web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Papan Tanda Tesla Sudah Digantung Di Cyberjaya, Besar Dan Menyerlah!

Beberapa foto papan tanda Tesla yang dipasang pada sebuah bangunan mulai tular, dengan ibu pejabatnya dijangka beroperasi akhir Oktober ini.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 6:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengoperasian ibu pejabat Tesla di Malaysia kembali hangat diperkatakan apabila muncul beberapa keping gambar logo kenderaan elektrik (EV) dipasang di sebuah bangunan di Cyberjaya.

Gambar tersebut tersebar dengan pantas menerusi hantaran aplikasi X selepas dikongsikan seorang pempengaruh, Richard Ker.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan bahawa ibu pejabat tersebut akan mula beroperasi akhir Oktober atau November ini. 

Beliau juga menyatakan turut dijemput untuk merasmikan ibu pejabat tersebut sejurus sahaja ia siap. Pentadbiran Anwar sebelum ini memudahkan beberapa urusan birokrasi menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla.Inc Elon Musk memilih untuk mengembangkan lagi beberapa perniagaannya di Malaysia termasuk Starlink dan SpaceX.

Melalui gambar yang tular, logo Tesla kelihatan diletakkan pada posisi di tengah-tengah pintu utama bangunan selain turut dinyalakan pada waktu malam.

Sebelum ini Tesla Model Y sudah dilancarkan selain penawaran aksesori kereta dan beberapa barangan gaya hidup Tesla pula boleh dibeli melalui kedai dalam talian. 

Maka, sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimanakah rupa bentuk serta rekaan dalaman ibu pejabat Tesla Malaysia ini. - Getaran, 22 September 2023

Sumber Foto: Aplikasi X Richard Ker

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker