan sekeliling kereta dan juga suhu dalam kereta. Turut disertakan ialah dua slot pengecas telefon pintar di bahagian hadapan.

Skrin sentuh yang dipasang pada Model Y
Skrin sentuh yang dipasang pada Model Y

Pemilik model ini turut diberi peluang untuk menaik taraf perisian kenderaan dengan mempertingkatkan sistem autopilot (caj tambahan RM16,000) atau memasang sistem tersebut secara menyeluruh (caj tambahan RM32,000).

Harga keseluruhan yang perlu dibayar jika anda berminat dengan Model Y
Harga keseluruhan yang perlu dibayar jika anda berminat dengan Model Y

Justeru, jika anda memilih untuk membeli kereta EV Tesla model Y dengan spesifikasi asas tanpa sebarang penambahan, jumlah penuh yang perlu dibayar ialah RM200,700 terdiri daripada tempahan (RM1,000), pendaftaran/penghantaran (RM500), nombor plat (RM200) dan harga kenderaan (RM199,000).
Pembeli dijangka akan menerima Tesla model Y yang ditempah ini menjelang awal tahun 2024.

Kepada yang berminat untuk memilikinya, bolehlah anda intai-intai terlebih dahulu spesifikasi yang ditawarkan, bagi memastikan ia menepati bajet dimiliki. - Getaran, 22 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Macam Mana Boleh Terlanggar Ni

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Wah, Power Betul Kereta Tesla

3

Teknovasi 7 bulan yang lalu

Papan Tanda Tesla Sudah Digantung Di Cyberjaya, Besar Dan Menyerlah!

4

TARA 9 bulan yang lalu

5 Selebriti Hollywood Memiliki Tesla 

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman